Salam sweetie gojess,baik-baik ye uols,
Saya ke UKM siang tadi, ada program pemberian baucer buku kepada pelajar-pelajar, kalau nak tahu baucer buku tu merupakan sebahagian daripada hadiah daripada kerajaan, yang sememangnya prihatin dengan bebanan yang ditanggung pelajar, terutama apabila membabitkan pembelian buku-buku untuk tujuan pelajaran. Insentif ini diumumkan PM, Datuk seri Mohd Najib Tun Razak pada pembentangan bajet pada Setember 2012.
Dan pengagihan tersebut berlaku secara berperingkat di setiap IPTA/IPTS yang terbabit. Peruntukkan yang terbabit pula bagi setiap baucer buku BB1M worth RM250 ini adalah berjumlah RM325 juta. Wooww,, besarnya jumlah itu. So u all sila manfaat kan sebaik-baiknya baucer itu, jangan orang dah bagi kau suruh kau beli buku, tapi kau pergi jual pulak kat kawan kau. Memang nak kena kau ni!
Okey, back to my point, masa i nak dapatkan beberapa pelajar untuk dapatkan reaksi mereka mengenai pemberian baucer ini, i tertarik untuk berkongsi cerita mengenai salah seorang pelajar ini. P&P ( berjantina perempuan & seorang yg poyo)!!! Hahaha... Yang bestnya, Dia sangat gigih untuk menyampaikan point2 dia dalam bahasa inggeris. which is saya rasa x perlu pun, bukannya flagmic saya tu tulis CNN, TV3 je, lagipun mmg kita prefer u untuk cakap BM.
Bukan la x bagi awak ni cakap BI, bagus apa kalau effort u tu nak enhance u punya english proficiency, tapi macam,,,, agak-agak la...kalau dah sampai terbelit-belit lidah u, tergaru-garu kepala u, baik la tukar cakap BM, lagi la mudah.
Orang cakap bahasa melayu x semestinya nampak xde kelas. Ok, so moralnya... martabatkan bahasa malaysia, perkukuhkan bahasa inggeris anda.
Wallahualam.
1 comment:
hahaha,support your pndapat sangat2x! ;)baru kt mlaysia,lau blik dri UK,dh xingat lgsung bhase ibunda dye.Ni la poblem gnerasi skrg
Post a Comment