Monday, August 1, 2011

salam ramadhan :)

Salam semua, seperti selalu, saya mendoakan semuanya dalam keadaan baik-baik ye! :) 

Umum tahu, hari ni, 01 Ogos 2011, bersamaan 1Ramadhan 1432H, dan semua umat Islam di seluruh dunia meraikan bulan yang penuh barakah ini. 

Dan pastinya bulan ini kita nantikan dengan penuh rasa syukur, secara umum, semoga bulan ini membolehkan kita memohon lebih keampunan dan restu dari Allah SWT,  agar kita sentiasa dikurniakan kebaikan yag berpanjangan, serta memohon agar segala rezeki yang dikurniakanNYA diberkati. InsyaAllah. 

So, saya nak share a bit more lah pengalaman-pengalaman sambut puasa ni.. he he he! 
niat puasa

 doa berbuka puasa

patuhi papan tanda di atas. :)

Dan pastinya, untuk saya bulan ini bulan yang paling mencabar sekali, bukan apa, bila masuk je bulan puasa, macam-macam lah dugaan yang datang, antara  dugaan pertama – LIAT NAK BANGUN SAHUR, walaupun saya sedar yang sahur itu adalah sunat, tapi SUBHANALLAH, kenapalah aku ni malas sangat? :(

Dugaan kedua - WAKTU BERADA DI BAZAR RAMADHAN, time ni, semua benda bentuk makanan yang ada depan mata saya rasa nak sapu, nak terkam time tu jugak, Ha ha ha, cam tak makan setahun. Sabor je lah. Kena la kawal nafsu! Tunggu waktu berbuka ye!

Dugaan ketiga – JAGA MULUT, kawal hati dan perasaan, maklumlah time-time puasa ni, orang cepat lapar, pastu ada benda tak kena sikit, cepat je melenting, tahu tak, sebenarnya bila kita dalam keadaan marah time puasa, puasa kita boleh terbatal, jadi kita sama-sama lah mengawal perasaan amarah kita kay! ( mr.love, if I’m not in  a good mood, please help me to control this bad feeling okey!) 

Dugaan lain, ooppss, KOREK HIDUNG!! Alamakkkk, time bulan puasa ni, kena kawal la, takut TErkorek pulang saluran pernafasanku yang itu! He he he…..

Ada lagi, SUSAH NAK CARI MASA NAK TARAWIKH, InsyaAllah puasa kali ni, saya cuba laksanakan, insyaALLAH. Kalau dulu, time kat kampong, boleh kata,  tiap-tiap  malam aku bawak adik-adik g tarawikh, tapi laaa ni,,,tak tahu masa mana nak g, duk kerja je, bukak puasa pun hari-hari kat ofis, uuurmm…

p/s: Pape pun,kawan-kawan, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN, SELAMAT  MENJALANI IBADAT PUASA, puasa jangan tak puasa, dan semoga ibadat puasa kali ini akan memberikan lebih keinsafan buat kita semua, InsyaAllah.  

No comments: