Jangan pernah salahkan perasaan, kerana sebenarnya Manusia dikurniakan “perasaan” oleh Allah S.W.T yang mengangkat darjat kita sebagai makhluk paling istimewa di muka bumi ini.
Jangan juga salahkan perasaan jika kita mula ada rasa sayang
pada seseorang, kerana rasa sayang yang timbul itu tidak salah untuk dikongsi.
Allah sayangkan makhluknya yang hidup berkasih sayang.
Jangan juga salahkan perasaan, andai kita mula membenci
seseorang, jangan cambahkan perasaan benci pada orang kerana akhirnya kita yang
akan sakit.
Jangan pernah salahkan perasaan cinta yang wujud walau hanya
pada pertemuan yang singkat, mahupun perkenalan yang lama. Kerana ianya tidak
adil, semua orang tahu rasa cinta merupakan rasa hati yang luhur yang
kejadiannya berlaku secara semulajadi.
Sekalipun semua perasaan itu mempengaruhi tindak tanduk
kita, bersyukur lah kerana kita masih dikurniakan anugerah yang dipanggil “perasaan”.
Gunakan perasaan yang dikurniakan untuk menghargai setiap detik yang ada.
Kerana mungkin kelak, kita tidak mungkin menyanyangi orang
yang sama, kita tidak mungkin menyintai orang yang sama, kita juga tidak
mungkin membenci orang yang sama.
-dianaalim-
2 comments:
Perasaan itu amat sukar dilihat, apatah lagi menggunakan mata.Namun,ia jelas bila hati merasa tanpa bersuara :)
:)
Post a Comment