Wednesday, June 13, 2012

Terengganu - Kuasa Baru Sukan

 Salam semua, secara ringkas saya nak kongsi cerita mengenai kejayaan negeri Terengganu dalam melahirkan jaguh sukan bertaraf antarabangsa.  

------------------------teruskan membaca--------------------------------------------------

Negeri Terengganu kini dalam landasan tepat untuk muncul sebagai kuasa baru sukan negara, apabila lima atlet kelahiran negeri itu layak ke Sukan Olimpik London, yang dijadual berlangsung 27 Julai depan. Dua daripadanya Azizulhasni Awang dan Nurfatehah Mustapa – jaguh basikal negara.
Azizulhasni Awang, nama yang tidak asing dalam arena sukan basikal tahan air, potensi anak kelahiran Dungun, Terengganu ini mula dicungkil oleh seorang jurulatih luar negara ketika beliau bertanding di Velodrome Kuala Lumpur.

Beliau kemudian diambil menyertai program Majlis Sukan Negara dan hasilnya, beliau terus menyerlah sehingga kini. Pelbagai pingat diraih Azizul dalam acara keirin - antaranya emas di sukan asia, serta dua emas dan satu perak pada kejohanan trek piala asia 2010. 

 Azizulhani Awang - Pelumba Basikal Negara 

Menjelang  Temasya Olimpik yang bermula 27 julai 2012 - Azizul antara beberapa atlet yang dikenalpasti menyertai "Program Road To London 2012,"....dan menjadi atlet sandaran merangkul pingat emas pada kejohanan terbabit. Saiz badan yang kecil namun lincah ketika berlumba menyebabkan beliau digelar "The pocket-rocket-man" . 

 Fatehah Mustapa - Pelumba Basikal Negara
 
Seorang lagi sandaran negara pada Olimpik 2012 di London nanti, gadis kelahiran kuala berang, Fatehah Mustafa, yang kini digelar Ratu Basikal Asia, Fatehah turut disahkan beraksi di london nanti.
Sebagai pembakar semangat bagi atlet-atlet terbabit pada kejohanan itu nanti, kerajaan negeri turut memberikan insentif sepuluh ribu ringgit kepada lima atlet terengganu yang layak ke olimpik. Pastinya, kesemua mereka menggalas harapan rakyat Malaysia, khususnya seluruh rakyat negeri Terengganu. Bukan itu sahaja, sebagai menaikkan lagi semangat anak-anak muda itu, kerajaan negeri juga bersetuju untuk membiayai ibu atau bapa kesemua atlet berkenaan bagi mengiringi anak masing-masing sepanjang temasya itu nanti.

Sama-sama lah kita mendoakan agar kesemua atlet negara kita memperoleh kejayaan dalam Sukan olimpik 2012 di London nanti. amin :) 

No comments: