Friday, June 11, 2010

HAPPY BESDAY ABAH ke-50

Selamat hari Lahir buat ABAH...Lelaki yang sentiasa menjadi idola. Lelaki yang sentiasa memberi inspirasi, mengambil berat, yang tanpa henti memberi semangatnya buat aku, juga yang selamanya akan menyayangi diri ini.

Tahun berganti, tanpa sedar, ABAH dah pun berumur separuh abad. Bila ingat ABAH dah semakin berusia, tapi sumpah..ABAH masih seperti 30an. Bangganya dapat abah macam ABAH :)

ABAH, kak rindu sangat nak duk cakap-cakap ngn abah and adik-adik. Walaupun boleh dikatakan dalam sehari 3 4 x ABAH telefon kak, masih tak dapat ubat rindu kak kat ABAH.

kak tahu yang ABAH pun rindu kak :) and ABAH ada bagitahu yg ABAH sedang siapkan beranda kat depan rumah tu. Kata ABAH, buat semua tu pun untuk aku.Terharu sangat YA ALLAH.

Walau pe pun, ABAH mmg akan sentiasa buat yang terbaik buat anak-anak dia.

ABAH, buat Hari Lahir ABAH yg ke-50 ni, suka untuk kak ucap Selamat Hari Lahir buat ABAH.
Semoga Allah lanjutkan usia ABAH, murahkan rezeki ABAh, kurniakan ABAH kesihatan yang baik. Dan semoga keluarga kita akan sentiasa bahagia :)

Seperti mana yang akk selalu cakap, kak akan kerja sungguh-sungguh kat TV3 ni, takkan jemu berusaha, sebab kak nk buat ABAH bangga ngn kak. Insya ALLAH hari tu pasti tiba.

:) oopss..rasa macam sedang cakap ngn abah betul2 je. Rindu sangat.

2 comments:

Lynn Honeym said...

selamat ber-sejahtera aboh !

:D

~DiaNa ALim~ said...

ili..i miss u so much...
:(