Wednesday, February 18, 2015

Bunga Citra Lestari - Wanita Terbahagia | Unofficial Lyric Video





Jujur ku mengakui
Pantas ku beri
Seribu pujian buat kamu
Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia
Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
lebih berharga dari harta di dunia
Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Kamu ku yakin tahu
Ku yakin sama
Tujuanmu dengan tujuanku
Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia
Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia
Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia
Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta

Sunday, February 1, 2015

FULL DRESS FOR MAJLIS AKAD NIKAH ATAU MAJLIS RESEPSI.


Assalamualaikum w.b.t,

Pertama sekali, mohon maaf kerana mungkir janji untuk berkongsi pengalaman menguruskan majlis perkahwinan saya. Serius, tak tahu nak mula dari mana. Yang pasti, bukan mudah untuk menguruskan majlis, kalau boleh memang semua nak PERFECT dengan bajet yang ada. Tapi, jika kena caranya dan buat persediaan awal, ditambah dengan kerajinan pasangan pengantin untuk buat survey sebagainya. InsyaAllah, kalian akan berpuas hati dengan hasilnya.

But today, bukan nak kupas satu-satu pasal majlis kahwin yang dah berlangsung setahun lepas, tapi lebih kepada nak bagitahu yang saya dan suami dah decide untuk sewakan baju resepsi yang kitaorang tempeh khas haritu kepada sesiapa yang berminat. Actually hati kami terbuka selepas kawan-kawan asyik tanya berkenaan baju resepsi kami. Sebab sayang sangat sebenarnya nak bagi sewa baju ni, yelah! The value is there right?  

Ok, designer baju kami untuk akad nikah dan resepsi, adalah Aleng Tohara. One of the wedding maker yang agak top, baju yang dia buat memang terbaik! Dia akan design baju mengikut kehendak client dia, beedings dia for me, TIPTOP!

Ok, baju ni memang ditempah khas mengikut selera saya, saya seorang yang simple, jadi semua kalau boleh nak simple jer, simple namun ada sentuhan “kemewahan” disitu. Cheeewaah! *berangan* Baju ni saya pakai pada majlis resepsi saya dan Aiman yang berlangsung pada 31.08.2013. Baju akad nikah kami tak sewakan.

DETAILS BAJU UNTUK DISEWA:

1.       Sepasang Lelaki dan perempuan.
2.       Colour cream gold, high quality. Tidak panas!  
3.       Baju lelaki, bahagian dalam ala-ala vest separuh, luar coat. (sangat sesuai untuk lelaki yang kurus, bagi nampak lebih mantap).
4.       Aksesori lelaki seperti samping, tanjak, keris tidak disediakan.
5.       Baju perempuan, ala-ala kurung moden, lengkap dengan veil dan kasut (size 5).
6.       InsyaAllah, size baju fix S to M, (adjustable).






Official photographer for our big day is THE PHOTOLICIOUS. 


Bagi yang berminat, boleh email atau contact Diana.

Dengan subjek – BAJU PENGANTIN UNTUK DISEWA.

dhiaadeera@yahoo.com            017-9182331


Love, 
Diana Alim. 


Friday, January 23, 2015

TGLOBAL EVENT ENTERPRISE KUALA TERENGGANU




INFO TGLOBAL EVENT ENTERPRISE:

Nama syarikat : TGlobal Event Enterprise

Tarikh ditubuhkan: 16 Disember 2014

No pendaftaran: 002390317-A

Alamat syarikat: Lot 411, Kg Merbau Patah, 20050, Kuala Terengganu

Perkhidmatan disediakan:

Khidmat pengurusan acara ( Majlis rasmi, Majlis korporat, Majlis pertunangan, Majlis        Perkahwinan dan sebagainya ).
-   Menyediakan khidmat nasihat dan rundingan untuk sesuatu acara.
Menyediakan perkhidmatan Emcee yang berkebolehan menguruskan apa jua majlis. 
- Kebolehan bahasa ( B.Inggeris, B.Melayu & Mandarin ).
-   Menyediakan perkhidmatan pakej pelancongan “Tour Terengganu”. 
Dan lain-lain perkhidmatan.

Hubungi krew kami di talian tertera:
No.Tel: 09-6265114
No.Tel: 017-9182331 ( Diana )


Thursday, January 22, 2015

Buktikan tanpa perlu engkau bergantung pada orang lain.

Manusia  di atas muka bumi ini memang dilahirkan untuk berpasangan, saling bergantungan antara satu sama lain.

Namun bagi aku sekiranya terlampau bergantung kepada orang lain tanpa perlu engkau berusaha ke arah mendapatkan sesuatu adalah bukan suatu sikap yang baik. Malah engkau juga tidak akan pernah belajar untuk berusaha untuk mendapatkan sesuatu.

Selagi hidup engkau bergantung dengan orang lain, selagi itu engkau tidak akan dapat membuktikan kemampuan diri engkau.

Selagi engkau bergantung kepada orang lain, selagi itu engkau akan dipandang seperti manusia yang lemah. 

Selagi hidup engkau bergantung kepada orang lain, selagi itu orang lain tidak akan pernah mempercayai kelebihan yang tersirat dalam diri engkau.

Jadi, berhentilah bergantung kepada orang lain.

Buktikan…

Kemampuan diri engkau…

Buktikan… bahawa…

Engkau mempunyai kehebatan yang orang lain tidak sedari, tidak punyai…

Buktikan…. Bahawa…

Engkau bukan lemah…

Buktikan…engkau mampu hidup berdikari…..

Berdiri dan berjaya dengan usaha dan keringkat engkau sendiri.

Buktikan… engkau yang terbaik tanpa perlu engkau bergantung kepada orang lain.

Buktikan.


 p/s: Hanya Allah tempat bergantung selepas segala usaha dan tawakkal yang telah kau lakukan. InsyaAllah. 

Tuesday, January 20, 2015

Kelebihan sabun muka kulit kayu manis yang dijamin halal.

Assalamualaikum w.b.t, 

Apa khabar semua, harap sihat.... lama betul tak update blog, dari sebelum pregnant, sampai lah nak bersalin dah, langsung tak rajin nak update apa-apa kat blog ni, Tapi InsyaAllah selepas ni kalau banyak masa terluang, saya update apa-apa yang boleh memberi informasi kepada sesiapa jua yang sudi membaca blog saya. Harini mood menaip kembali, dan rasa nak kongsi juga dengan pembaca mengenai khasiat sabun muka kulit kayu manis atau namanya sabun #Mykantan. 

Secara ringkasnya, sabun Mykantan ni dicipta sepenuhnya oleh pakar tempatan, iaitu seorang profesor dari UPM Serdang, hasil inovasi beliau telah menghasilkan sabun muka yang memberi manfaat kepada sesiapa yang menggunakannya. Alamdulillah. 

Saya pun sejak diperkenalkan dengan sabun mykantan ni, memang stick to this facial soap until now, no more my Olay. Bukan apa rasa seronok sangat bila dah guna sabun ni, rasa fresh dan kulit pun nampak makin sihat, mungkin kerana produk ini tak dicampur dengan apa-apa bahan kimia dan hanya menggunakan 100% bahan semulajadi, Jadi bila pakai tu, takde lah kesan yang menyakitkan kulit wajah kita, 

So, saya taknak cerita banyak... saya ringkaskan info mengenai sabun muka #Mykantan seperti tertera. 

MY KANTAN FACIAL SOAP

Khasiat sabun muka Mykantan.
• Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi.
• Campuran kulit kayu manis + madu + rumpai laut.
• Dijamin suci dan halal.
• Tiada kesan penggelupasan pada kulit wajah.
• Sesuai untuk lelaki dan wanita.

 kulit wajah lebih bersih dan sekata setelah mencuba sabun muka #Mykantan.  
 Sabun muka #Mykantan yang semakin menjadi pilihan pengguna.  

Testimoni pengguna sabun #Mykantan 

Testimoni pengguna sabun #Mykantan



è Berfungsi menghilangkan parut jerawat, mengurangkan serta mampu mencegah pembiakan jerawat pada kulit wajah.
è Mengurangkan kulit berminyak pada wajah.
è Menyegarkan kulit wajah walau seharian terdedah.

Cara pakai : Amalkan 2 kali sehari dalam penjagaan harian wajah. Basahkan sabun dengan air dan gosok pada kulit wajah. Biarkan seketika sambil urut lembut wajah, alami kesannya.

To order: WhatsApp Diana 0179182331

Thanks.


Diana Alim.

Sunday, July 6, 2014

Updated!

Assalamualaikum w.b.t,

Dah lama saya tak update blog,  dah dekat setahun kalau tengok dari last post, bukan apa, sebelum ni blog saya tak boleh nak post apa-apa, mungkin ada masalah dengan setting, tapi hari ni saja cuba-cuba try bukak, Alhamdulillah boleh, lepas ni boleh lah saya update apa-apa perkembangan.

So far, hidup saya amat baik.

Selepas berumah tangga ni, hidup berubah jugak, sebab yelah dah bersuami kan, tapi seronok sangat sebab paling ketara, ada teman tidur, teman makan, teman borak , teman tengok TV, teman gaduh-gaduh manja. semua lah dah berteman.

Sekarang ni pun, cukup waktu kalau tiada keperluan untuk saya stay di ofis, saya akan cepat-cepat balik rumah. Bukan apa, sebab dah ada komitmen baharu.

Apa pun, kehidupan rumah tangga ni banyak cabarannya. Saya hanya sentiasa doakan kehidupan saya bersama suami serta keluarga mertua akan dilindungiNya. Ameen.

Got to go.

Salam.

Tuesday, November 19, 2013

baru nak refresh balik blog ni.. Ampun ye!

Salam to all.
Alhamdulillah setelah agak lama menyepi dari membuat sebarang update di blog ini. Malam ini terdetik pulak nak bukak tengok ghupa blog aku. maklumlah lama dah tak bukak. Walaupun bukannya ramai follower pun. Over je! he he he...

Sebenarnya kalau aku post pun, mesti berkait dengan cerita-cerita aku je. Errmm..agak malas sebenarnya nak menulis, tetapi takpelah alang-alang depan laptop ni, rajinkanlah sikit jari jemari aku untuk menekan keyboard ni.

.... Nak mula dari mana pun aku tak tahu... sebabnya?... dah lama tinggal blog ni... rasa cam kekok je!

Yang penting syukur sangat-sangat hari ini dah 82 hari aku bergelar isteri orang. Ingat lagi tak sebelum ni aku janji nak kongsi cerita tentang persiapan kahwin aku bagai kan? tapi sebab tak cukup masa, aku cam x dapat lagi nak buat semua tu. Teringin jugak nak tulis semuanya dalam blog ini. atleast nampak kan. InsyaAllah kalau dah dapat semua gambar-gambar kahwin nanti, aku akan kongsikan di sini ok.

Hidup berumah tangga sampai hari ini Alhamdulillah ok! cuma aku dan suami, Aiman kitaorang hidup berjauhan. jumpa di hujung minggu. Sedih jugak tinggal berjauhan dengan suami ni. Tapi apakan daya, inilah yang dipanggil dugaan di awal perkahwinan. Insyallah nanti Aiman dah boleh menetap terus di KL. Amin amin. 

Sebenarnya, aku tengah buat assignment study aku ni, banyak lagi tugasan x siap, sampai aku dah tak tahu nak siapkan yang mana dulu. Semester ni aku ambil 4 subjek. Selagi mampu bertahan. Oohh yea.. bagi yang x tahu, jangan keliru, aku masih lagi bekerja tetapi pada masa sama aku sambung study. Alhamdulillah, sambung study tu memang cita-cita aku dari dulu lagi. ( itupun selepas 3 tahun kerja, baru dapat peluang ni ). Takpe, biar lambat, pelan-pelan kayuh, insyaAllah berjaya. positif kan diri sendiri je lah yang aku mampu. 

Ok, aku rasa dah sampai masa aku stop. Sebab mata aku dah x tahan ngantuk. Nanti ada masa aku sambung tulis lagi. 

p/s: Abaikan penulisan aku yg macam harammmm ni. aku tulis dalam keadaan blur. okbye!   

Thursday, September 12, 2013

Kini saya tahu, hanya awak yg terbaik buat saya.

Untuk tempoh 5 tahun sebelum ini, saya dan awak masing-masing dalam fasa mengenali satu sama lain. setiao hari ada sahaja perkara baharu yg saya belajar tentang diri awak! Sesuatu yg saya pasti, awak lelaki yg boleh buatkan saya menangis kerana 'perangai" awak, awak juga lelaki yg buat saya ketawa macam perempuan gila sawan! Awak juga lelaki yg buatkan hati saya sakit setiap kali bergaduh, tapi awak juga lelaki yg buat saya rasa macam sunyi sepi gila bila kita dalam keadaan emosi. Pendek kata, semuanya awak, bangun tidur makan pakai saya semua awak jaga. Sekarang, saya dan awak kita dah jadi suami isteri, saya harap awak mampu jadi suami yg baik yg boleh menjaga dan membimbing saya. Saya juga berdoa semoga saya mampu menjadi isteri yg terbaik buat awak. Awak jangan sesekali berhenti mencintai dan menyayangi saya. Awak saya juga minta maaf untuk salah dan silap saya selama ini. I love you syg.

p/s: Dalam sesuatu hubungan, bukan tiada cabaran, bukan tiada naik turun. just the matter how u and ur partner gonna handle it. InsyaAllah andai jodoh telah ditetapkan olehNYA..pasti bersama ke syurga.

Monday, August 12, 2013

Anugerah Syawal dari Ilahi.

 1 Syawal, beraya bersama abah ma, tok dan adikiberadik yang lain. Memandangkan saya "offday", xdapat nak solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di masjid, selesai takbir raya, dan siapkan juadah untuk tetamu, saya dan keluarga menziarahi pusara arwah nonda tercinta, my beloved mummy forever. Al-fatihah, semoga mummy ditempatkan dikalangan mereka yg soleh dan solehah. sudah 15 tahun mummy pergi. Masih ingat tahun pertama beraya ketika saya berumur 10 tahun, tanpa bonda disisi, hati sangat sayu pada waktu itu. Namun kini, saya sudah pun menjadi dewasa.
 
Masih lagi gambar di 1 Syawal, bakal suami saya InsyaAllah.. datang menjemput saya, membawa saya beraya di rumah tokki dan tokwan nya di Jerangau. Sempat lagi posing dalam kereta. Hensem dia berbaju melayu hijau pucuk pisang. 30 ogos ni kami akan diijabkabulkan, sama-sama doakan perjalanan kami berdua dieprmudahkan. InsyaAllah.
 
 
Raya kedua, 2 Syawal - Masa dihabiskan beraya di rumah bakal mertua, keluarga Aiman mengadakan rumah terbuka, jadi saya turut hadir membantu apa yg termampu. Gambar edited combine dengan adik-adik Aiman, dan adik-adik saya, juga kawan kepada sepupu Aiman, Dasya dan Sisha dari Russia, "Nice to meet you both..and thanks for saying that I have a good English pronounciation..."  
 
 3 Syawal, beraya pula di rumah keluarga saya, menziarahi sanak saudara adik-beradik arwah mummy, di Bukit Payung dan Kuala Berang, sebelum itu, sempat juga saya luang masa ikut abah dan Ma pergi rumah kawan dia, dan juga ke rumah keluarga Ma di Gong Badak.
 
 Thanks to abg Azmi photo, suka ambil gambar-gambar saya, and gambar ini to me, sangat comel. manis rupanya bila bertudung litup ni, InsyaAllah one fine day. that will be my image.
 
Ada yg kata kami adik-beradik. hehe..sama cantik sama hensem, x gitu?? ...
 
 Isteri abg Azmi photo, Kak Natrah, dia sangat baik dan suka membantu.
 
Bersama adik-adik perempuan Aiman, (bakal adik ipar, Insyaallah), Alin and Aina, dan juga kak Natrah.

 Gambar keluarga sebelah Aiman, di lama rumah pada majlis rumah terbuka Aiman & keluarga.
Hari terakhir di Terengganu, 4 Syawal, singgah di Bukit Payung ke rumah sepupu Abg Mirza dan KaK Na, sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, saya beraya dengan penuh rasa gembira, result exam pun DL. hehe... syukur......
 
Gambar kenangan diatas yang memberikan sejuta makna buat saya, tahun terakhir saya beraya sebagai anak dara bujang, tahun depan InsyaAllah sudah bersama suami disisi dan juga keluarga baru. Bersyukur masih dapat menyambut Syawal, walaupun secara sederhana namun tetap sangat sangat bermakna buat saya yg menjadi anak rantau ini. Kesempatan pulang beraya di kampung halaman bersama keluarga dan insan-insan tercinta pasti akan dirindui. Bagi yang masih mempunyai ibu dan ayah, hargai, kasih la mereka seperti mana mereka yg mengorbankan segalanya buat anda.
 
Salam Syawal buat semua, semoga Syawal kita diberkati Allah S.W.T.
 
Salam sayang,
Diana Alim

Tuesday, July 23, 2013

Mulianya kasih sayang si dia, suami...

Salam Ramadhan to all.

Setelah berkampung hampir 2 minggu di Kuala Besut, Terengganu sempena pilihan raya kecil dewan undangan negeri Kuala Besut, dan mengikuti perkembangan perjalanan kempen di daerah ini.

Saya boleh katakan ianya berjalan lancar, ini kerana kedua dua pihak baik calon BN mahupun calon PAS, masing-masing menghormati bulan Ramadhan, kalau ada pun pihak pembangkang yg sering mengadakan ceramah pada setiap malam selepas solat terawikh, manakala calon BN lebih suka menggunakan pendekatan rumah ke rumah bagi mendekati pengundi. 

 Alhamdulillah ianya dilihat berkesan dan apa yg cuba disampaikan itu sedikit sebanyak dapat diterima penduduk di Kuala Besut.

Namun saya tidak berminat untuk mengulas lanjut mengenai semua itu kerana setiap berita 1.30pm dan 8pm saya sudahpun membawakan laporan tersebut. 

Bagaimanapun semalam, kurang 2 hari sebelum berakhirnya tempoh kempen, saya yg mengikuti kempen calon dipertermukan dengan sebuah keluarga yg terletak di kampung alur lintang, pertemuan yg menyedarkan saya begitu besar ertinya kasih & sayang, perjalanan cinta hidup mereka membuatkan air mata saya menitis, bukan apa... kerana begitu kagum dengan kemuliaan hati si suami itu. 

Susah untuk mencari lelaki yg sanggup dan betul betul mahukan kita dalam keadaan yg serba kekurangan, namun bukan lelaki ini, dia berkahwin dengan isterinya yg dipertemukan dengannya ketika dia turut sama berada di hospital atas sebab menjaga ayahnya yg sakit, manakala perempuan ini terlantar dan koma selama 4 bulan di hospital akibat terlibat dengan kemalangan jalan raya, mangsa langgar lari, habis anggota badannya lumpuh... namun dalam tempoh hazab bagi perempuan itu lah.. adanya lelaki mulia yg sanggup mengahwininya dan berjanji untuk sehidup semati dengannya. 

Terharu saya sambil mengenangkan kemuliaan dan kejujuran hati pasangan ini. Moga saya dikurniakan hati yg semulia dan seikhlas itu untuk mencintai dan menyanyangi pasangan saya. Amin.
Ketika saya menyoal kakak itu;

D: Mak ayah kakak ada lagi?
Kakak: takdok doh, meninggal belaka dah..
D: innalillah.... adik beradik berapa org?
Kakak: 6 orang.. sy ank ketiga.
D: Dah adik beradik mari sokmo ke?
Kakak: sejak saya eksiden tahun 2006, adik beradik sy x pernah mari jumpa sy.
D: (sambil menitis air mata..)
Kakak: (sambil melirik suaminya)..dia menjawab...takpe lah, sebab sy ada org yg baik hati jaga sy, sampai harini dia xpernah tinggal sy.
D: what else I can say??? ....
D: dengan tersenyum sy menjawab, moga sy dikurniakan jodoh yg mempunyai hati macam suami kak ain. 

Buat pasangan itu, abg sairo & kak ain, semoga kehidupan kalian berdua akan jauh lebih baik. Amin. 

Semoga kisah ini mampu menjadi iktibar buat kita semua. Wallaulam.

Tuesday, July 2, 2013

02 julai 2013

Salam people, selesai paper mass comm petang tadi. Alhamdulillah semuanya. Menunggu 6julai utk paper sociology, berbaki few days utk study. Assignment photo comm x siap lagi. Huhu..

Bulan dan bintang bersatu mengindahkan lagi sepi malam :) selamat malam dunia.

Thursday, June 27, 2013

Waktu dan kita saling berkejaran.


Alhamdulillah, masih lagi ingat password blog, setelah hampir dua bulan tidak meng-update apa-apa verita di blog ini. Kekangan waktu yang menjadi halangan utama yg mengehadkan aku untuk berkongsi segalanya disini. 

Ye betul !! aku sudah tidak punya waktu yang panjang untuk merangkumkan segalanya dalam satu masa. Setiap saat berlalu dengan pantas tanpa aku sedar, kita sudah hampir menemui Ramadhan. Pantasnya waktu berlalu, tanpa menunggu kita... InsyaAllah jika dipanjangkan usia, kita akan sama-sama menjalani ibadah puasa. InsyaAllah. 

Seingat aku, awal Mac - Aku memulakan pengajian PJJ aku di UITM, seperti baru semalam menjejakkan kaki ke sana. Namun, masa berlalu... pantas... membawa aku dan rakan-rakan ku yang lain hampir menamatkan pengajian kami untuk semester pertama. Alhamdulillah.. setelah berhempas pulas, membahagikan masa antara kerja dan study. Classes, test, quizzes, presentations, Consultation, Group assignments, and final that is just around the corner. Semuanya mencabar jiwa dan raga aku. Semput yang teramat bila memikirkan hidup menjadi pekerja + pelajar ini, dua-dua menjadi keutamaan kepada aku, yang paling best.. ketika aku dalam waktu mempersiapkan diri ke alam perkahwinan.  Semuanya berlaku serentak.  Perjalanan ini telah aku rangka, sekaligus aku yg mencorak haluan hidup aku. Aku hanya mendoakan yg terbaik buat aku. 

Yang pasti, segalanya berlaku serentak, & some of them is out from what I've planned! 

Now, jiwa masih lagi tidak tenteram.. Esaimen Photo Comm masih tidak sempurna! Final paper belum selesai. Persiapan kahwin masih tidak lengkap. Doakan aku kalian! 

" kadang2 kita lupe apa dan di mana kemahuan dan di mana kita.. hanyut dek permainan duniawi yg stiasa melingkari perjalanan hidup kita.. tanpa pedoman.. tanpa petunjuk.. bukan kita lupe.. cuma kita lalai dalam jalani erti kehidupan.. aku stiasa memohon dariNya agar dipermudahkan sgalanya.. kehidupan hgga akhir nyawa.. usaha dan keredhaan dariNya.. amin.. ~Aiman Sidek"... 

 Makan beramai-ramai bersama classmates. 
 
 Bersama-sama perah otak, buat Group assignment for Sociology! *gila 2 hari x tidur*

 Aktiviti jika ada kesempatan. jogging bersama teman, FIAZ!

 Ooohh, ini si kembar saya okey! hensem boys.( masih x lepas 40hari )

 My life!forever! my Abah, also my big supporter. 

 Joined treasure hunt -we won the first place for regular/ media category! (Alhamdulillah rezeki ) 

 Luangkan waktu bersama tunang tersayang.This was teken somewhere in Sogo, x pernah-pernah nak jalan Sogo kan?

