Salam semua, apa khabar, harap kalian dalam keadaan sihat walafiat, post saya kali ini saya nak kongsikan dengan kawan-kawan berkenaan hiasan ikan buntal di Pulau Pangkor, saya ke pangkor minggu lepas, harap dapat memberikan kalian sedikit info.
pakcik Mustapha tunjukkan saya jenis spesis ikan buntal.
proses membuat ikan hiasan buntal pangkor design. credit to cameraman: Abg Azizul.
Gunting untuk belah perut ikan buntal.
Penuh teliti.
sampai senget mulut-mulut dengar pakcik Mustapha cerita. Hehe..
jahit perut ikan buntal tu, sebelum itu, buntal perlu dibersihkan dahulu.
lagi proses menjahit buntal.
ikan buntal setelah dimasukkan belon.
tengok ikan buntal ini.
mata ikan buntal ni kita gantikan dengan guli.
sangkut pada batang kayu, ikat baik-baik untuk jemur.
SIAP! Buntal pangkor design, cuma tunggu kering sahaja.
proses menjemur buntal.
saya dan ikan buntal.
spesis buntal yang tidak berduri. kalau macam ni, masa nak lapah tu xlama sangat. sbb xde duri.
saya dan anak-anak pakcik Mustapha menggayakan topi ikan buntal. hehe.
Siapa sangka, spesis ikan yang tidak digemari ini boleh dijadikan hiasan yang menarik, ia hasil inovasi seorang pemuda dari Kampung Teluk Gedung, Pulau Pangkor.
Ikan buntal yang dianggap beracun ini ditukar menjadi produk perhiasan yang mendapat permintaan tinggi dari pelancong..
Mustapha Othman, 43 tahun merupakan nelayan sepenuh masa di pulau pangkor, bapa kepada lima orang anak ini merupakan salah seorang dari peserta program jejak inovasi anjuran Yayasan Inovasi Malaysia, YIM.
Mustapha mempertaruhkan inovasi "buntal pangkor design" - Dia pada mulanya hanya membuat hiasan buntal ini untuk dihadiahkan kepada rakan serta jiran terdekat.
Namun, menyedari potensi ikan buntal tersebut untuk dijadikan barangan perhiasan, beliau mula serius menghasilkan hiasan tersebut.
Proses pembuatan bermula dengan membelah perut ikan buntal, isi ikan kemudian dikeluarkan, proses melapah dan mengeluarkan isi ikan ini biasanya mengambil masa selama 45 minit dan ianya bergantung kepada saiz ikan buntal tersebut. Jika besar ikan dan banyak durinya, lagi rumit kerja melapah isi ikan ini.
"saya mulakan buat ikan buntal ini sejak tiga tahun lepas, tengok buntal ini tak tahu nak buatpe, sebab biasanya nelayan kalau buntal ini melekat pada bubu, hanya dibuang sahaja, lepas tu saya terfikir untuk menjadikan ia hiasan, lepas tu saya buat, kira jadilah, jadi timbul rasa minat, diaorang tengok saya buat, ada sambutan, jadi saya teruih la". demikian kata Mustapha.
Selepas melapah isi ikan tersebut, ikan buntal itu kemudian dijahit dengan menggunakan jarum dan tali tansi. Kemudian, masukkan belon ke dalam perut ikan buntal, melalui mulut ikan dan ditiup sehingga mengembang, dan ini juga untuk mendapatkan bentuk asal ikan. - belon juga boleh diganti dengan bola, dan biasanya bola digunakan untuk buntal yang bersaiz besar.
Setelah siap, buntal tersebut dijemur hingga kering di bawah terik matahari sehingga betul-betul kering, ini juga perlu bagi membuang bau hanyir ikan. Kemudian belon atau bola tersebut dikeluarkan setelah ikan itu kering.
Hingga kini, lebih 300 ekor hiasan buntal dihasilkan Mustapha, dia bukan sahaja menghasilkan perhiasan ikan buntal - Mustapha juga kreatif membuat perhiasan lain seperti topi dan sarung pisau. Kini, hiasan beliau dijadikan produk pelancongan dan sering mendapat tempahan dari pelancong yang berkunjung ke Pulau Pangkor.
Malah, rata-rata penduduk di Pulau Pangkor menjadikan ikan buntal Mustapha sebagai perhiasan dan digantung di luar rumah mereka. Kata orang lama-lama, ikan tua ini boleh meghalau "hantu" dari masuk ke dalam rumah, sebab itu depa gantung kat luar rumah. Wallahualam. Lebih membanggakan, hiasan buntal Mustapha juga pernag mendapat tempahan daripada pelancong luar negara.
Harapan Mustapha, agar suatu hari nanti, dia dapat mempunyai sebuah kedai untuk menjual segala barangan perhiasan yang dihasilkan beliau di pekan Pulau Pangkor.
"saya sangat-sangat harap la, kalau boleh dapat satu kedai, untuk letak barang-barang yang saya buat ini, bukan sahaja buntal, banyak lagi benda lain yang saya buat. jadi kalau dapat kedai, boleh la letak kat kedai tu".

#tamat#
No comments:
Post a Comment