Sunday, March 10, 2013

Hilangnya seorang yg ku anggap "sahabat".

 Salam semua, apa khabar, lamanya x update blog, rindu nak menulis, banyak yg nak dikongsi, tapi seperti biasa, tersekat dan tak terluah. Apa pun, update hari ini hanya untuk meluahkan rasa "jauh hati" dengan seorang teman yg pernah menjadi kawan baik sy. 

Dia lelaki, seorang sahabat lelaki yang terlalu rapat ketika zaman diploma beberapa tahun yg lalu. Rapat kami tidak lebih dari seperti sahabat lain yg sentiasa ada dan membantu tika perlu, dan kalaupun tiada masalah, kami juga boleh bergelak ketawa bersama. 

Dipendekkan cerita, kami berdua masing-masing telah mempunyai teman istimewa. Masing-masing berkawan dan hanya berkawan, tetapi tak sangka, persahabatan yang terjalin musnah begitu sahaja, kerana "mulut" manusia yg x bertanggungjawab. Xnak salahkan sesiapa atas apa yg berlaku. Baik yg membawa cerita secara sengaja atau tidak, secara bertujuan atau tidak. Saya x salahkan, kerana mereka juga adalah dikalangan kawan baik saya. 

..Tetapi yg menyedihkan dan membuat hati saya sedikit terkilan, ialah kenapa kawan lelaki sy itu tidak langsung mahu mendengar perkara sebenar. errmm..perkara berlalu sama juga waktu berjalan. 

Hampir dua tahun berlalu, dan baru tadi sy terbuka facebook dia, apa yg sy lihat semua gambar-gambar perkahwinan dia dan gf dia yg sy kenali sejak mula kami kenal. Alhamdulillah mereka ke jenjang pelamin. Saya hanya mampu mendoakan yg terbaik buat dia dan isteri. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Namun, jauh disudut hati, masih memikirkan kenapa dia tak menjemput saya untuk berkongsi kisah gembira dalam hidupnya. Mungkin, saya tidak begitu penting, mungkin juga nilai persahabatan itu tak begitu dihargainya. 

Maafkan saya menulis entry ini, saya hanya melahirkan perasaan sy.   

Mungkin dia mempunyai alasannya sendiri. 



p/s: jangan pernah musnahkan sebuah nilai persahabatan, jangan juga berkata tanpa memikirkan apa kesannya, tidak adil bagi dia yg tak tahu apa yg berlaku. 
Wallaualam.

3 comments:

Anonymous said...

dia mungkin ingat,cma ada halangan atau sebab trtentu shgga dia bbuat dmikian. Mgkin dia tknk lukakan phak trtntu. Sabarlah, just positif dn xusah ambk hati sgt k :)

Diana Alim said...

tq awak..i think the same too! mybe dia ada reason dia. wallaulam.

Anonymous said...

ejai najib? biarlah. die dah kwin pon.. u focus on your life and vice versa.