Thursday, January 31, 2013

tentang perasaan...


 Jangan pernah salahkan perasaan, kerana sebenarnya  Manusia dikurniakan “perasaan” oleh Allah S.W.T  yang mengangkat darjat kita sebagai makhluk paling istimewa di muka bumi ini. 

Jangan juga salahkan perasaan jika kita mula ada rasa sayang pada seseorang, kerana rasa sayang yang timbul itu tidak salah untuk dikongsi. Allah sayangkan makhluknya yang hidup berkasih sayang.
  
Jangan juga salahkan perasaan, andai kita mula membenci seseorang, jangan cambahkan perasaan benci pada orang kerana akhirnya kita yang akan sakit. 

Jangan pernah salahkan perasaan cinta yang wujud walau hanya pada pertemuan yang singkat, mahupun perkenalan yang lama. Kerana ianya tidak adil, semua orang tahu rasa cinta merupakan rasa hati yang luhur yang kejadiannya berlaku secara semulajadi. 

Sekalipun semua perasaan itu mempengaruhi tindak tanduk kita, bersyukur lah kerana kita masih dikurniakan anugerah yang dipanggil “perasaan”. Gunakan perasaan yang dikurniakan untuk menghargai setiap detik yang ada. 

Kerana mungkin kelak, kita tidak mungkin menyanyangi orang yang sama, kita tidak mungkin menyintai orang yang sama, kita juga tidak mungkin membenci orang yang sama.

-dianaalim-


2 comments:

Anonymous said...

Perasaan itu amat sukar dilihat, apatah lagi menggunakan mata.Namun,ia jelas bila hati merasa tanpa bersuara :)

Diana Alim said...

:)