Wednesday, February 18, 2015

Bunga Citra Lestari - Wanita Terbahagia | Unofficial Lyric Video





Jujur ku mengakui
Pantas ku beri
Seribu pujian buat kamu
Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia
Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
lebih berharga dari harta di dunia
Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Kamu ku yakin tahu
Ku yakin sama
Tujuanmu dengan tujuanku
Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia
Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia
Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia
Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta

Sunday, February 1, 2015

FULL DRESS FOR MAJLIS AKAD NIKAH ATAU MAJLIS RESEPSI.


Assalamualaikum w.b.t,

Pertama sekali, mohon maaf kerana mungkir janji untuk berkongsi pengalaman menguruskan majlis perkahwinan saya. Serius, tak tahu nak mula dari mana. Yang pasti, bukan mudah untuk menguruskan majlis, kalau boleh memang semua nak PERFECT dengan bajet yang ada. Tapi, jika kena caranya dan buat persediaan awal, ditambah dengan kerajinan pasangan pengantin untuk buat survey sebagainya. InsyaAllah, kalian akan berpuas hati dengan hasilnya.

But today, bukan nak kupas satu-satu pasal majlis kahwin yang dah berlangsung setahun lepas, tapi lebih kepada nak bagitahu yang saya dan suami dah decide untuk sewakan baju resepsi yang kitaorang tempeh khas haritu kepada sesiapa yang berminat. Actually hati kami terbuka selepas kawan-kawan asyik tanya berkenaan baju resepsi kami. Sebab sayang sangat sebenarnya nak bagi sewa baju ni, yelah! The value is there right?  

Ok, designer baju kami untuk akad nikah dan resepsi, adalah Aleng Tohara. One of the wedding maker yang agak top, baju yang dia buat memang terbaik! Dia akan design baju mengikut kehendak client dia, beedings dia for me, TIPTOP!

Ok, baju ni memang ditempah khas mengikut selera saya, saya seorang yang simple, jadi semua kalau boleh nak simple jer, simple namun ada sentuhan “kemewahan” disitu. Cheeewaah! *berangan* Baju ni saya pakai pada majlis resepsi saya dan Aiman yang berlangsung pada 31.08.2013. Baju akad nikah kami tak sewakan.

DETAILS BAJU UNTUK DISEWA:

1.       Sepasang Lelaki dan perempuan.
2.       Colour cream gold, high quality. Tidak panas!  
3.       Baju lelaki, bahagian dalam ala-ala vest separuh, luar coat. (sangat sesuai untuk lelaki yang kurus, bagi nampak lebih mantap).
4.       Aksesori lelaki seperti samping, tanjak, keris tidak disediakan.
5.       Baju perempuan, ala-ala kurung moden, lengkap dengan veil dan kasut (size 5).
6.       InsyaAllah, size baju fix S to M, (adjustable).






Official photographer for our big day is THE PHOTOLICIOUS. 


Bagi yang berminat, boleh email atau contact Diana.

Dengan subjek – BAJU PENGANTIN UNTUK DISEWA.

dhiaadeera@yahoo.com            017-9182331


Love, 
Diana Alim. 


Friday, January 23, 2015

TGLOBAL EVENT ENTERPRISE KUALA TERENGGANU




INFO TGLOBAL EVENT ENTERPRISE:

Nama syarikat : TGlobal Event Enterprise

Tarikh ditubuhkan: 16 Disember 2014

No pendaftaran: 002390317-A

Alamat syarikat: Lot 411, Kg Merbau Patah, 20050, Kuala Terengganu

Perkhidmatan disediakan:

Khidmat pengurusan acara ( Majlis rasmi, Majlis korporat, Majlis pertunangan, Majlis        Perkahwinan dan sebagainya ).
-   Menyediakan khidmat nasihat dan rundingan untuk sesuatu acara.
Menyediakan perkhidmatan Emcee yang berkebolehan menguruskan apa jua majlis. 
- Kebolehan bahasa ( B.Inggeris, B.Melayu & Mandarin ).
-   Menyediakan perkhidmatan pakej pelancongan “Tour Terengganu”. 
Dan lain-lain perkhidmatan.

Hubungi krew kami di talian tertera:
No.Tel: 09-6265114
No.Tel: 017-9182331 ( Diana )


Thursday, January 22, 2015

Buktikan tanpa perlu engkau bergantung pada orang lain.

Manusia  di atas muka bumi ini memang dilahirkan untuk berpasangan, saling bergantungan antara satu sama lain.

Namun bagi aku sekiranya terlampau bergantung kepada orang lain tanpa perlu engkau berusaha ke arah mendapatkan sesuatu adalah bukan suatu sikap yang baik. Malah engkau juga tidak akan pernah belajar untuk berusaha untuk mendapatkan sesuatu.

Selagi hidup engkau bergantung dengan orang lain, selagi itu engkau tidak akan dapat membuktikan kemampuan diri engkau.

Selagi engkau bergantung kepada orang lain, selagi itu engkau akan dipandang seperti manusia yang lemah. 

Selagi hidup engkau bergantung kepada orang lain, selagi itu orang lain tidak akan pernah mempercayai kelebihan yang tersirat dalam diri engkau.

Jadi, berhentilah bergantung kepada orang lain.

Buktikan…

Kemampuan diri engkau…

Buktikan… bahawa…

Engkau mempunyai kehebatan yang orang lain tidak sedari, tidak punyai…

Buktikan…. Bahawa…

Engkau bukan lemah…

Buktikan…engkau mampu hidup berdikari…..

Berdiri dan berjaya dengan usaha dan keringkat engkau sendiri.

Buktikan… engkau yang terbaik tanpa perlu engkau bergantung kepada orang lain.

Buktikan.


 p/s: Hanya Allah tempat bergantung selepas segala usaha dan tawakkal yang telah kau lakukan. InsyaAllah. 

Tuesday, January 20, 2015

Kelebihan sabun muka kulit kayu manis yang dijamin halal.

Assalamualaikum w.b.t, 

Apa khabar semua, harap sihat.... lama betul tak update blog, dari sebelum pregnant, sampai lah nak bersalin dah, langsung tak rajin nak update apa-apa kat blog ni, Tapi InsyaAllah selepas ni kalau banyak masa terluang, saya update apa-apa yang boleh memberi informasi kepada sesiapa jua yang sudi membaca blog saya. Harini mood menaip kembali, dan rasa nak kongsi juga dengan pembaca mengenai khasiat sabun muka kulit kayu manis atau namanya sabun #Mykantan. 

Secara ringkasnya, sabun Mykantan ni dicipta sepenuhnya oleh pakar tempatan, iaitu seorang profesor dari UPM Serdang, hasil inovasi beliau telah menghasilkan sabun muka yang memberi manfaat kepada sesiapa yang menggunakannya. Alamdulillah. 

Saya pun sejak diperkenalkan dengan sabun mykantan ni, memang stick to this facial soap until now, no more my Olay. Bukan apa rasa seronok sangat bila dah guna sabun ni, rasa fresh dan kulit pun nampak makin sihat, mungkin kerana produk ini tak dicampur dengan apa-apa bahan kimia dan hanya menggunakan 100% bahan semulajadi, Jadi bila pakai tu, takde lah kesan yang menyakitkan kulit wajah kita, 

So, saya taknak cerita banyak... saya ringkaskan info mengenai sabun muka #Mykantan seperti tertera. 

MY KANTAN FACIAL SOAP

Khasiat sabun muka Mykantan.
• Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi.
• Campuran kulit kayu manis + madu + rumpai laut.
• Dijamin suci dan halal.
• Tiada kesan penggelupasan pada kulit wajah.
• Sesuai untuk lelaki dan wanita.

 kulit wajah lebih bersih dan sekata setelah mencuba sabun muka #Mykantan.  
 Sabun muka #Mykantan yang semakin menjadi pilihan pengguna.  

Testimoni pengguna sabun #Mykantan 

Testimoni pengguna sabun #Mykantan



è Berfungsi menghilangkan parut jerawat, mengurangkan serta mampu mencegah pembiakan jerawat pada kulit wajah.
è Mengurangkan kulit berminyak pada wajah.
è Menyegarkan kulit wajah walau seharian terdedah.

