Monday, May 31, 2010

Qobin Mokhtar ke LA.


Pendaki negara Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berlepas ke Amerika Syarikat dalam meneruskan jelajah "EKSPEDISI 7 PUNCAK, 7 BENUA, dan 7 NILAI'.
Kali ini, misinya untuk menawan puncak tertinggi di benua Amerika, Gunung Mc Kinley.
Pendakian dijadual bermula 3 Jun ini mengambil masa hampir sebulan sebelum tiba ke puncak.
Selain Qobin, ekspedisi turut disertai 12 pendaki dari negara lain.
"Setelah mendaki everest pada 2004 lalu, kini saya dalam misi rangka ke benua-benua yang lain. Dan insyaAllah hari ini, saya akan menuju ke Amerika Utara untuk mendaki Gunung McKinley, gunung paling sejuk di dunia, dan suhunya boleh mencecah ke negatif 40 darjah celcius." beliau berkata ketika ditemui media di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Selain gunung Mc kinley- Qobin 28, juga akan mendaki Gunung Everest di Asia, Kilimanjaro di Afrika, Gunung Vinson Massif di Antartika dan Gunung Elbrus di Eropah.
Turut bakal ditawan Gunung Aconcagua, Amerika Selatan dan Gunug Pyramid di Australia.

No comments: