Monday, June 27, 2011

Apa sebenarnya “perjuangan”?

Salam readers, 
Definisi perjuangan yang kata dasarnya adalah"juang" aku sertakan...namun terpulang kepada masing-masing untuk memahami maksudnya. (sebab aku pun konfius dengan istilah "perjuangan" sebab banyak sangat pejuang yang ada sekarang ni.)

Sumber: kamus dewan online
Kata dasar-&;&;JUANG.
berjuang 1. berlaga antara satu dgn yg lain (bkn binatang); berlanggaran; berlawan. 2. beradu tenaga (utk merebut sesuatu, mencapai sesuatu dsb); berperang; berusaha: Mereka ~ mati-matian utk mempertahankan negara. memperjuangkan menjadikan sesuatu sbg tujuan berjuang:Pergerakan pertiwi sedang ~ hak-hak wanita. perjuangan perbuatan atau hal berjuang; perlawanan: ~ antara Hang Tuah dgn Hang jebat berakhir dgn kematian Hang Jebat. pejuang orang yg berjuang: ~ kemerdekaan orang yg berjuang utk mendapatkan kemerdekaan tanah airnya.
Kadang-kadang aku bosan, bosan melihat bangsa sendiri duk bertelagah. Namun, jauh di dasar hati, aku bersyukur kerana dilahirkan di bumi bertuah MALAYSIA, mujur aku bukan dilahirkan di bumi bergolak seperti di Palestin, yang jelas menunjukkan keadaan porak-poranda, kacau-bilau..Seluruh dunia jadi saksi bagaimana SEKSA nya anak-anak kecil yang tak berdosa, ibu-ibu yang kematian suami akibat dibunuh Israel, lelaki ditembaknya suka suka hati. Dan rejim zionis syok berpesta, sibuk meneroka mencuri khazanah yang memang bukan milik mereka. Semuanya sebab apa? SEBAB KUASA!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Boleh ke dunia aman kalau semua orang sibuk nak berkuasa? Dah ada kuasa, pandai tak gunakan kuasa yang ada tu untuk tujuan baik, kesejahteraan semua? 
Aku taknak cakap banyak la, sebab aku tahu kat mana-mana aku pergi, aku dapat tengok, semua berebut-rebut nak kuasa, nak nama, nak GLAMERRR! (sorry lah, setinggi mana kuasa kau pun, kau kena SEDAR yang ALLAH satu-satuNya PALING BERKUASA.) sekali DIA kata Kiamat, kiamat lah kita, WALLAUALLAM..(maaf, aku bukan arif tentang Islam). 

MALAYSIA, aku agak-agak 70 peratus masyarakat yang ada kat dunia, kenal Malaysia. Semua orang tahu yang negara kita yang secara keseluruhan, aman, damai, ada masyarakat berbilang bangsa, pelbagai kaum, hidup sekali…..satu bumbung, berpayung pada tiang bernama Malaysia. Namun, sejauh mana keeamanan, kesejahteraan kita? Sejauh mana tahap keselamatan kita terjamin?( ini bukan kaitan isu indeks jenayah/jenayah jalanan dan sbagainya ok)…dah berapa ramai bangsa asing yang melawat kat cini, yang menetap kat cini aku jumpa, aku akan ringankan mulut and tanya, (kononya mesra alam la), best tak Malaysia, sebab memang aku bangga jadi warganya, and rata-rata balasan yang aku terima..
“woooww,, Malaysia is so great, nice people, nice beach, nice foods, and everything”..
“I love Malaysia, it’s very nice to be here”
“Here is safe no war, and the people is friendly.”
(masa ni, mesti aku akan tersipu-sipu bangga sebab semua org putih ni duk memuji tanah air aku!) 
Tapi yang paling aku suka dengar…..”I knew Malaysia, because of ur former Prime minister, Tun Mahathir…” and pernah ada orang jepun ni cakap, “ I believed Malaysians because of Mahathir”. “ he is so clever”. Boleh, penangan KUASA yang TUN MAHATHIR ada?? Korang mampu? sebenarnya aku tak tahu pun apa motif aku tulis entry ni? mungkin sebab bosan dengan kekecohan perhimpunan haram "bersih" 9julai ni kut, if aku jadi diaorang, aku takkan buat perkara-perkara yang aku tahu boleh bagi mudarat kat semua orang.(hu hu hu)...

Yang elok-elok la, pemimpin yang ada sekarang, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, meneruskan kesinambungan pemimpin terdahulu, dan tak kurang hebat dengan pelan-pelan baru yang diketengahkan, pelbagai program transformasi dibuat bagi kesejahteraan rakyat, berusaha menambahbaikkan Malaysia, dan ketika ini jugak, ada yang lain duk berlumba-lumba nak menakluki TAKHTA. (apa nak jadi woooo?)




  seronok? takut? atau bangga dengan keadaan seperti dalam gambar di atas? 
 aduiiiii..macam-macam opppp?????? 

p/s: ada seorang hardcore blogger ni, bukan main cakap "natural", tak pro mana-mana, sekali parokkkss hentam. poyo lah awak encik dot.dot.dot...

No comments: