Usia tua, warna pudar dan besi berkarat menyebabkan kereta lama, seakan tiada nilainya. namun, setelah melalui proses baik pulih, harganya boleh melambung berkali ganda.
itu lah penangan kereta klasik era pasca perang dunia kedua, yang menjadi kegilaan segelintir penggemarnya.
rainbird sdn.bhd - bandar tasik puteri
kakitangan rainbird sdn bhd - with Datuk Elias, the owner.
Rain-bird sdn. bhd di bandar puteri, antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan mengimport, menjual dan membaik pulih kereta klasik. perniagaan bermula pada tahun 1991ini menampilkan pelbagai jenis kereta klasik untuk penggemarnya, syarikat ini juga membawa masuk kereta lama dari negara-negara Eropah, seperti England, Amerika syarikat, Australia, Jerman dan New Zealand.
antara model kereta yang menjadi pilihan
smart giler kereta ni, among a rare model in M'sia.
kereta milik bekas hakim negara, Tun Zaki
Antara model yang jadi pilihan, - Ford mustang, Mercedes, BMW dan Morris Garage atau MG.
Setelah mengharungi perjalanan yang jauh, naik kapal sampai lah ke pelabuhan Klang, kereta klasik yang diimport ini akan dibawa ke bengkel untuk menjalani "inspection" atau pemeriksaan yang bertujuan mengenalpasti apa-apa komponen kereta yang perlu ditukarganti,,,
keadaan kereta sebelum dibaikpulih
beginilah keadaan kereta sebelum dibaik pulih, agak teruk
Untuk pengetahuan, proses baik pulih ini lazimnya mengambil masa antara 4 hingga 6 bulan, namun ia bergantung kepada keadaan kereta...
Semua bahagian yang rosak akan diganti dengan yang baru.
Menurut Rahmat Rosli, salah seorang dari pengimpal kereta klasik - banyak yang perlu dilakukan dalam proses baik pulih kereta ini, bermula dengan pay sleeping, then kena buang semua cat yang ada pada body kereta, so, kena cari mana dia punya karat ke apa ke utk di baikpulih..itu antara proses pertama pastu kena proceed, dengan mengakses dimana kerosakan kereta terbabit..then buat welding works, atau kerja pengimpalan....then siap semua, kita proceed dengan cat sebelum kemaskan bahagian dalaman kereta...
cam besi buruk je kan?? tapi bile dah di-restore? giler cool...
Paling penting, tumpuan khusus pastinya ke atas prestasi enjin. bagi menjaga kualiti kereta, hanya alat ganti tulen digunakan.
WooWW!!!
honkhonk! pinkpink!!! take me for a ride...
Yang penting - proses baik pulih ini kena menyamai standard kereta ini sewaktu ia dikeluarkan sebelumnya.
kereta-kereta dalam showroom rainbird sdn.bhd
waahh..khelasss tak kereta saya??...
...Dan inilah antara hasil, selepas selesai proses ubahsuai yang dilakukan.
..Selesai proses baik pulih - kereta dijual kembali pada harga mencecah ratusan ribu ringgit.
3 comments:
wow..menariknya... keluar kat TV3 e ni nanti? good luck kak... =)
dah lepas dik :)
ruginya..
Post a Comment