Manusia di atas muka
bumi ini memang dilahirkan untuk berpasangan, saling bergantungan antara satu
sama lain.
Namun bagi aku sekiranya terlampau bergantung kepada orang
lain tanpa perlu engkau berusaha ke arah mendapatkan sesuatu adalah bukan suatu
sikap yang baik. Malah engkau juga tidak akan pernah belajar untuk berusaha
untuk mendapatkan sesuatu.
Selagi hidup engkau bergantung dengan orang lain, selagi itu
engkau tidak akan dapat membuktikan kemampuan diri engkau.
Selagi engkau bergantung kepada orang lain, selagi itu
engkau akan dipandang seperti manusia yang lemah.
Selagi hidup engkau bergantung kepada orang lain, selagi itu
orang lain tidak akan pernah mempercayai kelebihan yang tersirat dalam diri
engkau.
Jadi, berhentilah bergantung kepada orang lain.
Buktikan…
Kemampuan diri engkau…
Buktikan… bahawa…
Engkau mempunyai kehebatan yang orang lain tidak sedari,
tidak punyai…
Buktikan…. Bahawa…
Engkau bukan lemah…
Buktikan…engkau mampu hidup berdikari…..
Berdiri dan berjaya dengan usaha dan keringkat engkau
sendiri.
Buktikan… engkau yang terbaik tanpa perlu engkau bergantung
kepada orang lain.
Buktikan.
p/s: Hanya Allah
tempat bergantung selepas segala usaha dan tawakkal yang telah kau lakukan.
InsyaAllah.
1 comment:
Biarlah lemah pun..nak kutuk pun kutuk la..org yg kutuk tu nanti dia yg menyesal. Terutamanya bila dah tua.
Post a Comment