Thursday, January 12, 2012

communicate in your own way....

Salam people, hope u guys doing good :) 

....Would u ever experienced, senang cakap, masalah dalam komunikasi" bila sebut je komunikasi, kita dah terbayangkan "percakapan" ada subjek dan objeknya. tapi skop komunikasi pulak terlalu besar, luas dan kalau nak kupas satu satu tu memang tak larat lah! jadi senang kita kecilkan skop and fokus pada satu benda je....

Iaitu Komunikasi dalam percakapan dua insan, sama ada di tempat kerja, bersama mak ayah, bos anda, bersama teman wanita/ lelaki, dengan teman-teman dan sebagainya. I always observed this! kadang-kadang sedih jugak tengok cara kita berkomunikasi, penggunaan kata-kata kesat walaupun sebenarnya bergurau, tapi kalau kita berada dalam kelompok yang bukan "sekepala" dengan kita, tak ke benda tu semua boleh jadi satu perkara yang mungkin menjarakkan perhubungan kita dengan kawan-kawan. so better kenali dulu kawan awak sebelum awak cuba masukkan awak dalam dunianya!

Kalau tengok pada komunikasi bersama pasangan sehidup semati kita pulak, Ya ALLAH, satu perkara yang kadang-kadang jadi PUNCA keretakan, mana tak? tak de tolerate, kadang-kadang kita tak cuba menyelami pasanagan kita, tapi ada jugak kes di mana masalah komunikasi timbul selepas berkahwin, sebab apa jadi camtu? sebab masa bercinta sorok semua, pendek kata, semua wangi, semua berhalus, berlapik, tapi bila kau dah kawen, haaa,,woittt! masuk bilik jap, mama,,,,,makanan mana? kau masak pe hari ni? aku lapar ni, terbang semua panggilan ayang, sayang, abang! huhu...nauzubillah... taknak cakap orang lain, sebab kadang-kadang bila berlakunya pertelingkahan, mesti puncanya cara communicate. ehhmm...kadang kita tak cuba paham apa yang pasangan kita cuba sampaikan, so masa tu mula lah kita nak salahkan orang lain.  Pernah jugak tengok kawan depan mata, dengan tunang dia, boleh pulak dia cakap..."eeee, geram..rasa cam nak tumbuk je"....tu baru tunang, dah kawen nnt korang agak ada tak kemungkinan akan berlaku adegan tumbuk menumbuk kalau tak kena cara? haha.....so u see how important the proper communication way that be apart of your life. and i admit yang sometimes i have a big problem when i talk to my fiancee..sorry dear :(

I used to learn the "communication skills" subject ages ago...It was an interesting subject but do challenging because you have to know macam-macam jenis "the communication ways" and bla bla bla....so bila belajar subjek tu, it will cross you termasuk dengan all those cultural things....all over the world...
Ahhh..how i miss the moment! 

Pernah tak tengok mak ayah yang gaduh dengan anak diaorang? I did! contoh tak jauh, kenalan yg sangat rapat, maki mak depan-depan, sebabnya mintak duit mak tak bagi, ayah kejut bangun tidur ajak tolong buat kerja, maki ayah.......boleh macam tu? kau tak tahu ke sebagai anak syurga kau di bawah tapak kaki mak kau yg kau maki tu? 

Kalau kat ofis, bos panggil u, marah-marah? what is your expression towards your boss? mesti kuar je dari bilik boss u akan cam,,,"heyyyyy apa lah orang tua tu membebel? ada pulak aku yg salah?"""[ sambil muka mencemik-cemik], tapi aku lain, bila aku kena marah ngan boss, mesti aku kuar g toilet, then menangis kat dalam toilet, comel tak? ] huhu...and bla bla bla...ada yang tak tahan dan takboleh terima kena marah, tetap nak pertahankan diri sendiri, tapi kalo betul bukan salah kita memang selayaknya kita pertahan diri ye tak? tapi ada jugak boss jenis yg takboleh terima bila ada staff bawah dia nk tegur dia balik, hehehe!!! susah kan untuk kita jaga hati semua orang, sebab pada masa sama kita nak jaga hati kita. 

kesimpulannya, belajar cara berkomunikasi dengan betul dan tertib, fahami setiap perkara yang kita lalui, kenali orang sekeliling kita, kena tahu macam mana cara kita nak bercakap dengan orang. InsyaALLAH semuanya ok. i'm learning as well :)) 

Tips untuk komunikasi: 
Sumber:Kosmo online:

Tunjuk minat ketika berbual
Setiap kali berkomunikasi dengan rakan atau orang lain, lihat ke dalam mata mereka dan tunjukkan minat yang mendalam. Ingat, jadikan suasana komunikasi dalam keadaan santai agar mereka bebas mengeluarkan pendapat dan pandangan. Jangan menunjukkan perasaan jemu jika rakan kerap bertanya atau berbicara mengenai perkara yang sama.
Sentiasa beri tumpuan
Sabar dan luangkan masa untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Jika rakan menceritakan sesuatu perkara, jangan mencelah dengan cerita anda. Biarkan dia menghabiskan ceritanya dahulu, kemudian barulah anda pula memulakan cerita. Melalui tumpuan yang anda berikan, ia membuatkan rakan merasa dihargai.
Berhenti bercakap
Anda tidak dapat mendengar apa yang dibicarakan oleh rakan sekiranya anda juga ingin bercakap. Malah, komunikasi yang terjadi antara kedua-dua belah pihak juga akan menjadi hambar dan dingin. Ini menimbulkan rasa kurang senang kepada salah satu pihak. Tidak mustahil mereka akan mencari rakan lain untuk mewujudkan komunikasi yang lebih berkesan.
WALAUPUN anda mungkin bosan dengan apa yang dibualkan, tunjukkan sedikit minat terhadap rakan yang asyik bercerita.
Pendengar yang aktif
Pendengar yang baik mampu menyimpulkan fakta-fakta untuk pemahaman mereka. Jangan teragak-agak bertanya semasa perbualan tersebut. Dengan banyak bertanya anda akan lebih memberi tumpuan kepada perbincangan tersebut. Selain itu, ia akan menggalakkan rakan meneruskan perbincangan dan menunjukkan anda ialah seorang pendengar yang setia.
Menyesuaikan diri
Anda boleh membantu rakan-rakan untuk berasa selesa dan diterima jika anda mampu menyesuaikan diri dengan emosi mereka. Jika rakan menceritakan perkara sedih, cubalah beri semangat atau menunjukkan mimik wajah yang sedih bagi membuatkan mereka berasa lega. Secara tidak langsung, anda membawa mesej bahawa anda memahami apa yang diluahkan dan mengenal pasti masalah dengan jelas.
Sabar dan kawal emosi
Kemarahan boleh menyebabkan berlakunya salah faham terhadap apa yang sebenarnya ingin rakan anda luahkan. Anda harus memberi masa untuk bertindak balas. Ini akan membuatkan anda lebih tenang dan dapat mengekalkan kesabaran.
Prihatin
Walaupun berada dalam keadaan bosan, tunjukkan bahawa anda masih berminat dan prihatin dengan topik yang dibualkan. Galakkan mereka meneruskan perbualan dengan cara berdiam sejenak. Tetapi bukan berdiam secara berterusan kerana ia mungkin akan menyebabkan komunikasi itu tidak menjadi.
Gembira
Jadikan perbualan positif dengan menyatakan bahawa anda mahu membantu menyelesaikan masalah mereka. Pandangan yang positif akan membuatkan perbualan itu lebih produktif serta membina.

p/s: semalam learn a bit bahasa isyarat deaf people, menarik.

1 comment:

Anonymous said...

Like3x, I ade gak Kwan yg susa nk masuk crite.. I gurau,diorang srius.. Plik sungguh.. Ade la yg Trus trang ckp yg kte ni kna hipokrit Utk ssuaikan diri dn dpt Kwn..well, I don't think so.. Just be diri sendiri.. Ikhlas bkawan.. I ade special fren,but until now.. Sometimes xleh fhm ngn die.. Kdng Cmtu,kdng cmni.. Last2x,mlas nk sms da.. Boring..haha ! Btw,thnx! Tips yg mnarik !