Sunday, November 11, 2012
Pengalaman pertama menaiki belon terbang.
Assalamualaikum semua :)
Pesawat, kapal terbang, belon terbang... nama yang kita letakkan pada objek yang lebih kita kenali sebagai kapal terbang. Bercerita mengenai kapal terbang, menurut sumber google, ia dicipta Write bersaudara, iaitu Orville Wright dan Wilbur Wright, telah menerima pengisytiharan oleh Federation Aeronautique International FAI untuk penerbangan mereka pada 17 Disember 1903. yang dicipta sebagai penerbangan pertama yang terkawal, berkuasa, dan dapat dikekalkan (dari masa berlepas sehingga mendarat) bagi sebuah kenderaan yang lebih berat daripada udara, dan yang menggunakan naik terbang mekanik tanpa sokongan (tujahan/daya angkat utama dicipta oleh perejanan kapal terbang). - untuk cerita lanjut, buka google ok! motif nak cerita sal dia banyak2 kan! Ngee:p
Saya percaya masih ada dikalangan kita yang belum pernah menaiki kapal terbang, dan pastinya pengalaman pertama kali menaiki kapal terbang amat kita nantikan. Saya masih ingat waktu saya kecik-kecik, saya selalu tanya pada diri saya, bila agaknya saya boleh rasa naik kapal terbang, saya selalu ingat mereka yang naik kapal terbang ni adalah datang dari golongan berada, yelah, tiket flight kan mahal, selayaknya ia pengangkutan bagi mereka yang "berduit". Jadi saya sering simpan cita-cita, agar suatu hari nanti saya pasti naik kapal terbang.
Alhamdulillah, tercapai cita-cita masa belajar.
My first "flying' experience happened to me when i was in college, it was few years back when we, at that moment a group off MPP's and fasilitator berpeluang mengadakan lawatan sambil belajar ke negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Masa tu seronok bukan kepalang, yelah, rata-rata kami ni memang first time nak naik kapal terbang. Hehe!! Masa tu teruja sangan dari Kuantan kami menaiki bas ke LCCT, terminal tambang murah di Sepang, masa itu kami tak tahu murah ke mahal, yang kami tahu kami dapat naik kapal terbang and pergi Kuching. Hahaha. Macam-macam peel la masa kat airport ni, still remember one of my friend, sampai menangis xnak balik KL sebab xtahan sakit telingan waktu dalam kapal terbang.. hehe..she's so sweet! - tentu awak pun ada pengalaman kan?
Now, semuanya berubah... boleh dikatakan semua orang dah boleh naik kapal terbang, tidak la terhad macam dulu lagi, tidak dinafikan kewujudan Penerbangan tambang murah AirAsia cukup membantu orang ramai untuk terbang ke sana sini, dengan kadar tambang yang berpatutan, tiket terbang dia tu memang kita semua masih mampu beli! macam dah promote AirAsia la pulak. haha...cuma yang xbestnya AirAsia ni, bnyak hidden charges, cas2 tersembunyi yang seolah-oleh memerangkap pengguna. Nak apa2 semua kena bayar, not for free ye! tapi kena paham la, maybe that's their way to get money, nak tampung kos penerbangan kut! haha..
What can i say here is, now I can FLY to anywhere that i like, yang nak kena ada, duit je! hehe.. ada duit semua jalan. Alhamdulillah saya dah boleh terbang ke beberapa negara Asia menggunakan duit saya sendiri, and i was lucky too, i dapat travel banyak tempat dengan "kerja" i ni, bukan saja naik flight MAS percuma, kelas bisnes lak tu. perbelanjaan semua ditanggung, Ya Ampun syukur sangat... dapat la saya kenal negara orang kan? trust yourself people, rezeki kita insyaAllah dimana-mana.
p/s: when can i fly to Venive ke Rome ke?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Best3x :) hehe Ade rzki anak ganu ni ke Rome gak ;)
Post a Comment