Wednesday, November 10, 2010

Menilai bahan yang dibaca.

Amalan membaca boleh membuka minda seseorang, tidak kira apa bentuk bahan yang dibaca, kandungannya tetap akan memberi pengetahuan kepada diri kita, melalui bahan pembacaan juga, kita akan menjadi lebih peka dan sensitif, terutamanya kepada isu-isu semasa.

Tetapi, perlu diingat, bahan bacaan itu perlu diteliti disemak isi kandungannya, agar tidak sekaligus menukar persepsi kita terhadap sesuatu perkara. turut memainkan peranan penting, bahan bacaan juga memberi gambaran menyeluruh terhadap sesuatu perkara yang kita baca.

Melalui pembacaan juga, kita akan dapat mengeksplorasikan pemikiran. Menjadikan kita seseoarang yang kuat berfikir, baik kandungannya mahupun penulisnya. ini kerana, jika diteliti, sesetengah penulis menulis menggunakan emosi, dan hasilnya sudah jelas menunjukkan emosi penulis berkenaan.

Surat khabar antaranya, mempunyai peranan tersendiri, penting sebagai saluran maklumat kepada masyarakat. Medium lain, seperti kewujudan blogblog yang tumbuh seperti cendawan antara yang menjadi pilihan pada zaman serba canggih ini.

Dan tentunya, tugas kita sebagai seorang yang mempunyai akal, dan mampu berfikir dengan bijak, adalah KENA TAHU MENILAI, seharusnya apa yang dibaca, dijadikan iktibar dalam memberi panduan kepada kita.

No comments: