Saturday, August 20, 2011

apabila lagu raya mula berkumandang, fikiranku melayang ke kampung halaman.

Salam u alls. moga semuanya dalam keadaan sihat hendaknya.

Actually saya baru je balik dari satu esaimen di Kuala Langat, program students UTM berbuka puasa bersama orang-orang asli di Kg.Sg Judah, dekat Pulau Carey..tak pernah pun sampai sana, Alhamdulillah semuanya okey la, walaupun penat sikit sebab lama sangat duk kat sana kan? tapi pape pun, bila dah dapat makan gulai ayam ngan sirap dia tadi..Ya Ampun, hilang semua penat! wakaka....++ tengok anak-anak orang asli tu ceria berbuka ramai-ramai kan?

Okey, nak citer apa eh??? errmm, waktu kat kampung orang asli tadi tu, sempat jugak tinjau-tinjau kawasan sekitar kampung tu, nak kata daif sangat tak jugak, boleh la saya simpulkan kawasan penempatan orang asli terancang. line phone kat sana, tak berapa nak ada lagi,,nak-nak kalau sape yg pakai MAXISSS!! (this maybe one of the sign that u should improve more about ur service rather than provide bad service for a quite high paid) huhu, tapi dalam keadaan line yg x clear tu pun, sempat jugak la terima panggilan masuk, antaranya my mom la,, dapatlah borak-borak ngan ma jap, dia kol and citer yang baju raya adik-adik semua dah beli, and mind to asked my baju raya also, dah beli ke belum? actually, dah beli satu, tapi nak cari lagi satu lah, nk yg simple-simple je, tahun ni taknak over-over sebab tak lama lagi nak pakai baju yg lg cantik..ahaksss!!



Semalam, sempat la curik masa pergi Shah Alam, kononnya nak cari baju kat PKNS tu kan? saja lah berjalan sampai ke sana, sebab takdenya nak pergi sana if xde sebab. Ada berkenan satu jubah tu, so ingat nk beli lah, pusing-pusing dulu nak survey baju-baju lain, takde yg berkenan, so mmg nk pusing kedai jubah tu la, tp bila dah pusing balik nk beli, tengok xde..puas mencari kedai tu, puas berpusing, sampai pening nak pikir, tapi x jumpa jugak, mungkin dah bukan rezeki saya :( huhuhuhu..Kena lah cari masa pergi beli kat tempat lain pulak. ermm..

Tadi sambil tunggu pilot datang amik, sempat jugak sembang-sembang ngn students,makcik-makcik kat situ,, macam-macam topik la, termasuklah beli barang-barang persiapan raya ni.. so, apa kata kita kongsi sama-sama:

TIPS MEMBELI PERSIAPAN KEPERLUAN AIDILFITRI:
(baju ke, peralatan rumah ke, kasut ke, kueh raya ke!!! ))
  • If boleh, beli segala persiapan awal-awal, jgn tunggu last minit baru nak g cari. ( sebab ada dua sebab last minit ni, mungkin anda dpt beli barang dgn harga yg lebih murah, lelong katakan @ barang yg kualitinya memang OUT.) serabut kan? bile tangok trafik jam gileer!!
  • Pilih lokasi atau tempat shopping yang tidak begitu serabut. ( mudah untuk parking, walaupun mustahil nak dapat kan? )
  • Kalau time nak bershopping tu, if perlu bawak anak-anak sekali, pergi la awal-awal, if tak kesian anak-anak, and PLEASE JANGAN LA BAWAK BABY!!! )
  • kalau boleh, siapkan bajet awal-awal, maksudnya nak beli baju yg harga sekian-sekian, baru lah boleh bajet ongkosnya buk.
  • jangan mudah terpedaya dengan harga yg dipamerkan!!!! ini penting, jgn ingt murah tak bagus, & jgn ingt mahal tu bagus, KUALITI MUTU KEUNGGULAN = PENGGUNA BIJAK!

     pakaian jenis "cotton" @ fabrik kapas yang menjadi pilihan remaja-remaja. sebab mudah pakai cotton ni. selesa cantik and simple :)
    ni boleh dapat, sedap ni... cantik okey!!
    this is lovely for a baby girl :)
    biskut dahlia, saya suka sangat!
    Almond London.
  • Jangan SPENT masa lama sangat kat tempat shopping tu, lagi lama, lagi banyak duit habis.
  • jangan cepat RAMBANG MATA, (mentang-mentang dah tengok semua cantik-cantik, terus blur..hahaha..ialways have this problem man!! ) huhu..
  • Kalau nk beli Kueh TUNJUK-TUNJUK tu, pastikan beli dari pengeluar yg mungkin rasa kuehnya dah kita tahu. jangan la tengok murah, main sapu je, nnt kesian tetamu yg datang, makan kueh yg tangkap muat je.
  • Berhati-hati>> please be CAREFUL dengan penyangak, perompak, peraba, penyimbah asid dan sebagainya. ingat JENAYAH BERLAKU APABILA TERDAPAT RUANG PELUANG DAN MANGSA, ELAKKAN DIRI UNTUK JADI MANGSA JENAYAH, KURANGKAN RISIKO. (jaga-jagalah barang-barang peribadi, berjalan biar berteman, if boleh bawak beg silang kay!)
  • Lastly, Jadilah PEMBELI YANG BERHEMAH.
p/s: InsyaAllah semoga Aidilfitri kita pada tahun ni lebih diberkati. tak sabarnya nak balik raya. saya nak balik dah, nak tidur... nite..xoxo :))


No comments: