Thursday, April 11, 2013

Tun Mahathir Mohamad - negarawan ulung tiada tolak bandingan.

 Bersama rakan-rakan ofis yg setia menanti untuk bertemu dengan Tun M.

 Program soal jawab bersama negarawan ulung Tun Mahathir Mohamad yg dihoskan pengarah editorial berita Media Prima, Datuk Ahmad A.Talib. 

 Saya bersama Tun Mahathir Mohamad :) 

 Semua nak minta signature Tun M. Jasa beliau terhadap negara dari dulu hinggalah sekarang. X hairan beliau masih punyai peminat walaupun dah bersara dari arena politik tanah air. 

 Tun Mahathir menandatangani buku peminat-peminat beliau. 

 Ehs, senyum Tun Mahathir - *suka* 

 :)

sampai bila-bila sayang kat Tun. hehe..

 selepas sesi rakaman soal jawab, turn saya pulak untuk interview tun M, bersama super super senior,  Meor shahrom :)

 Bosses with Tun M menikmati minum petang yg disediakan. 

Aaaawww! hye people :) it's me. 


Salam semua, apa khabar, semoga sihat sejahtera... 
Rasanya semua dah jelas dengan tarikh-tarikh penting yg telah diumumkan SPR semalam berhubung tarikh penamaan calon dan juga hari pengundia, yg masing-masing jatuh pada 30 April 2013, dan 5 Mei 2013. Iaitu hanya 14 hari dari tarikh harini. 

Alhamdulillah, so far semuanya berjalan lancar... cuma sedikit aku sedikit kelam kabut dengan study aku yang baru bermula pada awal bulan Mac. Seriously memang sangat busy. it's very tough maklum lah dah 3-4 tahun meninggalkan alam belajar ni, jadi bila kembali belajar tu, macam lambat sikit la otak ni nak terima apa-apa yg berbentuk akademik ni. Huhu..But Insha Allah i will try my best to score. Insha Allah. 

Okey, tengok tak gambar-gambar kat atas tu? jeles x? hehe... aku sangat excited sebab dapat juga tangkap banyak-banyak gambar with pemimpin yg paling aku kagumi, Tun Mahathir Mohamad. Gambar ni dirakam semalam ketika Tun M hadir ke Sri Pentas untuk rakaman program Soal Jawab, yang disiarkan di TV3 malam tadi. Nampaknya semua orang di ofis dah tahu kehadiran Tun M ke sri pentas, semua tunggu nak jumpa dan bergambar dengan tun M. Yang aku ni pulak buat macam x pernah jumpa, sibuk jugak la nak bergambar,. hehe..Selalunya kalau jumpa di tempat esaimen, mesti  x sempat nak bergambar pun, maklum lah kiri kanan ada body guard yg jaga, So peluang yg ada semalam, dalam sesi yg lebih 'exclusive" dapat la aku merakam momen kenangan ni. 

Paling best, interview Tun duduk sebelah. :) hehe..memang x proper hulur mic macam tu, tapi keadaan darurat, Tun M kejar masa, then one of my big boss said, ok..just go on...kira kami pun on je la... hehe... pegang la mic sampai habis.. AAhh..terpukau dengan setiap jawapan yg dilontarkan Tun M. Dari dulu sampai laaniii.....masih lagi x penat mencurah bakti pada tanah air. *Kagum* 

Program soal jawab yang disiarkan semalam, membincangkan dan berkongsi pendapat bersama Tun M mengenai wawasan dan hala tuju negara. Pelbagai maklumat dikongsi bersama, banyak input yang diperolehi. Alhamdulillah, moga semua itu memberi kita ruang untuk menilai segala perjuangan kerajaan yang selama ini diterajui Barisan Nasional.

" jika BN tidak lagi memerintah, dan kerajaan ditadbir oleh orang yang tiada pengalaman memerintah, sudah pasti segala dasar yang dilakukan BN selama ini akan terhenti, sudah tentu pemerintah yang baru ingin menggunakan dasarnya, maka perubahan itu berkemungkinan menyebabkan pergolakan di dalam negara kita, baik dari pergolakan ekonomi, politik dan sosial'.. antara petikan ayat yang aku ingat... Hmmm.. (fikir..fikir..and terus fikir...)

...Moga Tun Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t, dan dipanjangkan usia. amin...

Okey baiklah, xnak cakap banyak dah, nanti korang ingat aku yang nak berkempen. hehe, sambung kerja! 

p/s: berfikir sejenak akan kemungkinan yg berlaku apabila bertukar Malaysia ditadbir pemerintah lain, x mungkin akan aman.. 

No comments: