Wednesday, November 2, 2011

Santuari Ikan Sg Chiling, chill u out!

Kejernihan aliran sungai, kedinginan  air terjun serta kehijauan rimba menjadi elemen tarikan utama bagi pengunjung dalam memilih di mana jua lokasi percutian mereka.

Unsur ini umpama magnet  yang menggamit kunjungan pencinta alam sekitar ke "santuari ikan sungai chiling".

pengalaman ini saya kongsikan dengan semua yang meng"CLICK", blog si epal hijau  sewaktu saya pertama kali berkunjung ke lokasi libur berkenaan.

team syabas with tv3 :)

 Santuari Ikan Sungai Chiling, terletak kira-kira 21 kilometer dari Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor..
dan merupakan lokasi menarik bagi anda yang gemarkan riadah luar atau "outdoor activities".
Disini, disediakan tapak perkhemahan bagi pengunjung yang mahu bermalam, pendek kata nak rasa pengalaman tidur dalam khemah la....selain itu, kemudahan awam seperti tandas, surau dan kawasan rehat turut disediakan.

Dan, atas faktor keselamatan, -  pengunjung terlebih dahulu perlu mendaftar di kaunter pendaftaran di area campsite.

Dari tapak perkhemahan, - kami bergerak secara berkumpulan menuju air terjun Chiling.
Namun, pengunjung perlu menghadapi beberapa cabaran yang menguji mental dan fizikal.
ini kerana - laluan yang dilalui agak mencabar. Selain perlu mendaki, meredah laluan yang berlecak, berbatu,  pengunjung juga perlu meredah 5 anak sungai di sepanjang laluan. Dan kedalaman  anak-anak sungai yang terpaksa ditempuhi ada yang mencecah paras dada. Ditambah pula arus sungai yang kuat dan deras, silap-silap hanyutkan kita pulak nanti. hehehe! so, kena extra hati-hati kay!

welcome to Santuari Ikan Sg Chiling.

Registration and campsite.

 previously it's a suspension bridge, but now upgrade to normal bridge with more safety.

a crystal water.

cool.
 you will find this signboard along the tracking. 

 beautiful water fall. 

"kelah" fish - STRICTLY PROHIBITED TO CATCH THE FISH. 
photos: google image

Dan, akhirnya, selepas sejam perjalanan, saya tiba ke destinasi tujuan saya. Sampai di sini, saya seolah-olah terpesona dengan keindahan kehijauan hutan yang masih dipelihara, ditambah pulak dengan  kedinginan air terjunnya yang turut menjadi faktor utama Santuari Ikan Sungai Chilling sering menjadi tumpuan pengunjung.

Selain mandi manda, anda juga boleh memberi makan kepada ikan kelah yang diperlihara di santuari ini. (banyak kelah-kelah kat sini, they all akan datang dekat je dengan kaki u, then u boleh je bagi they all makanan cam roti ke, biskut ke, kat tempat daftar kat bawah pun ada jual makanan ikan kelah.)
Pun begitu pengunjung sama sekali tidak dibenarkan menangkap kelah berkenaan kerana ia spesis ikan yang dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar dan Taman Negara. (kalau tertangkap, saja je!)

TIPS: WASPADA "KEPALA AIR".

Kepala air - Kepala air atau sumber sungai bermaksud punca aliran air dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.

Bahaya Kepala Air - Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.
Langkah keselamatan :
Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:
  • Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
  • Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
  • Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
  • Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu).

2 comments:

sanusihanizam said...

salam, nk wt pmbetulan...hehe..bkn hulu langat,tp hulu selangor.

Diana Alim said...

ok..thankiu.....