Saturday, January 14, 2012

Khasiat madu lebah kelulut dikomersialkan:

Salam semua, semoga dalam keadaan baik dan sentiasa ceria. Saya suka berkongsi cerita melalui blog ni, saya pun tak tahu mengapa, walaupun blog saya bukan blog yang femes, tapi saya tetap rasa dekat dengan dunia blogging. Mungkin jugak menerusi blog peribadi saya ni, saya lebih bebas untuk berkarya, mengepos apa sahaja yang saya suka, hehe!! Ok lah, takmo mengarut dah...Pernah tak awak dengar mengenai lebah kelulut ni? Sebab saya pun baru dapat tahu. :) Kalau awak tak tahu lagi, mungkin penjelasan ni boleh membantu you all meningkatkan lagi pengetahuan mengenai khasiat kelulut.  
 proses mengambil madu lebah kelulut.

 sedut madu lebah kelulut direct dari sarang kelulut, yummy :) 

 pakcik ni tengah nak keluarkan induk sarang kelulut dari batang pokok untuk pindahkan ke sarang kotak.
 Feremon lebah kelulut, penting untuk menarik minat kelulut bertukar habitat sewaktu proses pemindahan dari pokok ke sarang kotak. 

 Feremon - just like pintu masuk lebah-lebah ni lah!

Jika dahulu kewujudan lebah kelulut seakan-akan tidak dipedulikan. Kadang-kadang kalau di kampung kelulut banyak didapati pada pokok-pokok kayu, kadang tu kat tiang rumah pun ada, Ini kerana kelebihan yang ada lebih banyak dibanyangi “saudaranya” yang lebih tersohor, iaitu lebah apis/ lebah madu.

  Waaahh, minum madu kelulut, cantik lah saya pasni, boleh jadi duta tak agak-agak? haha...

Madu lebah kelulut dan mempunyai pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan.  Antara penyakit dilaporkan sembuh menggunakan rawatan tradisional produk lebah kelulut adalah diabetis, mellitus, strok, kanser, hipertensi, malah ada juga kes HIV/AIDS. Selain itu, madu kelulut juga boleh mengurangkan masalah sakit-sakit sendi

Kelulut merupakan antara 33 jenis spesis lebah trigona yang tidak mempunyai sengat, sifatnya Cuma menggigit dan itu langsung tidak membahayakan. Kerana itulah ia lebih mudah dipelihara berbanding lebah biasa. Kajian mendapati lebih dari 150 spesis trigona di seluruh dunia, dan antara spesis trigona yang popular, trigona scaptottrigona, trigona leaviceps, trigona apicalis, dan trigona itama.

 Proses pendebungaan oleh lebah kelulut.




 Buah belimbing mengeluarkan hasil selepas proses pendebungaan aktif lebah kelulut.

 Selain menghasilkan madu, kelulut memainkan peranan sebagai agen pendebungaan yang penting, terutama pokok hutan. Saiznya yang kecil membolehkannya melakukan proses pendebungaan pada bunga-bunga kecil yang tidak dapat dilakukan oleh lebah. Masalah dihadapi dalam bidang pertanian sekarang, iaitu penurunan agen pendebungaan sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran hasil, dan di sinilah fungsi kelulut sebagai agen pendebungaan.  Kalau nak tahu, hasil tanaman dan buah-buahan kesan pendebungaan aktif oleh kelulut juga lebih meningkat, malah kualitinya juga lebih bermutu

 Sarang lebah kelulut - kuning tu larva/ telur kelulut..

 Bukan sahaja madu yang dihasilkan kelulut, tapi juga propolis dan bee bread/polen yang sangat-sangat berguna dalam bidang perubatan dan dikatakan sangat berkhasiat. Bee bread merupakan campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang bleh membantu masalah pencernaan dan fermentasi. Sementara propolis pula merupakan campuran getah tanaman dan cairan khusus yang dikeluarkan oleh lebah kelulut. 


Setiap koloni lebah kelulut mengandungi tiga bahan istimewa, madu,propolis, bee bread

Kajian MARDI turut mendapati madu kelulut mempunyai anti-oksidan yang tinggi, serta kaya dengan antibiotik semulajadi. Atas kelebihan itulah madu kelulut kini dicari mereka yang pentingkan kesihatan. Berbanding dengan madu lebah, madu kelulut dikatakan lebih kuat untuk tenaga batin. Rasanya yang manis dan sedikit masam serta tidak terlalu pekat menyebabkan ia mudah diambil. Seperti madu lebah, madu ini disyorkan diambil sesudu di waktu pagi dan malam, kalau boleh elakkan meminum madu menggunakan sudu keluli.  

 Mencari induk sarang kelulut pada batang pokok. kena tebang pokok dulu, baru dapat ambil sarangnya.

 En.Razip melihat lebih 30 koloni kelulut di belakang rumahnya, di Kg Petani, Sering, Kota Bharu. 

 Koloni Pn Norlezah yg diletakkan di Ladang pengeluaran kekal tanaman di Lanchang, Pahang.

Penternakan kelulut juga tidak terlalu rumit, memadai dengan kawasan lapang yang berkaitan dengan pokok serta tanaman buah-buahan. Penjagaannya juga mudah, sebab ia tidak mempunyai terlalu banyak masalah, hanya perlu perhatikan kumbang, yang menjadi musuh utama bagi penternakan kelulut, Dan dari segi hasilnya, ia boleh dituai dalam tempoh sebulan sekali bergantung kepada pengeluaran madunya.

Dan kalau nak cuba atau mengamalkan pemakanan madu kelulut dan tak tahu mana nak dapatkan, boleh hubungi penternak kelulut En.Razip dan Puan Norlezah. 

En.Razip – Di kota Bharu ( 013- 984 0911 )
Puan Norlezah – Serdang, Selangor ( 012- 362 5711 )
And me, Diana – email: dhiaadeera@yahoo.com

6 comments:

Anonymous said...

setuju dgn penerangan panjang lebar puan. saya sendiri dah melalui nya dgn mengamalkan makanan sunnah ini. saya menghidap penyakit diabetes tapi setelah mengamalkan memakan madu kelulut, kandungan gula saya menurun lebih separuh dlm masa yg singkat. nak beli mahal, sekarang saya ternak sendiri. alhamdulillah, bermula dgn 20 koloni utk kegunaan sendiri dan keluarga tapi sekarang dah ada 260 sarang dan dah jadi komersial. mari kita amalkan makanan sunnah ini dan mula lah menternak sendiri.

Mohd Hussin said...

Salam sejahtera. secara kebetulan saya terjumpa blog ini. Apa yang menarik minat saya adalah spesis kelulut ini boleh dikatakan banyak di rumah saya. di dalam lubang pintu, kotak mesin jait , lubang tiang katil dan lain lain lagi. Pendek kata jika ada tempat maupon kotak yg lama terbiar akan adalah kelulut ni buat sarang.Macam mana saya nak buatkan sarng dan nak bawa kelulut ni kedalam nya?

Anonymous said...

Salam,
1.Berapa size kotak untuk buat sarang kelulut yang sesuai.

2.Pintu kotak di buat sebelah mana bagi membukanya semasa nak ambil madu

3.Sarang kelulut yang diambil dari hutan dan dimasukkan dalam kotak, berapa lama kelulut ditahan tanpa melepaskan kelulut bebas krluar masuk

Unknown said...

Bagus info di sini

@Z41nudd!n said...

http://puterigrocer.blogspot.com/

Cik bunga said...

Assalamualaikum
saya nak kongsi boleh kalau Ada sakit kanser kronik, darah tinggi, cyst , ketumbuhan dan buah pinggang bocor Cuba berubat dengan en mohd zuhairi bin Noordin (017-4687570) .. insya Allah berkesan terutama untuk org yang tak boleh makan ikan ayam memang elok amalkan herba ni protein tak akan bocor dan kencing Akan kembali normal balik..dah banyak dah testimoni sembuh kanser tahap
1 2 3 dan 4 nanti boleh rujuk tengok testimoni dan you tube apa pun cuba rujuk tgok 0174687570 en mohd zuhairi bin noordin..jom kita sebar2 kan pada pesakit