Thursday, January 22, 2015

Buktikan tanpa perlu engkau bergantung pada orang lain.

Manusia  di atas muka bumi ini memang dilahirkan untuk berpasangan, saling bergantungan antara satu sama lain.

Namun bagi aku sekiranya terlampau bergantung kepada orang lain tanpa perlu engkau berusaha ke arah mendapatkan sesuatu adalah bukan suatu sikap yang baik. Malah engkau juga tidak akan pernah belajar untuk berusaha untuk mendapatkan sesuatu.

Selagi hidup engkau bergantung dengan orang lain, selagi itu engkau tidak akan dapat membuktikan kemampuan diri engkau.

Selagi engkau bergantung kepada orang lain, selagi itu engkau akan dipandang seperti manusia yang lemah. 

Selagi hidup engkau bergantung kepada orang lain, selagi itu orang lain tidak akan pernah mempercayai kelebihan yang tersirat dalam diri engkau.

Jadi, berhentilah bergantung kepada orang lain.

Buktikan…

Kemampuan diri engkau…

Buktikan… bahawa…

Engkau mempunyai kehebatan yang orang lain tidak sedari, tidak punyai…

Buktikan…. Bahawa…

Engkau bukan lemah…

Buktikan…engkau mampu hidup berdikari…..

Berdiri dan berjaya dengan usaha dan keringkat engkau sendiri.

Buktikan… engkau yang terbaik tanpa perlu engkau bergantung kepada orang lain.

Buktikan.


 p/s: Hanya Allah tempat bergantung selepas segala usaha dan tawakkal yang telah kau lakukan. InsyaAllah. 

1 comment:

Anonymous said...

Biarlah lemah pun..nak kutuk pun kutuk la..org yg kutuk tu nanti dia yg menyesal. Terutamanya bila dah tua.