Tuesday, June 7, 2011

masing-masing punya gaya!

Mesti pelik kan? dalam ramai-ramai editor, abg hazran, kak wawa, en.li,kak elly, en khaidir, en.nash, en.kamay..aku lebihkan cerita perihal si dia sorang ni...mungkin lain masa, aku akan ceritakan sorang-sorang punya kelebihan. heee:) sebab semua ada kelebihan masing-masing!

Maka, bermula lah cerita mengenai si dia ni....

Entry aku kali ini akan lebih kepada bercerita pasal dia...sebab apa ? sebab ikut suka aku lah nak tulis apa pun..hehe..aku bebas nak post dalam blog aku, sebab aku tahu dia takkan baca blog aku, maaf la..mungkin aku terlalu mengkagumi sikap dia...sebab tu dia boleh di listed kan dalam blog aku, secara tidak langsung, jadi sebahagian dari insan yang ada dalam hidup aku! yang membawa maksud, bukan semua orang layak! 

ohh..sebenarnya..aku tak tahu macam mana nak mula menulis pasal dia ni..ginilah, dia ni pengarang kat tempat aku bertugas. ramai orang kata dia banyak cengkadak, tapi sebenarnya memang pun, tapi tu yang boleh ukur tahap kesabaran ko bila ko mengahadap dia. kalau ko tak sabar, memang ko rasa geram ngan dia..hahaha....cengkadak dia semata-mata nak buat u guys nampak CERDIK okey! pape pun, dia ni memang KELASS.....otak dia BIJAK! genius lah! sebab tu aku ADORE dia, dalam diam-diam! (adore bukan minat nak buat jadi kekasih ok! sbb aku dah ada yang punya), tapi lebih kepada adore cara kerja dia, cara dia ...tu yang buat aku sentiasa kagum..

kalau tengok pada gaya dia ni, memang muka berlagak habisss......mula-mula aku masuk, mana ada aku bercakap ngan dia, dah tu dia antara editor yang aku paling takut lah! 
tapi makin hari, makin dah kenal perangai dia, dah boleh baca pasal dia, terus rasa takut luntur, tapi rasa hormat pulak yang timbul..walau aku bergurau ngn dia, tapi STILL aku masih ada rasa hormat kat dia...
 



seingat aku, aku MULA rapat ngan dia 3 bulan terawal aku masuk kerja, tu pun lepas kena PSIKO habis ngn dia, sampai terjebak-jebak air mata aku! aku je tahu apa perkataan yang dia kata kat aku, sampai mati pun akan tersemat kat dalam kepala aku ni. (pengajaran yang aku rasa bukan semua orang boleh dapat!)





Dia ni bukan boleh wat main-main ye! nampak je slowmoooo gitu, tapi bila dia marah, tak pun keluarkan soalan atau apa sahaja yang berkaitan, memang terus TERKUNCI mulut hangpa, tak mampu nak menjawab da..hahaha...

Pemikiran TIPTOP!!! Idea KREATIF!!! kerja JALAN!!! OFFDAY pun datang sub story, duduk terpisah benua pun, SUB STORY jugak, pendek kata 24 jam aku rasa dia bekerja, tak tahu la dia ada rasa penat ke tak, tapi yang pasti dia memang seorang yang optumistik! Dan aku sangat-sangat KAGUMI dia! 

 
semoga dia sentiasa dilindungiNYA! ameen... 

No comments: