Tuesday, November 19, 2013

baru nak refresh balik blog ni.. Ampun ye!

Salam to all.
Alhamdulillah setelah agak lama menyepi dari membuat sebarang update di blog ini. Malam ini terdetik pulak nak bukak tengok ghupa blog aku. maklumlah lama dah tak bukak. Walaupun bukannya ramai follower pun. Over je! he he he...

Sebenarnya kalau aku post pun, mesti berkait dengan cerita-cerita aku je. Errmm..agak malas sebenarnya nak menulis, tetapi takpelah alang-alang depan laptop ni, rajinkanlah sikit jari jemari aku untuk menekan keyboard ni.

.... Nak mula dari mana pun aku tak tahu... sebabnya?... dah lama tinggal blog ni... rasa cam kekok je!

Yang penting syukur sangat-sangat hari ini dah 82 hari aku bergelar isteri orang. Ingat lagi tak sebelum ni aku janji nak kongsi cerita tentang persiapan kahwin aku bagai kan? tapi sebab tak cukup masa, aku cam x dapat lagi nak buat semua tu. Teringin jugak nak tulis semuanya dalam blog ini. atleast nampak kan. InsyaAllah kalau dah dapat semua gambar-gambar kahwin nanti, aku akan kongsikan di sini ok.

Hidup berumah tangga sampai hari ini Alhamdulillah ok! cuma aku dan suami, Aiman kitaorang hidup berjauhan. jumpa di hujung minggu. Sedih jugak tinggal berjauhan dengan suami ni. Tapi apakan daya, inilah yang dipanggil dugaan di awal perkahwinan. Insyallah nanti Aiman dah boleh menetap terus di KL. Amin amin. 

Sebenarnya, aku tengah buat assignment study aku ni, banyak lagi tugasan x siap, sampai aku dah tak tahu nak siapkan yang mana dulu. Semester ni aku ambil 4 subjek. Selagi mampu bertahan. Oohh yea.. bagi yang x tahu, jangan keliru, aku masih lagi bekerja tetapi pada masa sama aku sambung study. Alhamdulillah, sambung study tu memang cita-cita aku dari dulu lagi. ( itupun selepas 3 tahun kerja, baru dapat peluang ni ). Takpe, biar lambat, pelan-pelan kayuh, insyaAllah berjaya. positif kan diri sendiri je lah yang aku mampu. 

Ok, aku rasa dah sampai masa aku stop. Sebab mata aku dah x tahan ngantuk. Nanti ada masa aku sambung tulis lagi. 

p/s: Abaikan penulisan aku yg macam harammmm ni. aku tulis dalam keadaan blur. okbye!   

No comments: