Friday, October 21, 2011

KSK - Be firm or step down???

15/10/2011- Persidangan perwakilan Gerakan kali ke 40 menyaksikan dewan cempaka (tempat persidangan perwakilan wanita, di bangunan PGRM, KL) dikejutkan dengan desakan Ketuanya, Datuk Tan Lian Hoe terhadap presiden parti , Tan sri Koh Tsu Koon yang dikatakan wajar undur diri dari bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Datuk Lian Hoe menegaskan, desakannya itu bukan bermakna beliau tidak menghormati pemimpin itu, tapi lebih kepada menyuarakan kehendak atau suara hati di peringkat akar umbi, malah tidak dapat saya nafikan, ucapan Datuk Lian Hoe juga agak "keterlaluan' kerana berani mengkritik ketuanya secara terbuka, yang agak jelas, jika tidak difahami maksudnya, boleh membawa kepada "perbalahan".

Datuk Tan Lian Hoe - Ketua Wanita Gerakan
Menurut ketua wanita itu - sayap parti itu malu dengan kepimpinan Tan Sri KSK yang didakwa lemah dalam  meneraju parti berkenaan, malu apabila menjadi bahan teguran dan dipandang rendah kerana Tan sri KSK, malah katanya, tidak mustahil, jika Tan sri KSK terus kekal, parti itu mungkin akan kalah lagi pada PRU 13 akan datang. OMG!! look she's really in fighting spirit.

Namun, di sebalik semua desakan itu, presidennya, Tan sri KSK juga dilihat tidak mudah melatah, dan tidak terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh ketua wanitanya itu. Dan ketika kami (wartawan) menebual bual beliau, beliau tetap dengan keputusan akan menerajui  kepimpinan parti itu, apatah lagi di saat -saat genting untuk berhadapan dengan pilihan raya umum akan datang.
" I intend to LEAD the party, Lead the party towards the next coming general election." and while commented
what Lian Hoe said, he said it's not the proper way to criticize any leadership members openly!

i wonder, would Gerakan still win the voters heart?

No comments: