Saturday, August 6, 2011

segala yang berlaku adalah ketentuan ILAHI.

Salam semua, harap baik-baik ye! 
 Dah beberapa hari tak update, harini sempat curi time. so, boleh la shared satu citer ngan awak-awak semua.

Tiga hari lepas, saya pulang lagi ke rumah keluarga saya di Terengganu, kerap sangat balik, sampaikan abah saya cakap, "Hayooo, budak mata bulat ni balik sokmo." he he he...abah tak tahu yang saya ni rindu dia..actually balik haritu, sebab nak sama-sama meraikan majlis berbuka yang abah anjurkan dekat sekolah dia. kebetulan dapat cuti, memang saya tak lepas peluang lah, cepat-cepat beli tiket balik KT..sangat excited! Orait, on the event day, semua macam buzy duk prepare untuk majlis berbuka petang tu, maklumlah, majlis yg boleh kira besar, siap jemput orang kampung, penceramah,and with a short performance.

Yang pasti, suasana sibuk lebih dirasai di sekolah abah, masing-masing ada tugas yg perlu diselesaikan, sebelum majlis bermula, ada yang kena masak, sediakan khemah, dan termasuk lah memastikan pa sistem berada dalam keadaan baik, tak terkecuali, saya yang turut membantu Ma sediakan agar-agar.

Nak dijadikan cerita,  majlis yang sepatutnya diraikan dengan gembira dan penuh syukur, berubah menjadi majlis tahlil. Tengahari on 3 Ogos, abah baru sampai rumah, just to check yg kitaorg semua ni dah siap2 ke belum nk g sekolah dia. tak lama tu, abah dapat satu panggilan, pemanggil tu bagitahu abah yg salah seorang cikgu sekolahnya terbabit dalam kemalangan,

Apa lagi, abah terus bergegas ke tempat kejadian, dan sempat tengok si arwah yang tersepit di dalam kenderaannya, kemalangan maut yang membabitkan sebuah peroduo Viva dan treler, sangat tragis. Abah citer, sampai terkeluar airmata tengok kejadian tu, arwah tu cikgu sekolah abah, and wife dia pun cikgu, he actually on his way to pick up his wife..tempat accident tu, just 500 meter je dari tempat wife die mengajar.  
dan dia meninggal di tempat kejadian. menurut saksi, mangsa mungkin mengantuk ketika memandu. wallaulam. uurmm...arwah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak, paling bongsu, 3bulan. (saya sempat kenal arwah, ketika dia datang beraya kat umah tahun lalu.) yang saya tahu arwah memang baik orangnya.

~sesungguhnya dari Allah kita datang, dan dariNya jua kita dikembalikan. ~Innalillah~

semoga segala yang berlaku, menjadi iktibar buat kita, ajal maut jodoh pertemuan ditangan Allah s.w.t...

Al-fatihah

salam takziah buat keluarga arwah, semoga rohnya dicicuri rahmat. amin~

anda juga boleh baca artikel ini:

No comments: