Friday, July 15, 2011

Malaysia, tanah airku.

Selagi bernama manusia, selagi itu tidak terlepas dari melakukan kekhilafan.
Selagi hayat dikandung badan, selagi itu kita akan memperjuang sisa-sisa kehidupan yang berbaki.
Dunia yang dibina dengan hasil titik peluh perjuangan generasi terdahulu…
Tidak mustahil musnah, dek kerakusan generasi kini…
Generasi kini mendakwa diri bijak pandai…
Generasi kini mendakwa tiada keadilan pada dunia sekarang.
Lantas, ada yang sanggup menjadi hamba kepada bangsa lain.
Tidak terfikir tentang perihal kemudian hari.
Apa yang diharapkan, agar dunia sekarang tumbang….

Hairan? 

Tidak terlintaskah di otak fikiran mereka, masa depan dunia jika diletak pada manusia rakus yang tiada rasa tanggungjawab….
Apa yang bakal dilalui anak cucu cicit bangsaku? 

...jangan kerana PERASAAN, jangan kerana tamakkan KUASA...maruah BANGSA dan NEGARA tergadai... 

No comments: