Thursday, December 29, 2011

perjalanan 2011 diakhiri. Alhamdulillah :)

Salam semua,
semoga dalam keadaan baik-baik!

 hey all :)

Tinggal lagi 1 hari setengah kita meninggalkan 2011. InsyaAllah jika dipanjangkan umur, kita turut dapat merasai lembaran 2012. pastinya 2012 turut menanti kehadiran kita. Pelbagai kisah duka yang aku yakin kalian telah lalui. dan ada kalanya kisah yang pernah kita lalui, hanya kita yang tahu, lebih pahit jika ianya terpaksa dipendam, takpelah, bukukan ia biar menjadi sebahagian dari sejarah diri.

Dan, pastinya segala kisah manis dan istimewa juga turut melengkapkan kehidupan kita sebagai seorang manusia yang berperasaan. Allah Maha Adil, jika didatangkan kita kesusahan, ingatlah kerana ianya ujian untuk menduga kita, dan ingat jua jika diturunkan musibah buat kita, bukan bererti kita tidak disayangiNya.  Wallahualam.

Pelbagai perkara berlaku, suka duka sepanjang tahun 2011, dan bila aku imbas balik - nyata segala peristiwa berlaku memberi kesan dalam hidup aku. 

Aku mulakan dengan kisah kerjaya aku, memang tak nafikan, kerjaya aku masa aku mula-mula bertapak dalam bidang yang aku ceburi sekarang ni, memang agak mencabar, dan aku memang agak terumbang-ambing mencari laluan yang betul, bukan singkat masa yang aku ambil untuk paham semua selok beloknya, daripada seorang yg agak pasif, blurry kat tempat kerja, aku cuba untuk tingkatkan dan baiki cara kerja aku. Selain nak coop ngan kawan-kawan, jangan tak caya, aku pernah ada gelaran, dan kena umpat gak sebab kurang nak bergaul dengan kawan-kawan ofis masa tu, bukan tak mesra, cuma segan lagi kut., walaupun sebenarnya aku ni magak mudah mesra,nak baca sorang-sorang punya perangai, hangennn oohh payah oiii, sekarang dah ada ramai kawan-kawan, seronok!   Alhamdulillah, berkat usaha, dan sikap suka belajar aku, aku berjaya atasi semua perasaan rendah diri, dan menyendiri tu. Sampaikan sekarang, dah pening dieorang nk melayan aku.. he he he...Tu baru perangai aku, belum tengok camna kerja aku lagi..haha..

Mai aku citer....

Kalau awal-awal masuk dulu, bila aku buat story, mest aku berjam-jam pikir apa intro atau apa yang patut aku highlightkan, angle aku apa and so so, sampaikan bila editor jerit kuat-kuat nama aku, terus aku terketar-ketar..huhuhu...korang banyangkan camna lah aku yang hari-hari mengadap situsai tu, hehe..aku pernah kena jerit, kena cubit, malah pernah "dihina" seolah-olah ketika penghinaan tu dilontarkan kepadaku, aku rasa cam aku dalam tong sampah je..gedebuuuukk!!! ~ I only told him this~ " dotdot, one day I will prove to you, just give me some more times."(sambil teresak-esak ok!) Perlu lah aku menangis saat tu? ooh tidak sebenarnya, tapi aku tak cukup kuat untuk tahan air mata aku dari mengalir, huhuhu.....    and day by day, I try to improve my self, aku pernah cakap, aku takkan berusaha sampai bermati-matian, tapi aku tetap akan berusaha mengikut kemampuan diri aku, pada aku, apa yang perlu, aku kena buktikan yang aku memang tak selemah yang dia sangkakan. And till now, I never stop learning....Peluang bagi menggalas tugasan yang aku rasa agak mencabar, aku cuba buat, walau apa pun tugasan aku, baik isu semasa, mahupun segmen khas aku. Alhamdulillah, dengan segmen khas itu lah, banyak mengajar dan memberi ruang kepada diri aku untuk meningkatkan mutu penulisan berita aku, walaupun bukan lah pada tahap TIPTOP! tapi sekurang-kurangnya bertambah baik dari sebelumnya. Improving myself, and it's worth to have a great editor like mr clever sk! He's a great Teacher! Selain penglibatan dalam membuat liputan berita contohnya, bagi persidangan dewan rakyat, KL war crime Tribunals, Perhimpunan agung umno, persidangan Gerakan, persidangan MCA, dan sebagainya. Dalam tak sedar, semua tu dah aku lewati dalam masa setahun 7 bulan aku menapak di newsroom. Dan aku pun dah melepasi ujian "appraisal". Alhamdullah, hanya syukur aku panjatkan pada Ilahi. :) berkat usaha, dan sesungguhnya rezeki hanya layak diberi Allah, bukan kuasa manusia untuk menentukan rezeki sesama manusia.

