Wednesday, May 19, 2010

19052010: 23:30pm


Hari ini baru ada peluang update blog.

Masuk hari ni, dah hari ketiga aku kat Sri Pentas, tak banyak yang nak dikongsi dalam entry ni, sebab dah macam malas nak tulis, sebabnya di ofis pun menulis jugak. mungkin jari jemari ni dah penat nak tekan keyboard ni.

Hari pertama: report pada jam 9pagi di HR Department. Settle semua ID card, buat sticker parking kereta and bla bla. Sampai lah dalam kul 2 camtu, ikut senior reporter ke satu assignment kat Hulu Selangor, jumpa Menteri Teknologi Tenaga & Air, dia bagi PC nak buat loji air pulak dah, nak salur air dari Pahang pulak.

Hari kedua: Masuk kerja jam 9pagi, buat assignment mengenai dengan cuaca panas/ berjerebu yang dijangka melanda negara awal Jun ni. Pergi ke Jabatan Meteorologi, untuk kumpul data, dan ada temubual. Panas apanya, hujan lebat je. Huhu :((

Tapi last minit dapat satu assignment, bayangkan nak balik ler ler dah ni, dapat assignment baru..Hee, yang kelakarnya, " assignment beranak". maksud nya last minit lah! aduiiii...banyak nyer yang aku nk kena belajar kat sini. Jam 12.30 baru balik. aiyoo!! lewat malam tu. :( Mana tak lewat, kes banjir kat Shah Alam, nung, cari tempat jer dah hampir dua jam. Haha..informer tu memang bikin abg pilot bengang je. main air sampai lutut malam-malam hari.

Hari Ketiga: Hari ni lah macam relief sikit, sebabnya...buat assignment tengahari tadi, pergi satu Pc dekat PJ, V.Mugilan Timbalan Pemuda MIC yang menggesa Datuk Seri S.Samy Vellu, Presiden MIC Malaysia agar beliau cepat-cepat letak jawatan.

Apa nak jadi lah, saja je create issue ni.

Balik pun awal cikit malam ni, jam 9pm dah boleh balik :) Hoho!!!

Secara kesimpulannya, aku sebenar suka dapat kerja kat sini, sebab ni memang dah cita-cita aku nak keja kat cini. cuma mungkin sedikit terkejut dengan suasan akerja kat sini, di mana semua orang nak cepat. semua kerja kena pantas. Nak adapt diri kat dalam ofis tu lagi, nak kena adjust kan diri dalam komuniti dan budaya kerja yang baru. Bukan lah sesuatu yang senang, tak pernah terfikir pun camni hardcore nye keja kat cini. Tapi nak buat camne, ini yang aku nak, ini yg aku pilih bukan?

InsyaAllah, semuanya akan baik-baik. InsyaAllah!! DIANA KENA TERUS BERKUAT!

Penat dah nak membebel. Oh! baju banyak tak basuh lagi. Dan rasanya hanya boleh basuh cuti ni kut. Huhu. PENAT syg! Oh, ahad ada bowling media. Hee~ tak tengok lagi aku main, memang menang QCL la jawabnye. En.Khamay, saya dah cakap tak reti main, awak nak jugak suruh saya main. Saya kena main lah!

Pape pun, jangan kaco hari off saya jumaat ngn Ahad ni sudah lah! saya mahu rest dan santai sama dengan yang tersayang.

Sumpah, aku rindu sangat kat family, ma abah tok adik-adik, rindu aiman jugak!


P/s: ~ Blog will be updated when I'm free ~ (**)

Saksikan berita-berita di Tv3 untuk mengetahui perkembangan isu semasa dalam dan luar negara.

Update yourself with TV3.

6 comments:

Jeff Ahmad said...

Kalau ade hari media with the armed forces, jgn lupa join! :)

atiqahashim said...

and diana,my confession to you,

RENDU nak menggila bersama kamu :(

berhidop dengan baik disana
( ;

dieyla yusof. said...

nana hidop baek2.

aku taw kamu boleh adapt dengan semua tu.

just amek masa sket la kan.hehe

zahra. said...

ada news kuar gambar kak nana.

hehe...

have a good days :))

Dee said...

hey kaknana!

hope to see you in July, ofcourse when ure free from work la kan. maybe masa lunch. hihi.

cuz ill be doing my practical over there.

anyways, goodluck and all the best! :)

Diana Alim said...

syuk: will do, kalo kena ssigned tugas kat armed force.

chip: when u'r free, please come to Kl kay. rindu chip gak!

didiey: InsyaAllah aku baik2 di sini.kena sentiasa KUAT!

hayat: malu***selalu tengok nesw tv3 kay.


D: I hope soo :) just text me when u'r there.
:))