Saturday, July 31, 2010

NOTHING CAN BE CHANGED.

Perasaan rindu pasti hadir untuk bila masa dan ketika bukan?
Seperti saya sekarang......sedang dan sangat rindukan kenangan-kenangan dulu.
Kenangan dulu yang membuatkan aku kelihatan sperti kanak-kanak riang yang tak pernah tahu apa itu erti matang. Walau bagi aku ketika itu, aku mungkin sudah terlalu matang.

Bila becerita tentang kenangan, pastinya ia bermula dari bangku sekolah, sekolah rendah, hingga membawa ke alam persekolahan menegah. Seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.
Kolej profesional Mara K-P-M membawa aku hingga apa yang aku perolehi sekarang.
(pasti..kisah keluarga bukan ceritanya...)

Alam persekolanku mungkin lakarannya tidak seindah mana.
Menjengah ke peringkat kolej, di mana semua itu aku rasa membentuk aku untuk menjadi seseorang.

Jauh disudut hati, ingin aku letakkan kembali diri ke alam sebelum sekarang.
Sumpah!! aku rindu kaukau kenangan!

Bagi insan-insan yang pernah menjengah, singgah ke dalam diari hidup seorang bernama NURUL MARDIANA ABDUL ALIM, pastinya kalian akan senantiasa dan tersimpan kemas di hati ini.
Jika mampu, akan ku abadikan semua kenangan bersama kalian untuk aku bukukan lalu dihebahkan kepada umum bahawa kalian adalah antara kenangan terindah yang pernah mengusik hidup aku.

Seperti satu sidang media lagak aku ketika menaip nama-nama kalian:
Wafi, Izlin, Tun, Dieyla,Chip..kalian cukup indah.
Hanya doaku yang akan sentiasa menjadi pengiring kalian.
(moga kalian akan baik-baik di sana)

Realiti...aku kini bersama semua episod baru yang mengharapkan lakarannya indah jua, mungkin lebih indah dari sebelumnya.
Buat dia yang bernama Aiman, moga awak akan sentiasa menjadi sang pendamping setia.

Entry kali ini, entah kenapa...cukup menyentuh jiwa, mungkin semuanya kerana kenangan yang membawa aku kembali semula ke zaman sebelum ini.

suatu ketika, gambar-gambar ini pernah menjadi favorite aku.

2 comments:

atiqahashim said...

thanks:P

Anonymous said...

thanks a lot, B.


Luv,
you know who i am.