Salam semua, hoping u guys in a good health, kalau tengah demam sekarang ni, makan ubat kay! (tetiba sedih, tengat kat cinta hati yang berada dalam keadaan taksihat sekarang, mungkin sidia demam rindu), mana taknya, mama and abah dia dah berlepas pergi menunaikan ibadat haji, dialah menjadi DADDY dirumah... hekhekhek!
Oookey, today, is a day after PM announced the "Budget 2012" ...pembentangan di Dewan Rakyat, Parlimen semalam, mesti kalau kita baca paper harini, front page, headline paper, mesti semuanya mengenai intipati bajet tu kan?
Kalau kita tengok balik sebenarnya bajet semalam, macam-macam perkara yang disentuh PM, terutama dalam memastikan apa yang dibentangkan itu memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.
ihsan gambar bernama
Bertepatan dengan tema bajet kali ini iaitu " Dasar Transformasi Nasional, Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara." sedikit mukadimah ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak--" Hakikatnya, Malaysia adalah negara yang berjaya. Dalam tempoh yang singkat, kitavtelah merubah wajah Malaysia dari sebuah watan pertanian berpendapatn rendah menjadi negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.Sesungguhnya, kejayaan ini tidak datang bergolek dan tidak terhidang diatas dulang emas. Ia hasil ikatan antara kerajaan dan rakyat yang telah bersama memecahkan ruyung-ruyung ketidakyakinan dan dogma dengan bertunjangkan perancangan sistematik dan pelaksanaan berkesan. Inilah limpahan rahmat kepada negara yang mempunyai kerajaan bertanggungjawab. Semenjak merdeka, kerajaan bukan menjanjikan bulan, bintang ataupun cakerawala singgah ke riba tetapi ini adalah sebuah kerajaan yang saban hari memikir, mena'kul, merancang dan melaksanakan dasar serta prakarsa demi kerukunan rakyat dan kesejahteraan negara." -- bertapa murninya ucapan seorang pemimpin negara, yang segala ucapannya dilihat luhur lahir dari hati.
Pembentangan Bajet 2012 kali ni dilihat dalam sejarah pentadbiran negara, mana tidaknya, hampir semua lapisan masyarakat menerima habuannya.
Jumlah keseluruhan peruntukan pula sangat besar iaitu RM232.8 bilion- dan semestinya intipati bajet ni merangkumi semua aspek la..dan berikut antara khabar gembira.
winkwinkwinkwink!!!!!!!!!!!!
*Bermula pada tahun 2012, pendidikan di sekolah rendah dan menengah di sediakan secara percuma.
dan bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.3 juta pelajar dengan kos RM530 juta.
*Rm500 kepada isi rumah berpendapatan rendah Rm3000 dan kebawah.
*Rm100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah tahun satu - tingkatan 5.
*Bonus setengah bulan gaji - MINIMUM Rm500.
*RM500 kepada pesara kerajaan.
*Umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun.
*Umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun.
dan banyak lagi....
Untuk terus mempergiatkan perusahaan kecil dan sederhana PKS pula, dana SME Revitalisation Fund berjumlah RM100 juta turut disediakan.
Dan bagi membendung aktiviti spekulasi pasaran hartanah, kerajaan turut mengkaji semula kadar cukai keuntungan hartanah RPGT.
Sebelum mengakhiri ucapan bajet - PM turut menekankan bahawa pentingnya sokongan rakyat, dalam memastikan kejayaan mencapai tahap negara maju, makmur dan stabil, walaupun dalam keadaan dunia yang tak menentu. seperti yang kita ketahui, Krisis hutang di Greece, memang teruk! malah ada negara di Eropah mengakui hanya mampu untuk membayar gaji untuk tempoh 6bulan je kat kakitangan mereka. jadi, kita taknak la, all that things happen to us right?
Dan dalam penyediaan bajet ni, ada juga yang menggesel dengan mendakwa bajet ni idea they all..oopss! very the funny! So, this is what he said.
"Kerajaan barisan nasional tidak tunduk kepada tekanan atau apa-apa paksaan untuk mengambil jalan yang benar dan betul demi warga malaysia. kami yakin dengan perjuangan yang kami gandar ini bukannya dibuat-buat atau sebuah ilusi silap mata sebagai guna menutup lompang keikhlasan dan kebobrokan syaksiah serta kemunafikan intelektual sesetengah pihak. perjuangan kami warisan mulia zaman berzaman meniti generasi".
Walau apa pun, hakikatnya pembentangan bajet 2012 kali ini merupakans atu anugerah yang seharusnya disyukuri oleh semua pihak, terutama bagi penjawat awam, hampir 80 peratus permintaan kalian, kerajaan tunaikan, jadi rasanya tak salah jika kalian perform extra, kena hapuskan "birokrasi" yang kadangkala menyusahkan pelbagai pihak. Kena lebih produktif lol....let people after this TABIK SPRINGGG kat penjawat awam. cayaalaah!!! and bagi ibubapa, and cam abah aku and ma aku, mesti tersenyum bila dengar yuran sekolah dimansuhkan, budak-budak siap dapat bantuan lagi, atleast lepas la beli sepasang baju ngan kasut sekolah kan??!!
Tapi yang sodehnya, den ni haaa...private sektor, xdapat apa sangat la, hanya kenaikan 13% caruman oleh majikan je, mana cukup wooo..atleast selaraskan gaji-gaji kami,,takpun hapuskan cukai please! sob sob sob.
Apapun, sama-sama lah kita menyokong usaha yang digerakkan kerajaan, dengan pimpinan YAB Perdana Menteri, Datuk seri MOhd Najib Tun Razak agar segala yang diberi ini dapat kita manfaatkan bersama. last but not least--> NEGARA KITA, TANGGUNGJAWAB KITA.
No comments:
Post a Comment