Sunday, November 11, 2012

Foto yang memberi impak kepada penduduk dunia.

Saya bukan photographer, saya juga tidak mempunyai kemahiran khusus atau kreativiti tertentu dalam merakam foto, namun saya suka melihat hasil menerusi foto tersebut. Sekeping gambar yang menceritakan 1001 kisah kepada dunia. 

Berikut antara gambar-gambar yang mendapat pengiktirafan dunia dan telah memenagi Anugerah Pulitzer, satu anugerah bagi pencapaian dalam kawartawanan akhbar, kesusasteraan dan gubahan muzik di Amerika Syarikat, Anugerah yang dipekenalkan Joseph Pulitzer dan diselia oleh Universiti Columbia di Bandaraya New York.

Sakit hati melihat trend photographer sekarang yang baru berjinak-jinak dengan dunia fotografi, yang baru rasa nak up, kadang-kadang saya konfius apa sebenarnya cuba disampaikan oleh photographer tu, lebih-lebih lagi kepada mereka yang suka sangat "shoot talent/ model". Kerana saya sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh photographer tersebut.

okey, taknak bebel panjang-panjang, mungkin mereka ada alasan sendiri kenapa "trend shoot model" menjadi pilihan. Apa kata kita kongsi sama-sama gambar-gambar yang mempunyai 1001 cerita ini. 

Stricken child crowling towards a food camp- 1994
 jurugambar: Kevin Carter
Gambar terbaik bagi aku.- Gambar kanak-kanak ini diambil di Sudan ketika negara tersebut dilanda bencana kebuluran. Ketika itu kanak-kanak berkenaan sedang merangkak menuju ke sebuah pusat bantuan makanan PBB. Seekor burung nasar berdiri berhampiran kanak-kanak itu menunggunya mati sebelum dimakan. Gambar ini memberi kejutan di seluruh dunia. Kanak-kanak berkenaan mati tidak lama selepas itu kerana jurugambar berkenaan bertindak meninggalkannya sejurus selepas itu. Tahukah anda, jurugambar yang merakamkan gambar ini membunuh diri 3 bulan selepas itu akibat tertekan. 

Omayra Sanchez 1985  
Jurugambar: Frank Fournier 
Nama kanak-kanak ini ialah Omayra Sanchez. Dia adalah salah seorang mangsa ketika letusan gunung berapi yang berlaku di Nevado del Ruiz, Columbia yang mengorbankan 25,000 nyawa. Omayra telah terperangkap dalam air dan runtuhan sisa konkrit selama 3 hari. Dian meninggal dunia akibat gangren dan hipotermia tidak lama selepas gambar ini dirakam. Kematian kanak-kanak tersebut mendedahkan tentang kegagalan pihak berkuasa Columbia untuk bertindak pantas menyelamatkan mangsa-mangsa dalam tragedi letusan gunung berapi tersebut.
Potrait of Winston Churchill 1941 
Jurugambar: Yousuf Karsh 
Gambar ini diambil ketika Winston Churchill berkunjung ke Ottawa, Kanada. Gambar ini membuatkan jurugambar yang merakamnya menjadi popular dan terkenal. Dia dianggap sebagai jurugambar potrait terbaik pada masa itu. Harga untuk mendapatkan khidmat jurugambar berkenaan turut naik mendadak.

 Bliss - 2000 -
 Jurugambar : Charles O'Rear
Gambar yang cukup familiar kan! Gambar ini diambil di Napa Country, California. Gambar ini menjadi bertambah popular diseluruh dunia apabila Microsoft Corporation menjadikannya sebagai salah satu pilihan untuk dijadikan "wallpaper"dalam produk generasi Windows XP mereka. 

 Afghan Girl - 1994 
Jurugambar: Steve McCurry 
Gambar ini dirakamkan oleh jurugambar National Georaphic. Gadis Afghanistan didalam gambar ini bernama Sharbat Gula/ Dianggarkan berusia 12 tahun dan ketika itu sedang ditempatkan di sebuah kem pelarian. Gambar ini menjadi terkenal kerana bukan mudah untuk mendapat peluang merakam gambar wanita Afghanistan pada masa itu. Identiti Sharbat Gula pula hanya diketahui pada tahun 1992.

 Tank Man of Tiananmen. 
Jurugambar: Selian Jeff Widener, gambar diatas turut berjaya dirakam oleh 3 jurugambar yang lain. 
 Walaupun gambar ini berjaya menarik perhatian dunia, namun identiti lelaki yang bertindak berani menghalang kemaraan barisan kereta kebal tentera china di Dataran Tiananmen ini tidak pernah diketahui sehingga kini. kejadian ini berlaku sehari selepas kerajaan China mengambil tindakan keras hingga mengorbankan ribuan nyawa penunjuk perasaan yang kebanyakannya adalah mahasiswa yang mahukan sistem demokrasi yang dipraktikkan sepenuhnya di China.

 The Plight of Kosovo Refugees-1999  
Jurugambar: Carol Guzy 
Gambar ini dirakam ketika seorang ibu muda pelarian Kosovo cuba memindahkan anaknya Agim Shala yang berusia 2tahun di celah pagar kawat berduri ketika Perang Balkan. Gambar ini juga pernah tercalon untuk anugerah Pulitzer. 

Lunch on Top of a Skyscraper 1932 
Jurugambar: Charles C. Ebbets
Gambar ini dirakam ketika sekumpulan pekerja binaan yang bekerja membina banguna GE di New York sedang berehat makan tengahari diaras 69 bangunan yang sedang dibina itu. Mereka hanya duduk sambil berjuntai kaki tanpa memakai sebarang alat keselamatan di atas "girder" yang tingginya adalah beratus-ratus kaki dari permukaan bumi. 

sumber: google & majalah Libur 0ktober 2011.

2 comments:

Anonymous said...

Gmbq Lunch on Top of a Skyscraper 1932 Jurugambar: Charles tu,mcm free2x je nk jtuh.rilek je duk ats tu.da la xde belon trbang,ha3x.

ummi said...

great post :)