Dalam hal ehwal keluarga, tak banyak yang nak cerita, Alhamdulillah family sentiasa memahami dan menyokong aku dibelakang. TAk kira apa aku buat, mesti akan ada kata-kata semangat positif yang masih menguatkan aku untuk terus berusaha...Abah and ma, Tok, semua dalm keadaan yang sihat, adik-adik dah besar panjang. Cuma kadang-kadang aku yang  masih terkilan, masih ada yang kurang, seringkali aku terfikir, Alangkah seronok kalau aku ni bergaji BESAR!! dengan gaji aku tu, boleh aku belanja adik-adik aku, bawak diaorang jalan tempat-tempat besh, bagi duit banyak-banyak kat ma and abah aku. Sebab impian aku hanyalah nak tengok diaorang senang, bukan tu je, aku nak one day nanti,  family aku semua bangga dapat anak macam aku. InsyaAllah :) 

Beralih pada hubungan cinta, cam segan nak cerita.tapi kalau tak cerita pun, lama-lama pun orang tahu..tak gitu....hehe.....cam artis gitu! kau hengat kau lisa surihani ke diana weyh??? jangan berangan lah... haha..takpe, janji dia "cinta terakhir". Hubungan yang penuh ranjau  duri, walau pada dasarnya nampak kami sentiasa tenang dan bahagia, tapi dugaan sentiasa hadir. Dari bercinta, sampailah detik nak mengikat tali pertunangan, tak lepas-lepas dari diduga. "syaitan berwajah manusia", yg mengahsut, semua bagai lah ada! Tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran lelaki bernama Aiman (hye sayang), semuanya dapat kami tempuhi. Dia yang sentiasa memberi sokongan, dan tenang dalam menghadapi segalanya. syukur. kami selamat bertunang pada 6Dis lalu. Haaa, bila dah lepas tunang ni lain pulak citernya, aku ni haa cepat sangat sensitipppp! jadi "manja lebihh" ada je tak kena sikit, lambat sikit, mesti aku nak sentap,, haiyoo!! dulu masa bercinta tak pulak perangai camni..hehehe..over lah! (betul lah kata orang, darah manis ni, masa tunang ni, macam-macam dugaan yang datang, malah lagi hebat dugaannya!) Nauzubillah, moga Allah anugerahkan kami berdua kekuatan dalam menghadapi segalanya. Amin. Hanya lelaki terbaik seperti Aiman mampu menjaga, menyanyangi dan menyintai aku sepertimana aku. Akan aku pertahankan cinta kami. I love you sayang..hugs! 
InsyaAllah, semoga segalanya berjalan sempurna untuk aku membuka lembaran baru 2012 - antara azam yang aku ingin laksanakan: 
- Tingkatkan prestasi kerja. - come out with ideas! ekslusif story
- lebih banyak masa bersama family. 
- Kukuhkan hubungan cinta kami. 
- Belajar kumpul duit, SAVING! 
- Melancong luar negara pada hujung tahun 2012. 
- bawak family melancong ke Pulan Langkawi/ Sabah. 
- Get involve with my program - save animals!  

You all pulak camne? good luck and all the best in your guys future undertakings! 
Love...





No comments: