Monday, December 20, 2010

isshhh...

Hampir 7 bulan aku berkhidmat di bilik berita dan hal ehwal semasa tv3, sebelum tetap ngan keputusan untuk menjadi sebahagian daripada warga kerja tv3, aku selalu tanya pada diri aku, adakah ia satu keputusan tetap, NYATA, sampai sekarang, aku pun tak pasti.

Uhmmm, btw, apa yang nak ditulis, hanya sekadar rasa ingin berkongsi: siang tadi, aku dah selesai dinilai berdasarkan istilah Key performances index KPI, hasilnya, aku pun tak tahu layakkah aku mendapat nilai itu.
Jika diukur pada keupayaan menghasilkan skrip yang bagus, aku akui, belum mencapai standard yang dikehendaki, namun, rasanya elok dinilai secara keseluruhan. Betul bukan?

Tapi xpe, mungkin mereka ada cara sendiri dalam membuat penilaian, ada yang mengatakan pekerja “favorite”  lebih digemari..biarlah, janji segala tugas yang diamanahkan mampu aku laksanakan. 

Cuma aku tak paham, kenapa ada sorang ni selalu sangat serkap jarang. Yang diserkapnya, bukan hal kerja, tapi hal peribadi yang entah pape, lepas tu dikaitkan dengan kerja. Ohh, tidak la sangat professional, sedangkan dia tu sorang yang boleh di gelar professional. Ishh..

Pape pun, aku bersyukur dengan hasilnya. Thanx all. 

2 comments:

loolathelover said...

keep up ur good work comey... one day people will open their eyes to u... xoxo

Diana Alim said...

:) (: the proof will only shown when u have the opportunity.