Salam Semua,
Malam ini sebelum tidur, ingin saya kongsikan sedikit
berkenaan “cara” orang-orang di Malaysia menghayati “politik”, dan berpolitik.
Pada pandangan saya, dan daripada penilaian saya sebagai seorang yg agak
dewasa, saya cukup memahami konsep “berpolitik”, Walaupun mungkin tidak menyeluruh,
tetapi saya mengikuti hukum hakam berpolitik yg diamalkan di negara kita dengan
cara yg berhemah.
Kalau ada yg x paham lagi, kalau nak pilih kerajaan kita di
Malaysia, seeloknya baca sendiri dan paham konsep bagaimana untuk kita
membentuk sesebuah negara, Tengok balik sejarah bagaimana tertubuhnya sebuah
negara yg bernama Malaysia, nak mudah baca sahaja konsep Sistem Demokrasi
Berparlimen yg diamalkan. Sebab saya xkan jelaskan satu persatu yang ada. (sebab kalau citer panjang-panjang pun x
guna, masing-masing ada pendapat tersendiri).
Bagi saya politik tidak pernah kotor, tetapi orang- orang yg
berpolitik lah yg menjadikan “politik” itu kotor dan sangat keji. Agenda dan
propaganda yg dicetuskan menghuru-harakan keadaan semasa, mengganggu gugat
kesejahteraan, merenggangkan lagi jurang antara kaum yg ada di negara ini.
Yang sedihnya sekarang, saya lihat golongan-golongan muda,
anak-anak yang baru meningkat dewasa kini semakin alpa dengan apa yg dikecapi
kini, paling sedih ada hati nak “lawan” balik pemimpin yg memerintah,
kadang-kadang saya terfikir, kenapa ini semua berlaku. Dan saya ada jawapannya,
kerana manusia sememangnya xpernah cukup dan berpuas hati dengan apa yg dia
miliki, tamak haloba dan rakus dengan hanya ada otak yg kosong. Yang melalak
tak tentu pasal pun ada, very poor to see all these happen.
Walau apa pun, sebagai rakyat yg cerdik pandai, belajar
tinggi-tinggi, kita perlu lebih peka dan sensitif terhadap senario politik yg
berlaku di tanah air kita, jangan sibuk tengok apa yg jd kat negara luar,
jangan sibuk kondem apa yg x betul, tapi pernah tak kita terfikir untuk “apa yg
kita boleh sumbangkan pada negara kita?” apa yg boleh kita buat untuk selamatkan
bangsa negara dan agama kita? Tak pernah....
... Kerana kita manusia yg hanya pandai menghukum, tetapi
tidak tahu menilai baik buruk kesannya.
Wallahualam.
1 comment:
Betway Casino Review | Player Ratings & Review by KQAsia
Betway Casino 코인갤러리 Review, Bonuses, Software, Security and More. Read the latest information about this South 토토 사이트 운영 African 1x bet gambling operator 포커 고수 and how to deposit money 강원 랜드 후기
Post a Comment