Thursday, December 27, 2012

err...when we start to think about it..we get nervous ok!

Salam semua, 

Malam ni rasa macam nak update story sikit. Just to share what am i thinking about now... 


 majlis pertunangan kami pd 06.12.2011

Actually aku punya exact wedding date yg sebenar-benarnya masih belum diputuskan. Cuma, what that had been discussed between me and him insyaAllah nextyear. Jika tiada aral melintang, memang nextyear InsyaAllah! sebab kalau ikut perjanjian pun, ikatan pertunangan ini xkan lebih dari 2tahun. Sedar x sedar pun dah setahun 21 hari aku menjadi tunang aiman. 

Kalau dari mental dan fizikal aku, aku memang dah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, sebabnya aku punya alasan kukuh sebab apa aku ni dah tahap wajib kahwin, sebab utama yg pasti untuk mengelakkan berlakunya maksiat, kata orang cegah sebelum terlanjur! Dan yg kedua pastinya aku mahukan ada orang menjaga dan melindungi aku serta keluarga aku.  Ketiga, pastinya aku nak habiskan hidup dengan orang yg menyanyangi & mencintaiku sepenuh hatinya, seperti mana aku menyintainya. *jiwang*, Keempat, aku nak pegang tanggungjawab bergelar isteri kepada suami aku, nak jaga makan minum dia, nak gosok baju dia, nak lahirkan baby untuk dia, and yg paling penting ada orang akan tutup lampu before tido. And lastly, aku nak merasa kehidupan dengan family baru :) 
-sweet tak aku?- haha.. 

Kalau nak diambil kira financial problems, for sure semua orang akan takut nak kawen, tapi insyaAllah jika niat kita baik, Allah akan permudahkan urusan kita. Yang pasti kita buat majlis yang  ikut kemampuan kita. Yelah, sbb aku pun takpernah fikir nak buat majlis yg grand, sbb aku mmg la x mampu, cuma yg aku nak pada majlis aku tu nanti, biar aku sendiri puas hati. It's simple but memorable to me, family and friends.

Sebenarnya aku agak cemas bila memikirkan hari perkahwinan aku, yang pasti, pasangan lain pun akan cemas gak kan? mau x cemas nikah kut, sekali seumur hidup, takkan lah nak buat cincai-cincai kan? Banyak nak kena pikir weyh. Tailor yg nak jahit baju nikah/sanding, photographer, cincin barang-barang hantaran, goodies tetamu, and yg paling penting jemputan yg nak dijemput pada hari tersebut. Waaaa...sesungguhnya otak aku akan tertanya-tanya, mampukah aku mengharungi detik itu dengan tenang?  

mujur tunang aku orangnya cool, aku taw dia lagi pening nak pikir kan. setiap kali aku stress fikirkan semua persiapan dia cam ok je, haissh, confius aku. haha.. 

Pape pun, both of us, perlu buat persiapan yg rapi & teliti. tak lain x bukan  bagi mengelak berlakunya pembaziran dan penyesalan di kemudian hari. tak gitu? kalau kerja last minit nanti mesti haru biru aku. So kalau boleh aku dah nak start prepare dari sekarang, and I am preparing apa yg patut dah. 

p/s: nanti kan da confirm je tarikh nikah aku, sure aku akan banyak update pasal persiapan wedding aku, Babes, doakan I ngan aiman kekal sampai bila-bila ye. amin. 

Mwaahh! sayang uols. 

   

1 comment:

UmmiShahirah said...

Semoga kekal sehingga syurga kak ena..
Amin....
kak Ena jgn lupa jemput ummi tau! Hihih
:D