Wednesday, June 22, 2011

pergi mahkamah weyh harini...krem bodybody.

Salam semua :)

Hari ini nak kongsi sikit cerita apa yang aku buat, kes mahkamah okeyh! selalu aku ni mangsa tangkap muat je kut, bila babit kes kes court ni, ha ha.....okey, dah tentu cameraman yang keluar ngan aku ni, memang melucukan. time aku dapat called dari dia, terus aku rasa nak ketawa. (sebab memang dia lucu, kelam kelibut je manjang!!)
 


okey, lokasinya di Mahkamah Tinggi Shah Alam,dan kes yang aku cover, perbicaraan Dr.Mohamad Khir Toyo, yang didakwa terbabit dalam salah guna kuasa, okey, taknak citer panjang-panjang kes tu, nnt kebenaran akan diketahui.

and dengan mata yang mengantuk, (sebab malam sebelum tu takboleh tidur)perut pulak meragam (sebab sakit pompuan), kedudukan lak tak selesa plus kena berhimpit-himpit kat kerusi tu, since that supporters pun datang for Dr.Khir :)....

then..tau tak apa yang best, di suatu sudut.....di dalam mahkamah, dan ketika itu sesi perbicaraan sedang berlangsung...mata yang tetibe mengantuk tadi, jadik cerah pulak, sebabnya tertumpu pada satu figure lelaki yang agak berusia, duduk di barisan hadapan kerusi belah kanan aku..yang kelihatan seperti sedang membaca sesuatu,senang aku cakap cam mantra, jampi serapah camtu lah. bayangkan dengan mulut yang terkumat-kamit and aku pun tak tahu apa yang dia tengah buat...menakutkan jugaklah kut...

then, aku bagitahu member dari Malaysia Insider, Latifah, "beb:tengok dia buatpe tu? tu ke bomohnya?" then, dia tengok, then terus kami tak peduli dah hakim and peguam-peguam duk hujah apa, sebab yang tu lagi menarik..sepanjang perbicaraan berlansung.............Dia tetap ngan manteranya. (I was wondering, what he is  doing!..)

Dan setelah berjam-jam di sana, 7:45pagi dah terpacak depan pintu mahkamah, sampai petang..tu pun selepas, sembilan hari bersidang...finally, the decision was "pihak pendakwaan menutup perbicaraan kes bekas mb selangor, Dr.mohamad khir toyo..dan hakim Dtk Mohtaruddin Baki menetapkan 13julai 2011,untuk pergulungan hujah pihak pendakwaan. sekian."


p/s: hari-hari sanggup pergi court, tp nak ada peguambela yang kacak lagi bergaya tu!..oopsss...gelnyarr, abg eman, jgn marah, gura jer :) i love u..

No comments: