Untuk tempoh 5 tahun sebelum ini, saya dan awak masing-masing dalam fasa mengenali satu sama lain. setiao hari ada sahaja perkara baharu yg saya belajar tentang diri awak! Sesuatu yg saya pasti, awak lelaki yg boleh buatkan saya menangis kerana 'perangai" awak, awak juga lelaki yg buat saya ketawa macam perempuan gila sawan! Awak juga lelaki yg buatkan hati saya sakit setiap kali bergaduh, tapi awak juga lelaki yg buat saya rasa macam sunyi sepi gila bila kita dalam keadaan emosi. Pendek kata, semuanya awak, bangun tidur makan pakai saya semua awak jaga. Sekarang, saya dan awak kita dah jadi suami isteri, saya harap awak mampu jadi suami yg baik yg boleh menjaga dan membimbing saya. Saya juga berdoa semoga saya mampu menjadi isteri yg terbaik buat awak. Awak jangan sesekali berhenti mencintai dan menyayangi saya. Awak saya juga minta maaf untuk salah dan silap saya selama ini. I love you syg.
p/s: Dalam sesuatu hubungan, bukan tiada cabaran, bukan tiada naik turun. just the matter how u and ur partner gonna handle it. InsyaAllah andai jodoh telah ditetapkan olehNYA..pasti bersama ke syurga.
Thursday, September 12, 2013
Monday, August 12, 2013
Anugerah Syawal dari Ilahi.
1 Syawal, beraya bersama abah ma, tok dan adikiberadik yang lain. Memandangkan saya "offday", xdapat nak solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di masjid, selesai takbir raya, dan siapkan juadah untuk tetamu, saya dan keluarga menziarahi pusara arwah nonda tercinta, my beloved mummy forever. Al-fatihah, semoga mummy ditempatkan dikalangan mereka yg soleh dan solehah. sudah 15 tahun mummy pergi. Masih ingat tahun pertama beraya ketika saya berumur 10 tahun, tanpa bonda disisi, hati sangat sayu pada waktu itu. Namun kini, saya sudah pun menjadi dewasa.
Masih lagi gambar di 1 Syawal, bakal suami saya InsyaAllah.. datang menjemput saya, membawa saya beraya di rumah tokki dan tokwan nya di Jerangau. Sempat lagi posing dalam kereta. Hensem dia berbaju melayu hijau pucuk pisang. 30 ogos ni kami akan diijabkabulkan, sama-sama doakan perjalanan kami berdua dieprmudahkan. InsyaAllah.
Raya kedua, 2 Syawal - Masa dihabiskan beraya di rumah bakal mertua, keluarga Aiman mengadakan rumah terbuka, jadi saya turut hadir membantu apa yg termampu. Gambar edited combine dengan adik-adik Aiman, dan adik-adik saya, juga kawan kepada sepupu Aiman, Dasya dan Sisha dari Russia, "Nice to meet you both..and thanks for saying that I have a good English pronounciation..."
3 Syawal, beraya pula di rumah keluarga saya, menziarahi sanak saudara adik-beradik arwah mummy, di Bukit Payung dan Kuala Berang, sebelum itu, sempat juga saya luang masa ikut abah dan Ma pergi rumah kawan dia, dan juga ke rumah keluarga Ma di Gong Badak.
Thanks to abg Azmi photo, suka ambil gambar-gambar saya, and gambar ini to me, sangat comel. manis rupanya bila bertudung litup ni, InsyaAllah one fine day. that will be my image.
Ada yg kata kami adik-beradik. hehe..sama cantik sama hensem, x gitu?? ...
Isteri abg Azmi photo, Kak Natrah, dia sangat baik dan suka membantu.
Bersama adik-adik perempuan Aiman, (bakal adik ipar, Insyaallah), Alin and Aina, dan juga kak Natrah.
Gambar keluarga sebelah Aiman, di lama rumah pada majlis rumah terbuka Aiman & keluarga.
Hari terakhir di Terengganu, 4 Syawal, singgah di Bukit Payung ke rumah sepupu Abg Mirza dan KaK Na, sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, saya beraya dengan penuh rasa gembira, result exam pun DL. hehe... syukur......
Gambar kenangan diatas yang memberikan sejuta makna buat saya, tahun terakhir saya beraya sebagai anak dara bujang, tahun depan InsyaAllah sudah bersama suami disisi dan juga keluarga baru. Bersyukur masih dapat menyambut Syawal, walaupun secara sederhana namun tetap sangat sangat bermakna buat saya yg menjadi anak rantau ini. Kesempatan pulang beraya di kampung halaman bersama keluarga dan insan-insan tercinta pasti akan dirindui. Bagi yang masih mempunyai ibu dan ayah, hargai, kasih la mereka seperti mana mereka yg mengorbankan segalanya buat anda.
Salam Syawal buat semua, semoga Syawal kita diberkati Allah S.W.T.
Salam sayang,
Diana Alim
Tuesday, July 23, 2013
Mulianya kasih sayang si dia, suami...
Salam Ramadhan to all.
Setelah berkampung
hampir 2 minggu di Kuala Besut, Terengganu sempena pilihan raya kecil
dewan undangan negeri Kuala Besut, dan mengikuti perkembangan perjalanan
kempen di daerah ini.
Saya boleh katakan ianya berjalan lancar, ini kerana kedua dua pihak baik calon BN mahupun calon PAS, masing-masing menghormati bulan Ramadhan, kalau ada pun pihak pembangkang yg sering mengadakan ceramah pada setiap malam selepas solat terawikh, manakala calon BN lebih suka menggunakan pendekatan rumah ke rumah bagi mendekati pengundi.
Alhamdulillah ianya dilihat berkesan dan apa yg cuba disampaikan itu
sedikit sebanyak dapat diterima penduduk di Kuala Besut.
Namun saya tidak
berminat untuk mengulas lanjut mengenai semua itu kerana setiap berita
1.30pm dan 8pm saya sudahpun membawakan laporan tersebut.
Bagaimanapun semalam, kurang 2 hari sebelum berakhirnya tempoh kempen, saya yg mengikuti kempen calon
dipertermukan dengan sebuah keluarga yg terletak di kampung alur
lintang, pertemuan yg menyedarkan saya begitu besar ertinya kasih &
sayang, perjalanan cinta hidup mereka membuatkan air mata saya menitis,
bukan apa... kerana begitu kagum dengan kemuliaan hati si suami itu.
Susah untuk mencari
lelaki yg sanggup dan betul betul mahukan kita dalam keadaan yg serba
kekurangan, namun bukan lelaki ini, dia berkahwin dengan isterinya yg
dipertemukan dengannya ketika dia turut sama berada di hospital atas
sebab menjaga ayahnya yg sakit, manakala perempuan ini terlantar dan
koma selama 4 bulan di hospital akibat terlibat dengan kemalangan jalan
raya, mangsa langgar lari, habis anggota badannya lumpuh... namun dalam
tempoh hazab bagi perempuan itu lah.. adanya lelaki mulia yg sanggup
mengahwininya dan berjanji untuk sehidup semati dengannya.
Terharu saya sambil
mengenangkan kemuliaan dan kejujuran hati pasangan ini. Moga saya
dikurniakan hati yg semulia dan seikhlas itu untuk mencintai dan
menyanyangi pasangan saya. Amin.
Ketika saya menyoal kakak itu;
D: Mak ayah kakak ada lagi?
Kakak: takdok doh, meninggal belaka dah..
D: innalillah.... adik beradik berapa org?
Kakak: 6 orang.. sy ank ketiga.
D: Dah adik beradik mari sokmo ke?
Kakak: sejak saya eksiden tahun 2006, adik beradik sy x pernah mari jumpa sy.
D: (sambil menitis air mata..)
Kakak: (sambil melirik suaminya)..dia menjawab...takpe lah, sebab sy ada org yg baik hati jaga sy, sampai harini dia xpernah tinggal sy.
D: what else I can say??? ....
D: dengan tersenyum sy menjawab, moga sy dikurniakan jodoh yg mempunyai hati macam suami kak ain.
Buat pasangan itu, abg sairo & kak ain, semoga kehidupan kalian berdua akan jauh lebih baik. Amin.
Semoga kisah ini mampu menjadi iktibar buat kita semua. Wallaulam.
Tuesday, July 2, 2013
02 julai 2013
Salam people, selesai paper mass comm petang tadi. Alhamdulillah semuanya. Menunggu 6julai utk paper sociology, berbaki few days utk study. Assignment photo comm x siap lagi. Huhu..
Thursday, June 27, 2013
Waktu dan kita saling berkejaran.
Alhamdulillah, masih lagi ingat password blog, setelah hampir dua bulan tidak meng-update apa-apa verita di blog ini. Kekangan waktu yang menjadi halangan utama yg mengehadkan aku untuk berkongsi segalanya disini.
Ye betul !! aku sudah tidak punya waktu yang panjang untuk merangkumkan segalanya dalam satu masa. Setiap saat berlalu dengan pantas tanpa aku sedar, kita sudah hampir menemui Ramadhan. Pantasnya waktu berlalu, tanpa menunggu kita... InsyaAllah jika dipanjangkan usia, kita akan sama-sama menjalani ibadah puasa. InsyaAllah.
Seingat aku, awal Mac - Aku memulakan pengajian PJJ aku di UITM, seperti baru semalam menjejakkan kaki ke sana. Namun, masa berlalu... pantas... membawa aku dan rakan-rakan ku yang lain hampir menamatkan pengajian kami untuk semester pertama. Alhamdulillah.. setelah berhempas pulas, membahagikan masa antara kerja dan study. Classes, test, quizzes, presentations, Consultation, Group assignments, and final that is just around the corner. Semuanya mencabar jiwa dan raga aku. Semput yang teramat bila memikirkan hidup menjadi pekerja + pelajar ini, dua-dua menjadi keutamaan kepada aku, yang paling best.. ketika aku dalam waktu mempersiapkan diri ke alam perkahwinan. Semuanya berlaku serentak. Perjalanan ini telah aku rangka, sekaligus aku yg mencorak haluan hidup aku. Aku hanya mendoakan yg terbaik buat aku.
Yang pasti, segalanya berlaku serentak, & some of them is out from what I've planned!
Now, jiwa masih lagi tidak tenteram.. Esaimen Photo Comm masih tidak sempurna! Final paper belum selesai. Persiapan kahwin masih tidak lengkap. Doakan aku kalian!
" kadang2 kita lupe apa dan di mana kemahuan dan di mana kita.. hanyut dek permainan duniawi yg stiasa melingkari perjalanan hidup kita.. tanpa pedoman.. tanpa petunjuk.. bukan kita lupe.. cuma kita lalai dalam jalani erti kehidupan.. aku stiasa memohon dariNya agar dipermudahkan sgalanya.. kehidupan hgga akhir nyawa.. usaha dan keredhaan dariNya.. amin.. ~Aiman Sidek"...
Makan beramai-ramai bersama classmates.
Bersama-sama perah otak, buat Group assignment for Sociology! *gila 2 hari x tidur*
Aktiviti jika ada kesempatan. jogging bersama teman, FIAZ!
Ooohh, ini si kembar saya okey! hensem boys.( masih x lepas 40hari )
My life!forever! my Abah, also my big supporter.
Joined treasure hunt -we won the first place for regular/ media category! (Alhamdulillah rezeki )
Luangkan waktu bersama tunang tersayang.This was teken somewhere in Sogo, x pernah-pernah nak jalan Sogo kan?
Gambar ini masa di Genting Highland. pergi sana semata-mata nak bg udara sejuk dan jugak lepak minum di OLDTOWN.
Ini pula masa di One Utama, mencari barang-barang yg perlu :)
Ini photo timeline sekarang, Photo ni pun masa kami jd bridesmaid HAni! bukan Pre wedding shoot! sebab mmg kami xde pre-wed shoot! Aiman cam xnak je. huhu..
Masa di Yayasan Kepimpinan Global, Putrajaya. sempat lagi pose kan? sabar je lah!
I love this! like real.
p/s: those photos actually was published eralier in my Facebook, just in case my blog followers, yg nak tengok kan.So yg rasa xnak tengok, jangan tengok ok!
Thursday, May 2, 2013
tak cukup masa.
Salam babes,
Sedar tak sedar dah masuk tanggal 2 Mei 2013, tinggal lagi
beberapa hari sebelum rakyat Malaysia yg layak mengundi, dan telah berdaftar
sebagai pengundi akan membuang undi untuk memilih kerajaan yg mereka suka. Dan
aku sebagai petugas media, telahpun selesai menjalankan undi secara pos. Chewaaahh!
Excited siot sebab ni first time undi. I vote for both, dun and parlimen, and u
all pun sama ok, pangkah X kat dua-dua kertas undi. Hehe! Okey, apa pun xnak
cerita proses mengundi kat sini, just ambil masa yg ada ini untuk update blog,
cukup syarat update je ni.
Tapi still nak
ingatkan korang, pergi mengundi taw! Pilih la korang nak pilih sama pun, janji
jangan bazirkan undi tu! Hehehe..
Errggghh... lama gila kut x update blog, walhal banyak je
aku “feeling” nak post before this, tapi semuanya dikekang oleh waktu. Last-last
hilang camtu je, sudahnya aku post la benda yg mengarut. Haha.
Btw, aku sangat-sangat super duper busy lately, kalau nak
tahu aku dah pun sambung balik pengajian aku di UITM, Shah Alam dalam course yg
sudah pasti aku minat! Tapi yg jadi x best, awal-awal lagi aku dah macam give
up sebab aku x boleh nak fokus sangat pada study aku, rupanya jadi student
partime and pjj ni lebih mencabar. Sumpah, hectic hardcore sangat ok! Tiap hari
aku rasa macam dikejar waktu. Masa selalu jadi masalah utama aku sekarang ni,
aku sangat berkira dengan masa sekarang. Bagi aku, dalam 24jam tu lah aku perlu
study, jawab quizzes, buat esaimen yg prof bagi, pada masa sama pergi kerja
then proses skrip and report news untuk korang semua. Balik aku sambung study
lagi, untuk jawab quizzes yg xkan habis dalam iclass aku tu. Wth!!! So tired
babes. Makan? Ooohh..aku masih ada masa untuk makan, & aku akan makan bila
aku lapar, anytime anywhere. Hehe..
Lagi buat aku haru biru bila fikir hanya 3 bulan lagi
tinggal untuk big day aku. Hah? Big day? Am i gonna get married? It is for
real? Ohmyyggg!!! 3 bulan lagiiiii.... yess, aku akan kahwin!!! untuk itu, aku
la pada masa sama menjadi wedding planner untuk perkahwinan aku dan tunang aku,
Aiman. (aiman buatapa? Dia buat part dia, berani dia x involve, aku kawen
sorang-sorang nnt). Hehe!!! – tips:
sentiasa diskus and cari barang perkahwinan, plan everything with your partner,
sharing ideas is important okey! That’s what we did. So far kami xde masalah
untuk itu.
Tapi still ada lagi urusan-urusan yg wajib yg belum kami
selesaikan. Soon after election ni aku akan sibuk menguruskan persiapan nikah
aku pulak. InsyaAllah. Macam mana nak habiskan ayat ni? Dah xde idea dah nak
tulis apa, nanti makin mengarut. Ok la uols, goodnight! Muahh...
ofismates.
with Dato' Michelle Yeoh.
hang out with girlfriend. Dieyla.
D'aiman collections. part of it.
Thursday, April 11, 2013
Tun Mahathir Mohamad - negarawan ulung tiada tolak bandingan.
Bersama rakan-rakan ofis yg setia menanti untuk bertemu dengan Tun M.
Program soal jawab bersama negarawan ulung Tun Mahathir Mohamad yg dihoskan pengarah editorial berita Media Prima, Datuk Ahmad A.Talib.
Saya bersama Tun Mahathir Mohamad :)
Semua nak minta signature Tun M. Jasa beliau terhadap negara dari dulu hinggalah sekarang. X hairan beliau masih punyai peminat walaupun dah bersara dari arena politik tanah air.
