Saturday, September 11, 2010

Satu Syawal

Buat pertama kalinya--saya sambut Syawal tanpa mencium tangan abah dan Ma, tanpa menziarahi kubur arwah mummy, tanpa bersalam dengan tok, dan bergelak ketawa dengan adikadik.
Jika tahuntahun sebelumnya- awal pagi je mesti dah tengok ma sibuk kat dapur, adikadik pulak sibuk nak mandi, nakpakai baju raya. kecoh kat rumah..

Lepas tu, mesti semua sibuk nak pergi sembahyang raya lah, sampaikan nak pakai selipar apa pun nak pikir gak time tu, maklumlah, takut ada hantu raya yang curik selipar kan... hehe...
Lepas sembahnyang raya, mesti pergi ziarah kubur lepas tu beratur beramairamai untuk salam ngn ma & abah. Aidik aimie paling lucu. sebab dia selalu jadi paling skema.

Tapi untuk Syawal kali ini-- walaupun berjauhan dengan keluarga,  kemeriahan raya tu tetap ada..sebab saya masih dapat merasa makan ketupat, rendang yang dibawa rakanrakan yang bekerja jugak time raya.
Sejujurnya-- tak ada lah meriah sangat suasana kat sini, sebab jiwa dan raga bulatbulat dah ada di kampung halaman :)

Gambargambar kat atas itu sempat dirakam pagi raya kat dalam biilk studio berita. tengok lah baju raya saya yg goljash habes tu..ahakzzz

ooohh..abah ma, adikadik..kak rindu lah...



2 comments:

7800094 said...

So, kamu dah baca berita?

DIANA ALIM said...

ohhh..narrrrr....