Wednesday, March 25, 2009

Malam Rintihan Suara Anak Gaza


Malam Rintihan Suara Anak Gaza yang menyaksikan keprihatinan masyarakat Malaysia khususnya penduduk negeri Terengganu. Pada malam ini, terdapat persembahan nyanyian, puisi serta sajak yang bukan sahaja dideklamasikan dalam Bahasa melayu, tetapi turut dideklamasikan dalam Bahasa Cina, Tamil, Bahasa Hulu Terengganu serta Bahasa Inggeris. Selain itu, persembahan pentomen pun ada.(sumpah! Macam real, meremang bulu roma saya).

Menteri Besar negeri, Dato’ Ahmad Said juga turut mempersembahkan sebuah sajak ciptaan beliau sendiri yang bertemakan "Rintihan Suara Anak Gaza". ( maaf, Saya tidak sempat untuk mencatat sajak beliau untuk dikongsi bersama semua temanteman ). Tapi ianya cukup unuk membuatkan hati saya tersentuh, sehingga saya hampirhampir menitiskan airmata.


Dalam hati, saya bersyukur kerana kita di Malaysia tidak diuji dengan dugaan yang dialami oleh rakan seagama kita di Palestin khususnya, penduduk di Gaza yang mana tercabul di bumi sendiri. Bumi kelahiran Para Nabi yang kita sanjungi. ( Ya ALLAH, lindungilah mereka seperti Kau melindungi kami ).

Malam ini juga, saya diminta bertugas untuk rakaman program kendalian saya..Temanteman, nantikan program-program saya yang bakal ditayangkan ok! (InsyaAllah, and boleh lar kamu bagi komen kat saya.Ngee!!)

Saya sempat untuk selitkan barisan puisi yang telah diperdengarkan pada malam tersebut, yang mana saya katakan tadi, hamperhamper menitiskan air mata saya.





RINTIHAN INSAN

Dunia kini penuh kekalutan
Manusia merata hidup dalam kekalutan
Kuasa yang mencengkam menghilangkan kebebasan
Hampir semua hidup di bawah taklukan

Kita semua memerlukan bantuan
Kita semua perlukan bantuan Tuhan
Merata dunia disimbahi darah korban
Korban akibat angkara kekejaman

Oh Tuhan.....berikanlah bantuan
Oh Tuhan.....hapuskanlah kekejaman
Oh Tuhan.....ramai yang menjadi korban
Oh Tuhan.....berilah kami pimpinan

Di mana tempat dapat kami selamat
Tempat selamat mendapat naungan rahmat
Terlepas dari yang menganggu gugat
Untuk kami bebas menuju akhirat

Oh Tuhan.....kami bermohon
Oh Tuhan.....kami memohon ampun
Oh Tuhan.....kami minta pelindung
Oh Tuhan.....kami minta dinaung

Dengarlah rayuan yang dizalimi
Dengarlah tangisan anak yang diyatimi
Dengarlah rintihan mereka yang dimiskini
Dengarlah naungan dari yang dirahimi



BULAN GERHANA

Bulan gerhana di awan
Suasana kesepian
Menantikan kedatangan
Penentuan dari Tuhan

Bumi merah hitam
Bersemi darah bersiram
Demi tanah makam
Kami tabah ditikam

Tuhan, Kaulah pelindung
Tuhan, Kalah penaung
Tuhan, kurnia kami paying
Tempat kami berbumbung

Caturan pemimpin dunia, menjadikan kami teraniaya
Campur tangan kuasa, menjadikan kami mangsa
Cetusan perang siasia, membunuh yang tidak berdosa
Cabulan terang manusia, merubah tatasusila

Masa akan tiba, Tuhan akan tunjukkan
Masa akan tiba, Tuhan akan dalilkan
Masa akan tiba, pimpinan akan dinantikan
Masa untuk kita, kalahkan kekejaman.





Lagu&Lirik oleh: KU bersama kumpulan Dendang Anak
Persembahan oleh: Kumpulan Dendang Anak

No comments: