Thursday, May 17, 2012

otak blank bila kita terlalu banyak fikir!

Salam semua, 
Harini saya bekerja, tapi, kerja pun macam tak kerja sangat, tugasan harian harini memang tiada, so saya ambil waktu yang ada untuk penuhkan otak saya dengan fakta-fakta, dan info-info berkaitan negeri Terengganu, (walaupun saya ni dah memang orang sana kan).. sebab saya akan bergerak ke negeri penyu bertelur itu dalam waktu terdekat. hehe..(balik kg jawabnya)

Just to share, kalau yang perasan, mungkin biasa tengok saya dimana, kadang-kadang ada terselit di tengah-tengah waktu siaran Buletin Utama di TV3 kan? kalau tak perasan pun, it's okey, sebab saya bukan lah famess sangat..haha! 

Anyway, bagi yang lagi perasan saya biasanya lebih kerap muncul di hujung minggu, untuk segmen Lensa/Libur/Kampus ke Kampus. Kalau hari-hari biasa pulak tugasan saya lebih terarahkepada tugasan harian, political stories, and current affairs and so so. 

Just to share, untuk beberapa ketika ini, saya mungkin akan jarang memberikan penonton isu-isu menarik dalam segmen Lensa, tapi, kawan-kawan saya seperti Najib dan Juliana akan terus menyajikan penonton Buletin Utama dengan paparan yang menarik. InsyaAllah. 

Untuk seketika, saya akan membuat tugasan berkaitan kerajaan negeri Terengganu, saya akan menyiapkan 15episod laporan khas membabitkan Terengganu, apa jua topik menarik, antaranya isu pendidikan, pelancongan, perumahan rakyat, kuasa baru sukan, dan lain-lain akan saya kupas bagi tempoh 15 minggu :) laporan khas itu akan disiarkan di Buletin Utama TV3, pada setiap hari Rabu bermula 23 Mei 2012, InsyaAllah.  

 Saya & rakan setugas, Noorsyuhada Naziri ketika perhimpunan Agung Umno 2011.

 Bersama anak-anak penduduk di Kaherah, Mesir pada 2011. 

 Besar roti kat Mesir, macam pegang stereng kereta. hehe

 Nurul Mardiana Abdul Alim & jurukamera wanita, Norliza Salleh ketika di Kaherah, Mesir.

Rasanya cukup sampai disini sahaja update untuk kali ini, gambar-gambar itu saje je upload. hehe.

ok.byebye :)


4 comments:

Sharz said...

wow nana dah banyak keluar tv..tapi tak pernah perasan pon..hehe..nanti nak tunggu depan tv3 la.. =p

Diana Alim said...

xpe xperasan, sbb xfemes pun.hehehe...

Anonymous said...

Always nmpk dlm tv :) ceria2x slalu k

Unknown said...

Kmu cntik sy suka..