Monday, February 18, 2013

could this be the last "love-war" between us?

Entri ini khas buat dia yang sedang terasa jauh hati dengan saya.
Saya minta maaf.

 

Saya tak pernah menyangkakan yang awak akan bertindak begini, menjauhkan diri untuk mencari ketenangan, bukan seperti tahun-tahun sebelumnya, Awak yang sentiasa sabar melayan kerenah saya, dan membiarkan apa sahaja kelakuan saya. Tapi kini semua berbeza, mungkin kerana kita sudah berubah, ataupun saya yang menyebabkan awak berubah. Saya x pernah terfikir sampai suatu tahap begini kesudahannya.

Bila diselak balik, hanya satu puncanya, komunikasi kita yang menjadikan kita sukar memahami satu sama lain. Cara kita mengendalikan hubungan kita kadang kala terlalu "unik", mungkin juga jarak yang berjauhan menjadikan kita lebih suka membuat andaian. Andaian yang akhirnya memusnah segalanya yg tercipta indah sebelum ini. Dan kadang-kadang kesilapan kita dalam berkomunikasi juga punca tercetusnya segala pertelingkahan.

Cakna awak, membuatkan saya kadang-kadang rimas, walau saya tahu semua itu hanya kerana rasa cinta dan sayang awak pada saya. Cakna awak mungkin kerana awak tidak mahu kehilangan saya. Cakna awak juga mungkin kerana saya lah satu-satunya wanita dalam hidup awak. Dan saya tak pernah menafikan semua kecaknaan awak pada saya. Saya hargai rasa sayang kasih dan cinta awak pada saya, terlalu menghargainya, sampai saya lupa menjadikan ia perlu jadi suatu keutamaan bagi saya.

Mungkin itu menjadikan saya rimas dan rasa terhalang untuk bergerak. Mungkin..kerana suatu ketika dahulu...lelaki yang berada di hati saya tidak mendidik saya sebegitu. Mungkin sudah terbiasa. Bila bersama awak, saya terlalu dimanjakan, semua yang saya nak, saya perlu, awak akan cuba penuhi... Yang tiada lelaki lain sanggup untuk berkorban segalanya demi saya. Lain orang lain caranya, saya yang ego, saya yang berdegil dan saya yang terlalu berdikari menjadikan saya sentiasa memberontak.  Minta maaf awak.

Walau apa puncanya, saya tahu ia takkan sekali memudarkan rasa diantara kita, mungkin ini hanya dugaan yang melihatkan sejauh mana tahap kesabaran kita, sejauh mana kemampuan kita untuk berhadapan dengan semua.

Saya harap masa awak untuk menyendiri membolehkan kita sama-sama berfikir apa jua yang baik untuk hubungan kita. InsyaAllah.

Love,
Diana.

2 comments:

Anonymous said...

just rilex k :) lau jodoh,xkmane.diam cmne pun,prgi cmne pun,lau jdoh,dye dtg pd awk :) post yg ny bunyi sedih je.haishh.Awk happy go lucky orgnye,jgn hlangkan prangai tu k :) itu awak.

Diana Alim said...

thanks awak. insyaAllah.. :)