Tun Mahathir menandatangani buku peminat-peminat beliau.
Ehs, senyum Tun Mahathir - *suka*
:)
sampai bila-bila sayang kat Tun. hehe..
selepas sesi rakaman soal jawab, turn saya pulak untuk interview tun M, bersama super super senior, Meor shahrom :)
Bosses with Tun M menikmati minum petang yg disediakan.
Aaaawww! hye people :) it's me.
Salam semua, apa khabar, semoga sihat sejahtera...
Rasanya semua dah jelas dengan tarikh-tarikh penting yg telah diumumkan SPR semalam berhubung tarikh penamaan calon dan juga hari pengundia, yg masing-masing jatuh pada 30 April 2013, dan 5 Mei 2013. Iaitu hanya 14 hari dari tarikh harini.
Alhamdulillah, so far semuanya berjalan lancar... cuma sedikit aku sedikit kelam kabut dengan study aku yang baru bermula pada awal bulan Mac. Seriously memang sangat busy. it's very tough maklum lah dah 3-4 tahun meninggalkan alam belajar ni, jadi bila kembali belajar tu, macam lambat sikit la otak ni nak terima apa-apa yg berbentuk akademik ni. Huhu..But Insha Allah i will try my best to score. Insha Allah.
Okey, tengok tak gambar-gambar kat atas tu? jeles x? hehe... aku sangat excited sebab dapat juga tangkap banyak-banyak gambar with pemimpin yg paling aku kagumi, Tun Mahathir Mohamad. Gambar ni dirakam semalam ketika Tun M hadir ke Sri Pentas untuk rakaman program Soal Jawab, yang disiarkan di TV3 malam tadi. Nampaknya semua orang di ofis dah tahu kehadiran Tun M ke sri pentas, semua tunggu nak jumpa dan bergambar dengan tun M. Yang aku ni pulak buat macam x pernah jumpa, sibuk jugak la nak bergambar,. hehe..Selalunya kalau jumpa di tempat esaimen, mesti x sempat nak bergambar pun, maklum lah kiri kanan ada body guard yg jaga, So peluang yg ada semalam, dalam sesi yg lebih 'exclusive" dapat la aku merakam momen kenangan ni.
Paling best, interview Tun duduk sebelah. :) hehe..memang x proper hulur mic macam tu, tapi keadaan darurat, Tun M kejar masa, then one of my big boss said, ok..just go on...kira kami pun on je la... hehe... pegang la mic sampai habis.. AAhh..terpukau dengan setiap jawapan yg dilontarkan Tun M. Dari dulu sampai laaniii.....masih lagi x penat mencurah bakti pada tanah air. *Kagum*
Program soal jawab yang disiarkan semalam, membincangkan dan berkongsi pendapat bersama Tun M mengenai wawasan dan hala tuju negara. Pelbagai maklumat dikongsi bersama, banyak input yang diperolehi. Alhamdulillah, moga semua itu memberi kita ruang untuk menilai segala perjuangan kerajaan yang selama ini diterajui Barisan Nasional.
" jika BN tidak lagi memerintah, dan kerajaan ditadbir oleh orang yang tiada pengalaman memerintah, sudah pasti segala dasar yang dilakukan BN selama ini akan terhenti, sudah tentu pemerintah yang baru ingin menggunakan dasarnya, maka perubahan itu berkemungkinan menyebabkan pergolakan di dalam negara kita, baik dari pergolakan ekonomi, politik dan sosial'.. antara petikan ayat yang aku ingat... Hmmm.. (fikir..fikir..and terus fikir...)
...Moga Tun Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t, dan dipanjangkan usia. amin...
Okey baiklah, xnak cakap banyak dah, nanti korang ingat aku yang nak berkempen. hehe, sambung kerja!
p/s: berfikir sejenak akan kemungkinan yg berlaku apabila bertukar Malaysia ditadbir pemerintah lain, x mungkin akan aman..
Subscribe to:
Posts (Atom)



























