Tuesday, July 12, 2011

MAKANAN PILIHAN ASIA-yang didakwa berbahaya??

Salam, and have a good day :) 

Hari ini saya nak berkongsi maklumat sikit ye..
tahu tak, ada beberapa makanan pilihan orang Asia yang MEMBAHAYAKAN!!!! sangat-sangat bahaya, and kena be extra cautions if u guys wanna eat, and i got this from internet after summarized it...
Jom kita tengok apa hidangan yang dikatakan bahaya tu. 



IKAN FUGU

(boleh tak if aku kata sama ngn ikan buntal, sebab bulat and berduri-duri.)
Cukup popular di Jepun sebagai makanan pilihan,tapi untuk menyediakannya, hanya chef terlatih dan  berlesen sahaja yg dibenarkan!
see, how dangerous it is. 
ikan ini dikatakan mempunyai toksik that can kill anybody whos eating! jika dihidangkan dengan cara yg betul, mungkin best kut, namun, risikonya adalah tinggi. Kematian yg disebabkan oleh ikan bulat yg nmpak comel ni, sebenarnya amat menyakitkan, jika anda makan bahagian yg salah, anda akan merasa kebas, kemudiannya sakit dan akhirnya lumpuh, toksik ini akan menghentikan diafragma utk bekerja dan boleh membunuh anda..eee..takutnya!!!!


OTAK MONYET!!

(sumpah geliiiiiiii sangat time nak download gambar ni)
Hidangan ini bukan je boleh buat anda fikir 40 kali bila nak jamah, ye lahhh!!! sape sanggup makan ni? tp bagi yg dare to try and love the taste, rasanya tak gerun nak cuba. tapi if aku, aku TAKKAN makan...
otak monyet ni didakwa boleh menyebabkan perut memulas, dan berbahaya, sebab ia boleh menyebabkan penyebaran penyakit yg menyerang SISTEM OTAK dikenali "mad cow"..Lagipun, makan otak monyet kan melanggar hak asasi binatang ini. { Cop cop, ada kawan sebelah aku ni cakap, nenek moyang dulu kala, especially chinese love to eat this, sebab ada khasiat. then usually eat by rich people.}

UBI KAYU 

Percaya atau tidak u alls, ubi kayu yang selama ini menjadi makanan tradisi nenek moyang kita juga dikatakan boleh membawa maut??? Ubi kayu didakwa boleh menyebabkan keadaan lumpuh dan boleh membawa kematian, OMG!! betul ke ni?? Dikatakan semua ni berlaku kerana ubi kayu mempunyai sejenis bahan kimia beracun bernama sianida (cyanide), jika tidak dimasak dengan betul, kandungan sianida akan meningkat dan ia juga dikatakan berbahaya untuk dimakan setiap hari. ( tapi u alls, aku, family aku, nenek aku semua suka makan ni, dulu nenek aku cakap, zaman Jepun dulu, dieorang duk makan ni je lah, sampai sekarang Alhamdullilah sihat lagi..) heeee..waallauallam :) 

DURIAN

Okey, lebih terkenal dengan jolokan RAJA BUAH! mungkin sebab saiz, berat, and ada lagi crown-crown yg berduri yg menyebabkan ianya digelar RAJA kut. heehehe..and fyi: berat buah ni boleh cecah 3kg, panjang 30cm, lebar 15cm, bertapa besooorrnya. Sebab utama durian dikatakan bahaya, bukan kerana isinya, tetapi masalah BAUnya. Namun, ada yg mendakwa ianya boleh membawa maut. Satu kajian membuktikan, jika seseorang itu mengambil alkohol, selepas menikmati durian, ia boleh mengancam NYAWA. Campuran alkohol dan durian boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati ! 
So, Stay away from alcohol.. 
(jangan la tak makan pulak durian pasni, kan tak laku jualan pakcik-pakcik tepi jalan tu, tapi bile dah makan tu, jangan la over pulak! kan sendawa, kentut semua lari, termasuk la BF sendiri.) 

SUP KELAWAR ( ini memang meloyakan aku! )

TIKUS PANGGANG ( ini pun 3kali ganda loya.)

Sup kelawar dan tikus panggang, kedua-duanya tergolong dalam kelas makanan eksotik, kawan aku cakap, banyak kat Sabah, and family dia pun selalu jugak masak. Dia cakap cam isi ayam..OMG!! Namun, awas..jika tak dimasak dengan betul, ianya boleh membawa kematian, daging kelawar dan tikus mungkin mengandungi PARASIT yang akan membuatkan si pemakan jatuh sakit dan mungkin maut. ( I wonder what is the relation between daging tikus and LEPTOSPIROSIS.)

p/s: tetiba teringin nak makan sup kaki ayam..

No comments: