Tuesday, July 23, 2013

Mulianya kasih sayang si dia, suami...

Salam Ramadhan to all.

Setelah berkampung hampir 2 minggu di Kuala Besut, Terengganu sempena pilihan raya kecil dewan undangan negeri Kuala Besut, dan mengikuti perkembangan perjalanan kempen di daerah ini.

Saya boleh katakan ianya berjalan lancar, ini kerana kedua dua pihak baik calon BN mahupun calon PAS, masing-masing menghormati bulan Ramadhan, kalau ada pun pihak pembangkang yg sering mengadakan ceramah pada setiap malam selepas solat terawikh, manakala calon BN lebih suka menggunakan pendekatan rumah ke rumah bagi mendekati pengundi. 

 Alhamdulillah ianya dilihat berkesan dan apa yg cuba disampaikan itu sedikit sebanyak dapat diterima penduduk di Kuala Besut.

Namun saya tidak berminat untuk mengulas lanjut mengenai semua itu kerana setiap berita 1.30pm dan 8pm saya sudahpun membawakan laporan tersebut. 

Bagaimanapun semalam, kurang 2 hari sebelum berakhirnya tempoh kempen, saya yg mengikuti kempen calon dipertermukan dengan sebuah keluarga yg terletak di kampung alur lintang, pertemuan yg menyedarkan saya begitu besar ertinya kasih & sayang, perjalanan cinta hidup mereka membuatkan air mata saya menitis, bukan apa... kerana begitu kagum dengan kemuliaan hati si suami itu. 

Susah untuk mencari lelaki yg sanggup dan betul betul mahukan kita dalam keadaan yg serba kekurangan, namun bukan lelaki ini, dia berkahwin dengan isterinya yg dipertemukan dengannya ketika dia turut sama berada di hospital atas sebab menjaga ayahnya yg sakit, manakala perempuan ini terlantar dan koma selama 4 bulan di hospital akibat terlibat dengan kemalangan jalan raya, mangsa langgar lari, habis anggota badannya lumpuh... namun dalam tempoh hazab bagi perempuan itu lah.. adanya lelaki mulia yg sanggup mengahwininya dan berjanji untuk sehidup semati dengannya. 

Terharu saya sambil mengenangkan kemuliaan dan kejujuran hati pasangan ini. Moga saya dikurniakan hati yg semulia dan seikhlas itu untuk mencintai dan menyanyangi pasangan saya. Amin.
Ketika saya menyoal kakak itu;

D: Mak ayah kakak ada lagi?
Kakak: takdok doh, meninggal belaka dah..
D: innalillah.... adik beradik berapa org?
Kakak: 6 orang.. sy ank ketiga.
D: Dah adik beradik mari sokmo ke?
Kakak: sejak saya eksiden tahun 2006, adik beradik sy x pernah mari jumpa sy.
D: (sambil menitis air mata..)
Kakak: (sambil melirik suaminya)..dia menjawab...takpe lah, sebab sy ada org yg baik hati jaga sy, sampai harini dia xpernah tinggal sy.
D: what else I can say??? ....
D: dengan tersenyum sy menjawab, moga sy dikurniakan jodoh yg mempunyai hati macam suami kak ain. 

Buat pasangan itu, abg sairo & kak ain, semoga kehidupan kalian berdua akan jauh lebih baik. Amin. 

Semoga kisah ini mampu menjadi iktibar buat kita semua. Wallaulam.

No comments: