Salam babes,
Semalam, baru aku sedar yang aku masih mempunyai pengetahuan
yang cetek terhadap beberapa perkara, dan aku tak malu untuk mengaku, boleh aku
katakan yang ada sesetengah perkara, aku hanya mampu bagi 30% untuk markah
pemahaman aku.
Di mana silapnya, kalau x pun di mana kekurangannya?
Kekurangan yg menjadikan aku kurang paham atau x jelas tentang sesuatu perkara.
Ok, i got the answer for my self, kurang membaca!
Ok, tu yg puncanya, kurang
membaca, tapi before tidur aku ni xlepas dari membaca..hahaha! Betul awak baca
Diana, tp bahan yg awak baca tu adakah membantu awak untuk menjadi seseorang yg
lebih mantap, lebih berpengetahuan.
Aku bekerja dalam newsroom, ok, isu semasa mungkin hampir
semua aku tahu, sebab hari-hari memang kerja aku untuk meng-update orang awam
dengan memberikan bahan berita, tapi tu lah, kata orang, kita bukan tahu semua
perkara. Ada benda yg kita xtahu, orang lain tahu, ada yg orang lain xtahu,
kita tahu.
Jadi moralnya,
banyakkan membaca, jangan pernah mengakui jika kita memang xtahu tentang satu
satu perkara tu. Jangan berlagak pandai, jangan jadi bodoh sombong!
No comments:
Post a Comment