Salam, hye semua.
Maaf la, sebab entry aku kali ni cam sedikit emosi, tapi semua kandungan entry ni sama sekali TIADA kaitan dengan yang hidup atau yang dah meninggal dunia, Cuma sekadar penulisan berdasarkan pemerhatian penulis iaitu diri aku sendiri. Lagipun cara aku mengepost melalui blog lagi elok kut daripada aku mengumpat di belakang setiap “pengalaman-pengalaman” yang akan aku kepilkan. Hehe! So, jangan ada yang baca nak feeling-feeling aku mengata kau ok!
Kadang-kadang aku tak pernah nak paham dengan orang yang tak pernah cukup dengan apa yang dia dapat. Dan aku pun tak paham dengan orang yang suka sangat berlagak seolah-olah dia lah yang berkuasa menentukan apa yang selayaknya untuk periuk nasik kita. Dan untuk yang selalu merasakan diri dia lebih bagus dari yang lain, cammon lah, kalau kau bagus, tak perlu nak over over tayang kat orang yang kau tu bagus, sebab bila kau dah sememangnya bagus, orang pun akan tahu! Kalau setakat kerja je bagus, tapi perangai kau tak bagus tak jadi jugak.
Kadang-kadang tak terluah patah perkataan dari mulut aku yg selalu ulser ni untuk berkata, “heyy, jgn perasaan bagus boleh tak? Kau ingat kau PERFECT sangat yg kau nak downgrade kan orang lain, yg sebenarnya lagi HEBAT dari kau. Tak boleh ke kau terap sikit sifat terpuji dalam diri kau, sikit pun cukup la, takde pun orang mintak banyak, tapi cukup sekadar pandai menjaga hati orang di sekeliling kau. Aku pun tak bagus, tapi takde la sampai direct je bagi kat depan muka! Berlapik la sikit, kalau kau cantik, kacak cam Tom Cruise ke boleh gak aku terima cercian kau! Tapi kalau muka kau macam belakang kuali hangus tu tolong la, lubang hidung pun tak sama size, lagi nak mengata orang. Damnn!
Lagi tak boleh blahhh bila kau suka menuduh atau dalam erti kata lain, kau suka petik nama orang lain, sebab kau ni jenis yang nak SELAMATKAN bont*t kau, cam taknak terbakar diri la. Pastu kau suka kaitkan “penceritaan” kau yang entah fakta ke auta tu untuk selamatkan diri kau, so, kau bajet bila kau bersikap camtu, orang akan anggap kau malaikat la! Sedangkan kau tak sedar dosa kau memburukkan orang lain yg kadang-kadang takde sangkut paut pun dengan “cerita” kau tu. Damnnn again!
Tapi sebenarnya, aku percaya dan yakin, entry aku ni pasti akan sangkut paut dengan dimana jua situasi, sama ada dekat sekolah ke, tempat kerja kau, kawan-kawan kau, even keluarga, saudara-mara kau pun, mungkin akan ada fenemoma sikap manusia yang ada ciri-ciri tadi kan? Nauzubillah, manusia memang tidak lari dari melakukan kesilapan, tiada yang sempurna melainkan Allah. ~Wallahualam~
p/s: sentiasa ber-muhasabah diri. Aku bukan sempurna.
No comments:
Post a Comment