1 Syawal, beraya bersama abah ma, tok dan adikiberadik yang lain. Memandangkan saya "offday", xdapat nak solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di masjid, selesai takbir raya, dan siapkan juadah untuk tetamu, saya dan keluarga menziarahi pusara arwah nonda tercinta, my beloved mummy forever. Al-fatihah, semoga mummy ditempatkan dikalangan mereka yg soleh dan solehah. sudah 15 tahun mummy pergi. Masih ingat tahun pertama beraya ketika saya berumur 10 tahun, tanpa bonda disisi, hati sangat sayu pada waktu itu. Namun kini, saya sudah pun menjadi dewasa.
Masih lagi gambar di 1 Syawal, bakal suami saya InsyaAllah.. datang menjemput saya, membawa saya beraya di rumah tokki dan tokwan nya di Jerangau. Sempat lagi posing dalam kereta. Hensem dia berbaju melayu hijau pucuk pisang. 30 ogos ni kami akan diijabkabulkan, sama-sama doakan perjalanan kami berdua dieprmudahkan. InsyaAllah.
Raya kedua, 2 Syawal - Masa dihabiskan beraya di rumah bakal mertua, keluarga Aiman mengadakan rumah terbuka, jadi saya turut hadir membantu apa yg termampu. Gambar edited combine dengan adik-adik Aiman, dan adik-adik saya, juga kawan kepada sepupu Aiman, Dasya dan Sisha dari Russia, "Nice to meet you both..and thanks for saying that I have a good English pronounciation..."
3 Syawal, beraya pula di rumah keluarga saya, menziarahi sanak saudara adik-beradik arwah mummy, di Bukit Payung dan Kuala Berang, sebelum itu, sempat juga saya luang masa ikut abah dan Ma pergi rumah kawan dia, dan juga ke rumah keluarga Ma di Gong Badak.
Thanks to abg Azmi photo, suka ambil gambar-gambar saya, and gambar ini to me, sangat comel. manis rupanya bila bertudung litup ni, InsyaAllah one fine day. that will be my image.
Ada yg kata kami adik-beradik. hehe..sama cantik sama hensem, x gitu?? ...
Isteri abg Azmi photo, Kak Natrah, dia sangat baik dan suka membantu.
Bersama adik-adik perempuan Aiman, (bakal adik ipar, Insyaallah), Alin and Aina, dan juga kak Natrah.
Gambar keluarga sebelah Aiman, di lama rumah pada majlis rumah terbuka Aiman & keluarga.
Hari terakhir di Terengganu, 4 Syawal, singgah di Bukit Payung ke rumah sepupu Abg Mirza dan KaK Na, sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, saya beraya dengan penuh rasa gembira, result exam pun DL. hehe... syukur......
Gambar kenangan diatas yang memberikan sejuta makna buat saya, tahun terakhir saya beraya sebagai anak dara bujang, tahun depan InsyaAllah sudah bersama suami disisi dan juga keluarga baru. Bersyukur masih dapat menyambut Syawal, walaupun secara sederhana namun tetap sangat sangat bermakna buat saya yg menjadi anak rantau ini. Kesempatan pulang beraya di kampung halaman bersama keluarga dan insan-insan tercinta pasti akan dirindui. Bagi yang masih mempunyai ibu dan ayah, hargai, kasih la mereka seperti mana mereka yg mengorbankan segalanya buat anda.
Salam Syawal buat semua, semoga Syawal kita diberkati Allah S.W.T.
Salam sayang,
Diana Alim
No comments:
Post a Comment