 Gambar ini masa di Genting Highland. pergi sana semata-mata nak bg udara sejuk dan jugak lepak minum di OLDTOWN. 

 Ini pula masa di One Utama, mencari barang-barang yg  perlu :) 

 Ini photo timeline sekarang, Photo ni pun masa kami jd bridesmaid HAni! bukan Pre wedding shoot! sebab mmg kami xde pre-wed shoot! Aiman cam xnak je. huhu..


 Masa di Yayasan Kepimpinan Global, Putrajaya. sempat lagi pose kan? sabar je lah!

I love this! like real. 

p/s: those photos actually was published eralier in my Facebook, just in case my blog followers, yg nak tengok kan.So yg rasa xnak tengok, jangan tengok ok!  

 

Thursday, May 2, 2013

tak cukup masa.




Salam babes,

Sedar tak sedar dah masuk tanggal 2 Mei 2013, tinggal lagi beberapa hari sebelum rakyat Malaysia yg layak mengundi, dan telah berdaftar sebagai pengundi akan membuang undi untuk memilih kerajaan yg mereka suka. Dan aku sebagai petugas media, telahpun selesai menjalankan undi secara pos. Chewaaahh! Excited siot sebab ni first time undi. I vote for both, dun and parlimen, and u all pun sama ok, pangkah X kat dua-dua kertas undi. Hehe! Okey, apa pun xnak cerita proses mengundi kat sini, just ambil masa yg ada ini untuk update blog, cukup syarat update je ni. 

Tapi still nak ingatkan korang, pergi mengundi taw! Pilih la korang nak pilih sama pun, janji jangan bazirkan undi tu! Hehehe..

Errggghh... lama gila kut x update blog, walhal banyak je aku “feeling” nak post before this, tapi semuanya dikekang oleh waktu. Last-last hilang camtu je, sudahnya aku post la benda yg mengarut. Haha. 

Btw, aku sangat-sangat super duper busy lately, kalau nak tahu aku dah pun sambung balik pengajian aku di UITM, Shah Alam dalam course yg sudah pasti aku minat! Tapi yg jadi x best, awal-awal lagi aku dah macam give up sebab aku x boleh nak fokus sangat pada study aku, rupanya jadi student partime and pjj ni lebih mencabar. Sumpah, hectic hardcore sangat ok! Tiap hari aku rasa macam dikejar waktu. Masa selalu jadi masalah utama aku sekarang ni, aku sangat berkira dengan masa sekarang. Bagi aku, dalam 24jam tu lah aku perlu study, jawab quizzes, buat esaimen yg prof bagi, pada masa sama pergi kerja then proses skrip and report news untuk korang semua. Balik aku sambung study lagi, untuk jawab quizzes yg xkan habis dalam iclass aku tu. Wth!!! So tired babes. Makan? Ooohh..aku masih ada masa untuk makan, & aku akan makan bila aku lapar, anytime anywhere. Hehe.. 

Lagi buat aku haru biru bila fikir hanya 3 bulan lagi tinggal untuk big day aku. Hah? Big day? Am i gonna get married? It is for real? Ohmyyggg!!! 3 bulan lagiiiii.... yess, aku akan kahwin!!! untuk itu, aku la pada masa sama menjadi wedding planner untuk perkahwinan aku dan tunang aku, Aiman. (aiman buatapa? Dia buat part dia, berani dia x involve, aku kawen sorang-sorang nnt). Hehe!!! – tips: sentiasa diskus and cari barang perkahwinan, plan everything with your partner, sharing ideas is important okey! That’s what we did. So far kami xde masalah untuk itu. 

Tapi still ada lagi urusan-urusan yg wajib yg belum kami selesaikan. Soon after election ni aku akan sibuk menguruskan persiapan nikah aku pulak. InsyaAllah. Macam mana nak habiskan ayat ni? Dah xde idea dah nak tulis apa, nanti makin mengarut. Ok la uols, goodnight! Muahh... 

 ofismates.

 with Dato' Michelle Yeoh.

 hang out with girlfriend. Dieyla. 

 D'aiman collections. part of it.