Cara pakai : Amalkan 2 kali sehari dalam penjagaan harian wajah. Basahkan sabun dengan air dan gosok pada kulit wajah. Biarkan seketika sambil urut lembut wajah, alami kesannya.

To order: WhatsApp Diana 0179182331

Thanks.


Diana Alim.

Sunday, July 6, 2014

Updated!

Assalamualaikum w.b.t,

Dah lama saya tak update blog,  dah dekat setahun kalau tengok dari last post, bukan apa, sebelum ni blog saya tak boleh nak post apa-apa, mungkin ada masalah dengan setting, tapi hari ni saja cuba-cuba try bukak, Alhamdulillah boleh, lepas ni boleh lah saya update apa-apa perkembangan.

So far, hidup saya amat baik.

Selepas berumah tangga ni, hidup berubah jugak, sebab yelah dah bersuami kan, tapi seronok sangat sebab paling ketara, ada teman tidur, teman makan, teman borak , teman tengok TV, teman gaduh-gaduh manja. semua lah dah berteman.

Sekarang ni pun, cukup waktu kalau tiada keperluan untuk saya stay di ofis, saya akan cepat-cepat balik rumah. Bukan apa, sebab dah ada komitmen baharu.

Apa pun, kehidupan rumah tangga ni banyak cabarannya. Saya hanya sentiasa doakan kehidupan saya bersama suami serta keluarga mertua akan dilindungiNya. Ameen.

Got to go.

Salam.

Tuesday, November 19, 2013

baru nak refresh balik blog ni.. Ampun ye!

Salam to all.
Alhamdulillah setelah agak lama menyepi dari membuat sebarang update di blog ini. Malam ini terdetik pulak nak bukak tengok ghupa blog aku. maklumlah lama dah tak bukak. Walaupun bukannya ramai follower pun. Over je! he he he...

Sebenarnya kalau aku post pun, mesti berkait dengan cerita-cerita aku je. Errmm..agak malas sebenarnya nak menulis, tetapi takpelah alang-alang depan laptop ni, rajinkanlah sikit jari jemari aku untuk menekan keyboard ni.

.... Nak mula dari mana pun aku tak tahu... sebabnya?... dah lama tinggal blog ni... rasa cam kekok je!

Yang penting syukur sangat-sangat hari ini dah 82 hari aku bergelar isteri orang. Ingat lagi tak sebelum ni aku janji nak kongsi cerita tentang persiapan kahwin aku bagai kan? tapi sebab tak cukup masa, aku cam x dapat lagi nak buat semua tu. Teringin jugak nak tulis semuanya dalam blog ini. atleast nampak kan. InsyaAllah kalau dah dapat semua gambar-gambar kahwin nanti, aku akan kongsikan di sini ok.

Hidup berumah tangga sampai hari ini Alhamdulillah ok! cuma aku dan suami, Aiman kitaorang hidup berjauhan. jumpa di hujung minggu. Sedih jugak tinggal berjauhan dengan suami ni. Tapi apakan daya, inilah yang dipanggil dugaan di awal perkahwinan. Insyallah nanti Aiman dah boleh menetap terus di KL. Amin amin. 

Sebenarnya, aku tengah buat assignment study aku ni, banyak lagi tugasan x siap, sampai aku dah tak tahu nak siapkan yang mana dulu. Semester ni aku ambil 4 subjek. Selagi mampu bertahan. Oohh yea.. bagi yang x tahu, jangan keliru, aku masih lagi bekerja tetapi pada masa sama aku sambung study. Alhamdulillah, sambung study tu memang cita-cita aku dari dulu lagi. ( itupun selepas 3 tahun kerja, baru dapat peluang ni ). Takpe, biar lambat, pelan-pelan kayuh, insyaAllah berjaya. positif kan diri sendiri je lah yang aku mampu. 

Ok, aku rasa dah sampai masa aku stop. Sebab mata aku dah x tahan ngantuk. Nanti ada masa aku sambung tulis lagi. 

p/s: Abaikan penulisan aku yg macam harammmm ni. aku tulis dalam keadaan blur. okbye!