Nurul, Diana and wani
welcome to Melaka
Bandar Hilir, Melaka
Kota A'Famosa, Melaka
Fatin
Kami berkawan sejak dari kecil lagi & sangat-sangat rapat. Sekarang semua dah besar panjang, tapi masih lagi rapat. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu, kami suka sangat main mainan yang bukan-bukan, buat perkara yang bukan-bukan. Dan antara perkara yg kami suka buat ialah main make-up untuk kahwin, kecik-kecik dah gatai main kawen-kawen. Ni aku pulak suka sangat make up kan adik aky=u si Fatin, and Nurul pulak akan makeup kan adik dia, Wani... kemudian disandingkan dua-dua orang ni. Hahahaha...wani sokmo jadi pengantin lelaki, dan fatin jadi pengantin perempuan. Dan masa syok main kadan-kadang mummy aku akan ketuk pintu, sambil tanya, kitaorang duk main apa dalam bilik tu, pastu mulalah kami menggelabah sampai lari bawah katil. hahaha.. naka lah masa kecik dulu.
Lagi satu aktiviti yg selalu sangat ialah berkhemah. Oohh i miss that! sekarang dah susah nak gather semua family members tuk kumpul ramai-ramai, and berkhemah. lokasi pilihan keluarga kami ialah Belukar bukit, Hulu Kuala Berang. Mmg kalau ada masa, mesti family akan berkhemah di sana, ramai-ramai, bawak anak masing-masing, ada BBQ, mandi manda..wahh seronoknya...
Teringat satu kejadian masa kitaorang berkhemah, waktu tu..adalah cousins kami yg lelaki, termasuk la adik beradik si nurul n Wani ni, nakal Ya Allah.... ada ke dia tipu kitaorang jumpa harta karun.. yg kami ni pun satu, takkan la takboleh pikir mana lah ada harta karun lagi kat zaman millenium ni kan? gali punya gali... kena ke najis orang,,cilakak betul cousins ku ni.. hahhaha...
Ermm, bila ingat semua tu, macam baru je berlaku semalam, tapi sebenarnya dah 20 tahun lalu dah.. Sekarang semua dah besar panjang, ermm,, x alma lagi Nurul nak kaen, tinggal aku, fatin and wani. Rasa sekejap sangat masa berlalu. Aku selalu banyangkan kehidupan kami untuk masa 20 tahun akan datang.
Gambar di atas tu, kami rakamkan waktu bercuti di Melaka baru-baru ini, percutian singkat tapi bermakna, sebab bukan senang kami nak kumpul sama-sama sekarang, since aku busy dengan kerja aku, Nurul lak ngan kerja dia, WAni n Fatin masih lagi study menghabiskan degree. haha..gigih!
Kami pilih Melaka sebab negeri tu mmg banyak meninggalkan sejarah dalam hidup kami. Saja kami pergi ke Melaka untuk mengimbau kenangan lama.
No comments:
Post a Comment