Tuesday, July 3, 2012

working visit to Ning Xia, Beijing - China.

 with one of my friend, and also a good translator from Ning Xia. 

with the delegates from M'sia - Sekreteriat Dunia Melayu Dunia Islam, M'sia. in front of our hotel "Holiday Inn". 


 Masjid Keluarga Hui - Masjid yang dibina oleh keluarga Hui di China yang telah pun berusia lebih dari 500 tahun. Memaparkan senibina cina yang begitu unik dan artistik.
 

Standing pose at one of the biggest publication house in Ning Xia. China.  

Saya terover rajin pulak malam ni, untuk mengupdate benda yang dah sekian lama berlaku, tapi xpe, sekurang-kurangnya saya berkongsi pengetahuan dengan anda pembaca blog, I went to China Februari lalu, dengan mengikuti rombongan CM Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Delegasi sekreteriat Dunia Melayu Dunia Islam DMDI ke sana bagi menjalin kerjasama antara kedua-kedua negara, khusus bagi Nig Xia dan Melaka. 

It was fun and informative trip to me, honestly, walaupun terpaksa berkejar dari satu tempat ke satu tempat, memandangkan ketika itu saya perlu menghantar laporan berita dari China untuk disiarkan di M’sia. 

Okey, panjang dah citer, u all pernah dengar ke Ning Xia tu? Sbb saya at first place pun, x taw pun apa tu Ning Xia, yang saya tahu kalau sebut je China, terus set, Beijing- Shang Hai, Guang Zhou, Hong Kong and so so... hehehe... nampak sangat tak femes mana Ning Xia ni.

Mengenai Ning Xia:
Kalau nak tahu, Ning Xia sebelum ini dikenali sebagai Ninghsia, sebuah wilayah autonomi Hui Ning Xia, di Yinchuan.  republik rakyat China, untuk maklumat, wilayah ini adalah satu-satunya wilayah yang didiami oleh masyarakat China, orang-orang Hui yang hampir 100 peratus memeluk agama Islam. Dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan harian mereka. Perlantikan Datuk Bandar Ning Xia, atau mayor mereka juga adalah dikalangan orang Islam. 

Terletak di Barat laut China, dataran tinggi Loess, Ning Xia adalah wilayah yang menyeberangi Sungai Kuning atau Huang He. Dan ketika saya disana, Huang He dalam keadaan beku kerana musim salji. Saya tengok ramai orang main ice skating di Sg Kuning. – Saya pun tak sangka keadaan disana bersalji pada mulanya, masa check weather kata sejuk je, tapi x cakap pulak ada salji, so..just imagine saya yg tidak membawa baju coat tuk cold weather sangat.. and even worse I just wore DC shoes, without socks, OMG!! Masa tu sejuk giler baiii... nak beli glove, socks semua xdapat, since that masa tu, tengah raya cina. So all the shops are closed. 

Saya berpeluang menebual secara tidak formal dengan Datuk Bandar Ning Xia dalam satu jamuan makan tengahari sebelum kami berlepas ke Malaysia, ( bila x formal, maksudnya utk pengetahuan saya jelah) hehehe... Datuk Bandar tu bagitaw bahawa kadar kemiskinan penduduk di Ning Xia masih lagi di tahap rendah. Saya difahamkan purata pendapatan mereka adalah RM 1,500 setahun... bukan sebulan ye! Dan ada sebuah daerah miskin dimana penduduknya hanya hidup dengan memakan hasil tanaman. Namun, berikutan kesusahan hidup, kerajaan memberi bantuan makan 2 x sehari, termasuk susu kepada penduduk terbabit. Kerajaan juga menghulurkan bantuan  bagi pembinaan telaga  di setiap rumah, berikutan kesusahan untuk mendapatkan air, kerana kawasan tersebut sukar menerima hujan. Dan telaga yang dibina kerajaan adalah untuk mereka menyimpan bekalan air. Eemm...susah kan hidup macam tu? Tanaman pun tidak begitu menjadi memandangkan sistem pengaliran air yang tidak sistematik. ( mmg tiada air). Macam mana pokok nak hidup ?? 

Walaubagaimanapun, bagi meningkatkan hasil tanaman penduduk di wilayah Ning Xia, projek pembinaan sistem terusan yang luas dijalankan. Penambakan tanah serta pelaksanaan projek-projek pengairan.  

Makanan halal ada di mana-mana:
Ermm, Ning Xia sebenarnya bukan satu tempat yang sering menerima kunjungan pelancong seperti mana Hong Kong, Beijing, Shang Hai sebab ianya bukan lah daerah yang dipenuhi dengan taman tema atau bandaraya yg berwarna warni. Ianya hanyalah sebuah wilayah yang didiami oleh penduduk Islam. Dan sekiranya mereka yang berkunjung ke sini juga, saya percaya adalah untuk melihat sendiri kehidupan dan amalan cara hidup Islam penduduk di sini. Seperti juga delegasi CM Melaka, yang kesini bagi memberi pendedahan kepada penduduk disini mengenai hubungan Islam bersama masyarakat luar yang juga seagama. Makanan di Ning Xia amatlah sedap, berkhasiat dan mudah didapati di mana-mana restoran yang ada, serta ianya berstatus halal. Saya paling sukakan air yogurt dan tea cina. I rasa kalau i stay sana 2 bulan, i boleh turun 6 kilos kut. Hehehe.. 

Masa travel dari Kuala Lumpur ke Ning Xia:
Masa travel dari Kuala Lumpur ke Beijing, China hanya 5 jam, dan dari sana saya transit di Beijing airport untuk menaiki pesawat domestik ke Ning Xia, yang mengambil masa 2 jam untuk sampai. 

Pusat Islam Ning Xia:
Di Ning Xia juga terdapat Pusat Islam Ning Xia atau Ning Xia Islamic Centre, disini ditempatkan segala yang berkaitan dengan agama islam, termasuk muzium, pusat dagangan dan pusat pembelajaran berkenaan islam. Dan ini merupakan salah satu tarikan pengunjung ke wilayah tersebut, selain pemandangan gunung ganang yang menarik di kawasan pedalaman Ning Xia. Awesome! 

Saya rasa cukup la kut setakat ini perkongsian cerita saya mengenai Ning Xia. 

Sekian wassalam.




1 comment:

Anonymous said...

I think,Shanghai lbey mnarik :)